Saturday, August 29, 2009

Agenda Beragam

Baru-baru ini..Malaysia sekali lagi digegarkan dengan tindakan masyarakat yang beraneka ragam..
OH Malaysiaku..aku sudah tidak pasti dengan hala arusmu
Hanya sebidas kata aku mencelah, tentang imbusi yang berlaku di Shah Alam seksyen 23 berkenaan mogokan @ rusuhan...terhadap isu pemindahan kuil yang berdekatan dengan masjid..

Aku risau perkara ini menular dalam masyarakat. Kerana sejarah sudah membuktikan kepada kita isu agama adalah isu paling sensitif. Isu ini mampu memusnahkan segenap tamadun dalam sekelip mata.OH

Berkenaan simbolism kepala lembu yang dipamerkan..banyak pihak tertanya2..adakah ini dugaan politik semata-mata atau isu agama sebaliknya, yang ditelus secara halus?
Sebahagian berpendapat menggambarkan ''orang atas ibarat lembu dicucuk hidung''..manakala sebahgian menggambarkan ''lembu simbolik ketuhan Hindu''
masing-masing mempunyai hujah tersendiri..

Cuma..kita sebagai Islam warasnya berfikir sebelum bertindak. Baik buruk sesuatu perkara mampu membawa kita ke arah kecundang..

  • "Janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, karena mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada (pada pandangan) tiap-tiap ummat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Q.S.al-Anan'am:108)

  • Friday, August 7, 2009

    KITA MASIH KOLOT


    Bukan kemajuan yang bakal dipersembahkan, bukan kekayaan yang hendak dipertikaikan...

    Dengki-mendengki sesama manusia masih menular di kalangan kita. Manusia memang mudah lupa diri, dan paling hebat menunjukkan belang pabila tidak senang melihat kesenangan orang lain. Dan dari titik itu kita dapat lihat sejauh mana manusia mampu beraksi tanpa batasan..jauh melampaui batasan waras seorang manusia.
    Lihat sahaja di sekeliling kita, di depan kita mungkin senyap tak berkata..belakang kita siapa tahu?

    Terkadang pelik dengan telatah masyarakat, yang mengaku baik yang mengaku beragama..tetapi masih kolot dalam bertindak. Suatu adat yang masih diamalkan turun-temurun..MAIN HANTU, MAIN JIN DAN MAIN SYAITAN...Mungkin di antara kita pernah mengalami, terfikir untuk mengalami mahupun mendengar daripada sesiapa..tetapi harap-harap jauh sekali MENCUBANYA..
    Sudah lahiriah dan batiniah Tuhan katakan, manusia tidakkan berbaik dengan jin syaitan. Sedangkan manusia sesama manusia sering bertikam lidah, bertelingkah. Inikan hubungan manusia sesama makhluk halus..yang ternyata tak terjamin sejauh mana mereka mampu pergi.
    Bukan setakat orang-orang veteran yang berkecimpung, semua lapisan umur turut berminat. Ada juga remaja yang pinta tolong jin syaitan untuk mendapatkan jawapan peperiksaan (memang dorang tu belajar tinggi sampai PhD pon!)..
    Yang pinta berubah cantik?oh..ramai sekali..susuk2..


    Aku hairan kenapa amalam ini masih diperturunkan, walhal kita semua tahu baik buruknya. Kita tahu perkara ini makan diri..tak kira tuan atau siapa-siapa sahaja..Tetapi manusia masih berani bermain dengan api..isk2..

    Manusia bila tak mampu menganiaya orang dengan tangan sendiri, mulalah dia pergi berbomoh..konon2 mampu menyirat daging tanpa tinggal bukti...
    Manusia bila dengki dengan kekayaan orang lain, mulalah memuja supaya bagi sakit itu ini orang dibenci..
    Manusia bila rasa sakit hati, mulalah pergi beburu mangsa nak dikenakan..
    Malu-malu...lagi malu bila tahu yang semua ini datang di kalangan masyarakat Melayu sendiri..

    Walau kini kita hidup dalam bangunan konkrit, hutan konkrit..jangan disangka "mereka" tidak wujud. Mereka di mana-mana sahaja dan hanya perlu pengeras seberapa cuma untuk berhibur. Mungkin kelak kita masih tak berjumpa jin syaitan mahu pun manusia 'bertopeng' mereka. Saksikan sedewasa mana nanti kita akan berselisih, berjumpa, bertegur sapa dan hidup bersama..tanpa menyedari elemen api masih, sedang dan bakal menrentung.

    "KITA TAHU SYAITAN BUKAN KAWAN YANG BAIK..DAN SEBAIK-BAIK MEREKA TU SEBURUK-BURUK PERANGAI MANUSIA YANG PERNAH HIDUP ATAS MUKA BUMI"

    Monday, July 20, 2009

    SEORANG KENALAN..LAMA DAHULU..

