Saturday, July 10, 2010

KENALAN DAN KAWAN

Tajuk ini hambar. Memang sama sekali. Hahaha
Cuma aku terasa di kelilingi orang ramai kenalan dan kawan ketika ini.
Tapi siapa antara mereka benar dan tulus?
Aku tidak tahu
Siapa antara mereka mengenali aku?
Aku tidak tahu
Siapa yang rasa-rasanya faham kata bisuku?
Aku tidak tahu.
Mereka kata kenalan itu hanya sekadar manusia yang lalu-lalang di depan kita tanpa kepentingan dan menyombong?
Aku tak rasa begitu
Mereka kata kawan yang perlu kita jaga takut2 diperlukan masa susah?
Masih dipertimbangkan
Dan seseorang individu itu boleh jadi adalah bergelar kenalan dan kawan dalam satu masa??

Ramai orang dalam blog masing-masing menyalahkan mentaliti manusia. Remaja dalam blog pula banyak masalah berkenaan kawan dan kenalan ini. Oh
Tajuk ini bosan, kerana sekali dibincangkan sampai bila tidak keruan. Jadi, please act neutral.

Kenapa sesetengah kita rasa tidak puas hati berkenaan kenalan?kawan?tempat mengadu?tikam belakang?oh
itu baru sedikit, hidup masih lama masih banyak mende nak dilakukan.
Aku takut benar terjebak dalam kategori ini. Jadi aku buat sempadan supaya anda semua tahu.

Aku adalah kenalan dan kawan kepada anda. Terpulang kepada anda menilainya ^__^

POYO

Kadang-kadang terasa ini bukan tempat aku.
Ya aku mahu berada di sini, sebagai diri aku. Bukan bermadah topeng sekarang ini
Aku mahu pulang ke rumah lahirku seketika
Mahu bersih segala tongkal dosa segala sisipan gelisah

Bila aku boleh pulang?
Jadual exam sudah keluar, cuti bermula seminggu selepas raya.
Ini bakal raya pertama di peratauan.
Memang bala duka nestapa..

Dan bila sudah pulang Malaysia nanti aku mahu extend cuti ciput ni
Balas dendam la gamaknya.

Di sini aku bukan aku. Aku bosan. Setiap saat adalah kebosanan.


Tuesday, June 8, 2010

TIDUR

Aku mengalami Insomnia baru2 ni. Malamku tidur hanya sebentar cuma. Adoi
Kadang-kadang 3jam kadang-kadang 2jam setengah sahaja.
Dulu aku tidur xingat dunia berjam-jam. Aku rindu tidur dulu yang lena tapi baru2 ni mcam ada sesuatu yang merewang-rewang dalam fikiranku. Yang membuatkan tidur aku semakin singkat..huhu

Tidur singkat ini bagus jugak sebenarnnya. Takdelah tinggal-tinggal subuh. Tapi kadang-kadang emosi aku xbetol. Ade je perasaan yang tah hape-hape kang waktu bangun pagi dan mungkin akan terefek sampai ke malam kot. HUhu. memang tak best. Tapi tidur memang penting sebab tu Sunnatullah, yang akan mengkoordinasikan diri kita esok hari dan selanjutnya. Macam rechargeable bateri la badan kita ini sebenarnya.

Apa yang aku tahu, makin kita dewasa makin singkat tidur kita. Mungkin sebab hormon kot? Sebab aku lihat2 orang-orang tua kita tidur sekejap sahaja. Boleh je bangun awal pegi kerja. Dan xde apa-apa masalah pun rasanya. Adakah fungsi otak yang membuatkan kita semakin kurang tidur dan boleh bangun awal bila makin meningkat usia?

Dan pernah aku terbaca sebuah artikel Barat ini yang mengatakan badan kita memerlukan 6-7 jam waktu tidur untuk berfungsi sepenuhnya pada esok harinya. Tapi kontradiksi dalam apa yang aku ketemukan dalam sebuah fakta Islam yang menyatakan badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3-4 jam sahaja untuk Resting Phase. So, aku memilih 3-4jam sahaja la nampaknya. Barat mengatakan 6-7 jam sebab mereka tiada subuh rasanya...

Wednesday, May 26, 2010

HANDPHONE


Aku pelik. Ya ni memang ayat faveret aku hahha. Bukan apa yang aku pelik. Bila aku mula fikir sesuatu yang simple mudah ke tahap yang rumit lagi tak releven, aku klasifikasi itu PELIK. Dan perasaan pelik aku ini akan berlanjutan sampai bila-bila.

Hurm kali ini aku pelik mengapa ada sesetengah orang, selalu mengabaikan mesej atau misscall dalam handphone.

