Saturday, March 27, 2010

DALAM KELAM ADA NUR


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa bila kita perlukan orang untuk mintak tolong takda langsung orang yang sudi? Dan mengapa pula bila orang mintak tolong kita sentiasa sudi tak kesah walau payah walau sibuk pun kita waktu itu.

Oh.mungkin manusia, kita secara umumnya lupa siapa kita pada mereka dan siapa mereka pada kita.
Setiap kita adalah berbeza. Luar dan dalam. Yang pasti tidak serupa sama sekali.

Kita ini dibekalkan dengan kehebatan masing-masing. Menolong orang tanpa beralasan adalah kehebatan juga. Namun, kenapa selalu pertikaikan balasannya? Kita manusia, kita lupa mungkin.

Dalam kelam kekabutan semalam, seorang teman sms. Mintak tolong carikan isi untuk beliau buat esei final examnya. Mula-mula rasa berat dan tercetus kata ini ''malaslah'' . Tapi itu mula-mula sahaja, pejamkan mata lalu aku berkata sayugianya. Kenapa dan apa perlu aku di saat itu?
Beberepa saat tika itu, ku balas semula sms itu. Dan beliau balas semula, " Sebab kau je yang tahu camana nk buat ''. Terus hilang rasa jahat tadi. Tersenyum lebar. Tersiaplah sebuah esei yang berisi kandungan. Walau pena jari in kaku, lama tidak menari ikut laju otak.

Kita manusia kita lupa kita goyah.Yang pasti, bila terdetik perasaan ingin dibalas itu, itu adalah jentikan syaitan, bila diri kurang rasa ikhlas. =D
Tetapi ingat kita semua, setiap kita adalah lain acuannya. Jadi kita saling memerlukan, saling melengkapi hidup manusia lain. Usah gondola siapa mereka pada kita, tapi nyatakan secara jelas siapa kita pada mereka