    Seorang pemuda yang penah bersua dahulu..berkongsi suatu kehebatan..yang pasti aku tiada,tiada kekuatan sehebat itu

    Ditanyakan padanya.."Kau ni xmahu bercinta ke?tengak kawan2 suma dah ade ko xrasa sumthing ke?"

    Senang dan bingkas jawapnya...aku kelak terkedu..
    "Bukannya tak mahu, masih belom sampai masanya..Kita akan berjumpa ramai orang yang akan lalu-lalang dalam hidup ni. Yang akan menyukai kita, kita menyukai dia, saling suka...tapi suma itu belom pasti jawapnya. Aku ini pun belom bersedia untuk perkara2 itu, buat apa mahukan suatu yang bukan kehendak jiwa?itu namanya seksa..

    "Diri ini pun perlu diperbetul dulu. Kalau xbersedia itu bukannya makna tak mahu..bukan..tapi realitinya ramai yang salah tafsir..biarkan.."

    "Kalau menyukai seseorang itu, kadang2 xperlu pun nk ucapkan kata cinta..sebab kalau cinta itu datang dari Tuhan..akan datang dengan sendirinya, Aku dahulu pernah menyukai seseorang, namun hati kata salah dan dusta. Dan aku jawap belum bersedia dan belum masanya lagi, banyak perlu diperbetul diri ini. Mungkin itu bukan milik aku.."

    "Kesimpulannya, hidup ini bukan berkenaan dengan cinta sahaja..Banyak lagi perkara lain. Mungkin kita dapat cinta,kita hilang yang lain..mungkin..sebab hidup ini memang kita rancangkan, tapi bukan kita yang tentukan..most things wont go as we planned.."

    Hebat...
    Dan lunas bicaranya...seseorang yang berumur 30 ketika itu..
    yang sangat masak naluri remaja seperti aku ni..=p

    Saturday, May 30, 2009

    KEDAI MAMAK


    Setibanya di Malaysia kelak hari itu, ada beberapa kawan da start mesej2 nk wat program ape,,
    tapi setahu aku la..
    kehidupan aku di Malaysia ini..selama 2minggu ini..
    Malam2 hari melepak2 ngn member2 kt mamak..
    Siang lepas subuh kena Qadha tidur..zzz...smpai tgh hari skit..
    Lepas tu bangun...teruskan merayap..setiap saat jangan dibazirkan tanpa berbuat apa2.

    Kadang-kadang orang kata membazir masa lepak kedai mamak
    BEtul ker???
    tak jugak...banyak juga faedahnye..(defend2)
    Kita kadang2 bole dapat member2 baru..
    Kongsi pendapat..kongsi pengalaman..kongsi masalah..
    bermesra2..merapatkan silaturahim
    Masa2 malam kita tidak terbuang dengan bersahaja semata-mata (defensive mode lagi)
    Tapi masalahnya..sebahagian masyarakt Malaysia masih menganggap budaya melepak itu suaatu yang negatif. 100% negatif...
    Aku xfaham kenapa negativiti mereka itu dilemparkan kepada pelepak2..sedangkan mereka sendiri pernah mengalaminya..atau mereka ini xpernah melepak..cuma tahu berpendapat sahaja
    Sesetengah orang melabel pelepak ini sama ranking ngan dak2 jahat, rempit, dadah mat pit..aish...tapi tu sume mulut orang..ape bole buat

    Kehidupan di Malaysia ini agak berbeza berbanding di India
    Malam2 kt India pukul 10 dah tutup da suma kedai..
    Kat Malaysia..Pukul 10 baru la nampak LIve skit kedai2
    terutamanya kedai mamak la...
    dan aku sendiri akui..aku pn jenis cergas malam2..hoho siang2 berhibernasi..(nocturnal)
    That's why I miss Malaysia most~..cause this one couldnt be found in India
    Dan aku tahu..saat2 melepak ini suatu hari nanti akan hilang..
    Apabila suma orang sudah ada tanggungjawap..
    PAbila suma orang ada keluarga, kerja masing-masing...
    Pabila suma orang pn da ada umah sendiri2..jauh2 plak tu...
    Ya..bersedialah menempuh saat itu...
    Dan aku perlu perlu PErlu arif dengan kerjaya aku suatu hari nanti..sebab kerjaya aku itu 100% bakal menjadi penyebab terbesar yang menghalang budaya ini

    Cuma kiranya...
    Ada suatu malam nan sunyi tu..aku dan beberapa orang rakan melepak...
    tiba-tiba seorang rakan mengajukan soalan..