Bukan kita 24jam zaman sekarang ni hp 1inch dari diri ke? Beg dompet pun lagi jauhh kot~

Dulu ya aku pun sama begitu. Tapi lepas tu aku cube berdiam sejenak. Memikir suatu revolusi. Dulu abah pernah pesan, sekurang-kurangnya balas mesej orang atau misscall orang lain. Tanda kita hormat. Walaupun xde kredit, esok2 boleh balas bila ada. Tapi balas tetap kena. Jadi aku cuba pegang prinsip itu.

Ok itu mesej. Kalau misscall? Lagi la wajip balas call tu. Mana tahu tah2 orng dalam keadaan urgent ke terdesak ke ade orang mati ke. Silap2 haribulan kita yang rugi sebab ignorance tinggi sangat.kan? Dan lagi mengkhuatirkan jika kita dalam keadaaan sebegitu, orang lain pula yang abaikan mesej dan misscall kita dalam masa kita dalam kesusahan.

Baik. Aku cuma sampaikan pesanan ini untuk semua daripada kita renungkan. Mungkin ada baiknya di celahan perkara simple ini. Aku dan kamu semua, mesti memperbetulkan mentaliti ini.

NORMAL


Kadang-kadang suatu ketika, emosi ini memanggil dan meracau.
Kita manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita kecapi. Dan suatu tahap kita akan membuak-buak melakukan sesuatu walhal itu bukan kredibibiliti kita .

Benar?Ya

Dan aku dapat rasakan perkara ini berlaku kepada kita semua. Cuma apa yang boleh aku sampaikan. Jangan tipu diri sendiri.

Pabila setiap daripada kita dilahirkan dengan keupayaan dan kebolehan masing-masing, mengapa masih cemburu pada yang orang lain.? Dan aku juga tidak nafikan ini natijah pemikiran kita. Aku pun serupa.
Orang bersukan, kita pun mahu bersukan. Orang masuk pertandingan, kita pun sertai. Orang melukis, Kita pun berlagak hebat melukis.

Ok itu masih di luar kawalan. kita cuba melakukan apa yang orang lain cuba lakukan dan mereka berjaya lakukan. Jadi tidak mustahil untuk kita untuk turut mencuba. Membuktikan kita masih Normal hidup seiring sejalan dengan manusia lain.

Tapi bagaimana pula sebaliknya?
Jika Orang melukis, kita cuba mewarna sebaik mungkin. Orang bermain bola, kita bermain kriket seorang. Orang petah berkata, kita petah membantah.
Ya itu adalah di Atas Normal

Normal dan di Atas Normal. Boleh anda pilih salah satu atau miliki kedua-duanya. Cuma jangan tipu diri sendiri.

Tuesday, April 27, 2010

ULAT DAN LALAT


Kenapa badan kita bila mati berulat?
Ulat bukan saja2 ja nk hinggap kat badan kita.Bila berulat lama-lama jadi larva dan lagi lama akan jadi lalat/langau

yah Sound's grossss but that's it.
Kenapa perlu berulat?
dan langau?

Saban hari belajar Forensik Perubatan dan Toksikologi.Kewujudan ulat menandakan dah berapa hari mayat terbujur kaku. Itulah kadang2 bila kita tengok dalam rencana Tv atau Berita '' Mayat ditemui dalam keadaaan berulat''
Menandakan sudah bbrp hari mati bila ada lalat.
oh
rupa-rupanya sang lalat dan ulat bukan sengaja ada di situ
Mereka memberitahu kita rupanya, berapa lama sudah arwah pergi.
Tapi kita sering merasa jijik. Mengatakan mayat itu mati dalam keadaan yang tidak elok. Tapi siapa kita?kita tidak tahu malah hebat menafsir

Dan semestinya, setiap benda dan perkara atas muka bumi ini adalah berguna dan tidak diciptakan sia-sia..Andai kita mampu berfikir

Wednesday, April 14, 2010

YANG PELIK TETAP BENAR

Pelik tapi benar.
Ada jugak orang emo bila dapat markah tinggi?
Ada jugak orang gembira bila dapat cukup makan?
Apa masalah orang-orang ini?

Masalah xreti bersyukur..untuk yang pertama tu
Yang kedua tu mantap! Kerana anda punya perasaan syukur dan nikmat kesyukuran itu akan menyuburi segenap hidup anda

Tapi pelik tetap benar
Mungkin yang bermarkah tinggi tu xpernah dapat markah rendah
jauh sekali gagal terus...
Mungkin yang markah cukup makan tu memang target nk markah cukup makan...
Terkesima bila lulus..wootwooott..

Cuba lah gagal.Sekali gagal xcukup..Cuba lagi untuk gagal,,,baru sedar
baru mata nk terbukak,baru minda nak segar
Manusia,gagal dalam exam xmengapa..ada peluag lagi
Gagal dalam kehidupan?kirim salam