Wednesday, May 26, 2010

HANDPHONE


Aku pelik. Ya ni memang ayat faveret aku hahha. Bukan apa yang aku pelik. Bila aku mula fikir sesuatu yang simple mudah ke tahap yang rumit lagi tak releven, aku klasifikasi itu PELIK. Dan perasaan pelik aku ini akan berlanjutan sampai bila-bila.

Hurm kali ini aku pelik mengapa ada sesetengah orang, selalu mengabaikan mesej atau misscall dalam handphone.

Bukan kita 24jam zaman sekarang ni hp 1inch dari diri ke? Beg dompet pun lagi jauhh kot~

Dulu ya aku pun sama begitu. Tapi lepas tu aku cube berdiam sejenak. Memikir suatu revolusi. Dulu abah pernah pesan, sekurang-kurangnya balas mesej orang atau misscall orang lain. Tanda kita hormat. Walaupun xde kredit, esok2 boleh balas bila ada. Tapi balas tetap kena. Jadi aku cuba pegang prinsip itu.

Ok itu mesej. Kalau misscall? Lagi la wajip balas call tu. Mana tahu tah2 orng dalam keadaan urgent ke terdesak ke ade orang mati ke. Silap2 haribulan kita yang rugi sebab ignorance tinggi sangat.kan? Dan lagi mengkhuatirkan jika kita dalam keadaaan sebegitu, orang lain pula yang abaikan mesej dan misscall kita dalam masa kita dalam kesusahan.

Baik. Aku cuma sampaikan pesanan ini untuk semua daripada kita renungkan. Mungkin ada baiknya di celahan perkara simple ini. Aku dan kamu semua, mesti memperbetulkan mentaliti ini.

NORMAL


Kadang-kadang suatu ketika, emosi ini memanggil dan meracau.
Kita manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita kecapi. Dan suatu tahap kita akan membuak-buak melakukan sesuatu walhal itu bukan kredibibiliti kita .

Benar?Ya

Dan aku dapat rasakan perkara ini berlaku kepada kita semua. Cuma apa yang boleh aku sampaikan. Jangan tipu diri sendiri.

Pabila setiap daripada kita dilahirkan dengan keupayaan dan kebolehan masing-masing, mengapa masih cemburu pada yang orang lain.? Dan aku juga tidak nafikan ini natijah pemikiran kita. Aku pun serupa.
Orang bersukan, kita pun mahu bersukan. Orang masuk pertandingan, kita pun sertai. Orang melukis, Kita pun berlagak hebat melukis.

Ok itu masih di luar kawalan. kita cuba melakukan apa yang orang lain cuba lakukan dan mereka berjaya lakukan. Jadi tidak mustahil untuk kita untuk turut mencuba. Membuktikan kita masih Normal hidup seiring sejalan dengan manusia lain.

Tapi bagaimana pula sebaliknya?
Jika Orang melukis, kita cuba mewarna sebaik mungkin. Orang bermain bola, kita bermain kriket seorang. Orang petah berkata, kita petah membantah.
Ya itu adalah di Atas Normal

Normal dan di Atas Normal. Boleh anda pilih salah satu atau miliki kedua-duanya. Cuma jangan tipu diri sendiri.