Saturday, March 27, 2010

DALAM KELAM ADA NUR


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa bila kita perlukan orang untuk mintak tolong takda langsung orang yang sudi? Dan mengapa pula bila orang mintak tolong kita sentiasa sudi tak kesah walau payah walau sibuk pun kita waktu itu.

Oh.mungkin manusia, kita secara umumnya lupa siapa kita pada mereka dan siapa mereka pada kita.
Setiap kita adalah berbeza. Luar dan dalam. Yang pasti tidak serupa sama sekali.

Kita ini dibekalkan dengan kehebatan masing-masing. Menolong orang tanpa beralasan adalah kehebatan juga. Namun, kenapa selalu pertikaikan balasannya? Kita manusia, kita lupa mungkin.

Dalam kelam kekabutan semalam, seorang teman sms. Mintak tolong carikan isi untuk beliau buat esei final examnya. Mula-mula rasa berat dan tercetus kata ini ''malaslah'' . Tapi itu mula-mula sahaja, pejamkan mata lalu aku berkata sayugianya. Kenapa dan apa perlu aku di saat itu?
Beberepa saat tika itu, ku balas semula sms itu. Dan beliau balas semula, " Sebab kau je yang tahu camana nk buat ''. Terus hilang rasa jahat tadi. Tersenyum lebar. Tersiaplah sebuah esei yang berisi kandungan. Walau pena jari in kaku, lama tidak menari ikut laju otak.

Kita manusia kita lupa kita goyah.Yang pasti, bila terdetik perasaan ingin dibalas itu, itu adalah jentikan syaitan, bila diri kurang rasa ikhlas. =D
Tetapi ingat kita semua, setiap kita adalah lain acuannya. Jadi kita saling memerlukan, saling melengkapi hidup manusia lain. Usah gondola siapa mereka pada kita, tapi nyatakan secara jelas siapa kita pada mereka

TELINGA DAN MATA


Baru-baru ini aku sering dengar satu ayat yang cambest.. Bila telinga manusia berperanan seperti mata. oh!
Adakah anda faham ertinya itu?
Mula-mula sekadar berfirasat bolehkah kita guna umpama seperti ini. Bila dengar kali pertama memang janggal tapi lama2 kita tahu apa itu.

Kita hidup ini dikelilingi manusia. Tidak wajar kita kata jika kita tidak peduli kata orang. Kita manusia mereka manusia semua manusia. Kalau nk kata xpeduli xboleh la. Ya hidup di kelilingi manusia!jadi bertindaklah dan berperilakulah seperti manusia lain =D

Oh berkenaan istilah "Bila telinga jadi mata"..Apa masalah kita umat manusia?Ya kita gemar dengar benda bukan2..terutamanya gosip, fitnah, aib orang dan bla bla bla..
tanpa kita lihat guna mata kita kata kita dengar daripada orang lain..oh. Jadi, telingalah saksi kita bukannya mata kita? Itulah pabila telinga jadi mata...kita akan imengiakan segala perkara, yang batil jadi sahih, yang salah jadi benar..Ingat, telinga itu natijahnya buta dan pekak pakejnya. Oleh itu, jadikanlah mata dan telinga itu sejajar dengan fungsinya, bukan merampas fungsi sesama mereka =D

REWORK AND RENEW


Assalamualaikum..have been quite a long time since updated. Well it's time to rework everything into the new one. Please stay on commercial break =D

Atas sebab-sebab tertentu blog ini akan diberi nafas baru. Harap membantu. Idea sudah kering. hehe