    ''Kenapa mamak2 ni laku ek?padahal ade je kedai melayu kat sebelah ni...tapi sume orang pn gi kedai mamak...asal ek??"

    erm..suatu soalan yang membuatkan aku tertanya..kalau berkehendakkan jawapan individu memang senang je..Of course la aku jawap " Kedai mamak lagi ramai orang. Orang ramai meriah skit...pastu sume orang pegi mamak..follow je la..'' ( ni jawapan buduh namanya )

    hurm ape kurangnye kedai melayu tu kalau hendak dibandingkan dengan kedai mamak?
    Dua-dua kedai buka 24jam..
    Dua-dua kedai masakan sedap...
    Dua-dua kedai cantek2...
    yang bezanya...bilangan pelanggan...
    Kita asik cakap orang melayu ni xtolong orang melayu..tapi kita sendiri pun tetap sama cmtu jugak...cakap xserupa bikin..( ditujukn tepat ke arah aku jugak~)

    Tuesday, May 26, 2009

    FATHER AND SON

    (Feat. Yusuf Islam (Cat Stevens)) 

    Father 
    It's not time to make a change 
    Just relax, take it easy 
    You're still young, that's your fault 
    There's so much you have to know 
    Find a girl, settle down 
    If you want you can marry 
    Look at me, I am old, but I'm happy 

    I was once like you are now 
    and I know that it's not easy 
    To be calm when you've found something going on 
    But take your time, think a lot 
    Think of everything you've got 
    For you will still be here tomorrow, but your dreams may not 

    Son 
    How can I try to explain, when I do he turns away again 
    It's always been the same, same old story 
    From the moment I could talk I was ordered to listen 
    Now there's a way and I know that I have to go away 
    I know I have to go 

    Father 
    I was once like you are now 
    and I know that it's not easy 
    To be calm when you've found something going on 
    But take your time, think a lot 
    Think of everything you've got 
    For you will still be here tomorrow, but your dreams may not 

    Son 
    All the times that I cried 
    keeping all the things I knew inside 
    It's hard, but it's harder to ignore it 
    If they were right, I'd agree 
    but it's them THEY know not me 
    Now there's a way and I know that I have to go away 
    I know I have to go
    (father-- stay stay stay, why must you go and
    Make this decision alone? )

    Dedicating to all fathers and sons..of the world...
    Hold your breath..look into your heart and soul
    This song is something to be said
    As a son, it's being ridiculous if I just stay put in calm situation. Most of the time we will go into rampage
    Making decision?sometimes we just put them behind. 
    This is it for being a teenager, fusing thought with the parents is hardly happened.
    All we had is quarrelling, red-faced, and heart feelings..

    ''In the time of britney spears and other such pop artists that sing utter crap. This is ameaningful song fullof soul passion and truth. Describing the often rocky realation ship of not just father of sons but other such family. Both voices are astounding and always on key all the way through. This song and the singers ought to be applauded.''

    ''This is a wonderful song. It express the difficult relationship between parent and child and a young persons struggle to find a way in life.
    Ronan Keeting has a wonderful voice and can really express the passion and emotion of this song.''

    Wednesday, May 20, 2009

    PAWANA SEORANG PENDIDIK

    Dulu aku sering tertanya-tanya..
    sejauh manakah kekuatan seorang guru itu. Well, guru adalah guru
    dan aku tak tahu sama ada aku mampu sentiasa mengingati guru-guruku..
    Bagi aku..guruku tidak terhad kepada mereka yang mengajar aku sahaja
    Sepanjang hidup ini selama 20 tahun..
    aku telah berjumpa bermcam aneka manusia yang datang dengan pelbagai aneka ragam..
    dan mereka telah mengajar aku..
    Aku gemar melabel mereka ini pendidik..pendidik yang mendidik kehidupan aku dahulu dan sekarang

    Mereka lemparkan kata-kata sinis..mereka mengajar aku erti sabar
    Mereka tegur akan silapku..mereka ajar jalan benar
    Mereka abaikan kewujudan aku..mereka ajar aku erti keteguhan
    Mereka mengherdik hina aku..mereka ajar aku membina personaliti
    Mereka menolong aku..mereka ajar aku erti kemanusiaan
    Mereka memuji aku..mereka ajar aku siapa aku
    Mereka ini pelbagai aneka, ragam, citarasa..yang ternyata jauh berbeza dengan aku..
    dan ternyata kehadiran mereka ini melabel aku sebagai manusia
    Sebagai manusia..Menjadi lebih manusia..Membentuk seorang yang manusia..

    Guru oh Guru!

    Usman Awang

    Berburu ke Padang Datar
    dapat rusa belang kaki
    berguru kepalang ajar
    ibarat bunga kembang tak jadi

    Jika hari ini
    Seorang perdana menteri berkuasa

    Jika hari ini
    Seorang raja menaiki takhta

    Jika hari ini
    Seorang Ulama' yang mulia

    Jika hari ini
    Seorang peguam menang bicara

    Jika hari ini
    Seorang penulis terkemuka

    Jika hari ini
    Siapa sahaja menjadi dewasa
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    dengan lembut sabarnya
    mengajar tulis baca .

    Aku suka sajak ini. Isinya ringkas namun padat dan sarat dengan makna..if only we have time to think dan feel about it...
    Mungkin masih belum terlewat untuk aku menyatakan Terima Kasih Pendidik!..kerana membentuk aku semacam ini