Sudah menjadi kebiasaan, kita akan disajikan dengan percikan bunga api....
laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali....
Dendangan lagu nasional yg bermcam variasi...
Cuti yg sewajarnya pada keesekan hari....
Namun bukan itu yang dipinta oleh hati yang kosong ini. Selama kehidupanku 19 tahun ini, YA! aku mengaku semngat serta nafsu kemerdekaan itu kurang diperoleh. Bukan pada diriku sahaja malahan aku berani menghambur tohmahan ini terhadap golongan belia seusia denganku...Erti kemerdekaan itu disalahtafsir sebagai suatu alasan untuk berseronok dan bersuka ria..pergaulan yang bebas...bauan arak yang menusuk kerongkong...gejala rempit...dan sebagainya..
Mungkin naluri itu hilang kerana kita tidak hadir ketika berlakunya penjajahan tersebut. Kita tidak merasai jerih keperitan membebaskan belenggu anasir mereka. Kita turut tidak memberikan sebarang pengorbanan malahan hanya mengecapi kejayaan ini..Sedarlah kita bahawa negara kita ini bukan kekal selamanya ditangan kita. Jika kita boleh menganalogikan kehidupan ini ibarat roda, jua tidak mustahil negara kita senasib roda yang berputar itu..
Kita pernah digegarkan dengan lembaran sejarah Tamadun Kesultanan Melayu Melaka, di mana kekuatan semata-mata tidak menjanjikan kemenangan. Melaka dikenali segenap pelusuk dunia kerana kekuatannya, kemashurannya, kemajuannya serta kecekapan pemerintahannya. Namun, mata-mata diluar sana sering melihat rongga-rongga kemusnahan untuk menjajah sehingga bumi kita sendiri dijajah selama 446 tahun! MAsyaALLAH..kerana apa??kerana rakyat itu sendiri. Melayu dahulu pernah digelar pengkhianat, Cina dahulu digelar pembelot serta India dahulu digelar pengadu domba,...di mana perpaduan yang kita bangga2kan itu?sedangkan sejarah sudah menjadi bukti kita TIDAK PERNAH BERSATU PADU SECARA TOTAL!
Kini kita dapat rasai pergolakan itu kembali. Pergaduahan antara kaum sudah menjadi kelaziman. Kita seringkali menyalahkan mentaliti masyarakat tetapi secara tidak bukankah masyarakat itu adalah kita sendiri? Tidak kira Melayu, Cina atau India, mentaliti untuk membangunkan kepentingan bangsa masing2 telah mengekangkan semula jurang perpaduan sesama masyarakat. Bangsa lain pernah bersumpah untuk taat setia kepada kita Melayu, namun jika kita terus bersikap lalai di tanah sendiri apakah kita pinta lagi ketaaatan itu sedang kita menjatuhkan maruah kendiri?
Agama??kita sudah lama tahu ia elemen terpenting untuk menyatupadukan kaum dan bangsa. Namun penghayatan itu kurang sekali gus menjadikan ia setaraf dengan kegemilangan perkara lain. Perlembagaan mengatakan Agama Islam dikenali dengan Bangsa Melayu tetapi adakah Bangsa Melayu dikenali dengan Agama Islamnya? Alkisah Saddam Hussien dan Iraqnya? pemimpim Islam yang dijatuhkan oleh penganut agama sendiri. Disebabkan perbezaan khilaf antara Sunnah dan Syiah. Mereka kini berseronok walhal tidak sedar mereka sedang dibonekakan oleh Barat. Bukti penghayatan Agama yang rendah mampu menggdaikan kemerdekaan segal perkara. Kita sepatutnya rasa sangat berdosa kerana masih tidak berjaya menjadi sebuah bangsa beragama....sedangkan seharian kita mengaku kita ini Islam..
Usahlah kita ditertawakan SEKALI LAGI, pabila waktunya tiba di mana negara kita tergadai kita hanya akan menyalahkan MENTALITI sendri yang sering LALAI...sedarlah kita SEJARAH itu suatu perkara yang tidak mustahil BERULANG.
'' Orang yang gagal memahami serta menghayati sejarah akan menyebabkan sejarah itu berulang kembali ''