Tuesday, August 31, 2010

BUANG BAYI


Sekarang ini gejala buang bayi dah merata-rata.
Di Malaysia sendiri pun dah jelas nyata. Bagaimana manusia sekarang, boleh meletakkan diri jauh lebih teruk daripada seekor beruk?
Tak kisahlah yang buang bayi itu orang agama apa sekali pun.
Yang penting di mana pergi sikap perikemanusiaan?

Kat kaca tv, National Geography sedang berlayar setengah jam sudah.
Dan aku tonton.
Seekor ibu beruk mengusap2 kepala anaknya, tanda kasih dan sayangnya.
Dan beberapa minit selepas itu, iklan.
Aku ubah siaran kepada berita.
Dan melihat kes seorang bayi yang dibuang di Shah Alam.
Digantung pada papan tanda dalam bungkusan kertas.

Oh.
Bagaimana tidak aku labelkan kita manusia teruk daripada beruk?
Mana pergi erti kasih dan sayang itu.
Beruk bertindak menggunakan instinct/intuisi
Manusia bertindak menggunakan minda.
Sedang intuisi itu hanyalah tahap paling rendah mengikut kelajuan kognitif.

Ini adalah masalah orang kita.
Manusia.
Dan aku harap kita semua pernah terdengar tentang pesanan Nabi ini.
Pernah jua Raihan alunkan dalam nasyidnya.

Akan terjadi pengakhiran alam bila ibu kehilangan anak dikandugan secara tiba-tiba.
Tanpa disedari.

Dan aku cuba mentafsir ( betulkan jika aku salah ).
Kehilangan anak secara tiba-tiba? Mungkin sinonim dengan kes membuang bayi tanpa tuntutan.
Kesinambungannya ada di situ.
Dan manusia semakin hari semakin hebat meminta kiamat dipercepatkan.

EVOLUSI SALAH

Some said the world evolved around us.
While some said we evolved with the world
By many they said, we people do revolved but not the world

Makin hari makin kasihan. Disebabkan ada kata-kata sebegini lah
Ramai manusia memilih untuk berevolusi.
Dalam erti kata lain evolusi yang melawan arus dahulu
demi mengikut arus moden yang hangat dibangga-banggakan.
Ya memang hebat kita manusia. Mampu mencipta dan merosak
Tangan dan otak selari berjalan, pantas memutuskan sesuatu.

Ada golongan yang berkata, islam xboleh pakai dah sekarang ni
Padahal yang membuat kenyataan ini Islam sendiri, mungkin Islam yang sedia tercop di IC masing-masing.
Ada undang-undang yang diperkotal-katikkan.
Dipermain dan seperti bermain dengan api. Tunggu saat rentung sahaja.

Dahulu masa kecik2 zaman sekolah.
Kita mesti salu baca kisah umat jahiliyyah.
Mereka memang mendabik dada menyuruh dan memaksa Nabi rasul untuk memperlihatkan kiamat kepada mereka.
Lumrah manusia, tanpa bukti tiadalah mengerti.
Dan perkara itu,
similar dengan apa yang manusia sekarang praktikkan.
Tak solat dan mengejek2 agama sendiri.
Itu lebih teruk dari jahiliyyah dahulu. Yang sekadar menyuruh Nabi Rasul memperlihatkan kiamat.
Dan apa yang manusia sekarang lakukan
Itu lebih hampir kepada menyuruh Allah menunjukkan kiamat secepat mungkin

Sejahat-jahat kita seburuk-buruk kita.
Kalau x mampu nak lakukan yang lain-lain.
Silalah Solat.
Itu identiti kita yang tidak tercop di IC tapi dicop dihati

Wednesday, August 25, 2010

MALANG TIDAK BERBAU

Ini adalah post personal
hahha tidak ada kaitan dengan yang hidup dan yang telah mati

Owh dipendekkan cerita
Aku tak tahu mengapa dan secara tiba2 berlaku
Hari itu aku xleh Log In account DOTA aku..tibe die tulis invalid.
So username yang bernama Toxicsnail terpaksa dibiarkan pergi.
Ade orang Hack aku keeee???

Dan pada hari ini
Seperti Dejavooooo
Kejadian yang sama juga turut berlaku sekali lagi..AAAA
Account HoN(Heroes of Newerth) pula xleh Log In.
Invalid juga katanya.
kenapa?? dan mengapa??
Username Tonicsnail terpaksa dibekukan jauh dalam hatiku sehingga dapat maklum balas daripada S2 gaming

Jangan biarkan aku tertanya-tanya begini. Aku xsuka
Malam-malam aku bakal dilalui dengan kebangangan.
Memang xde life.

Weh hacker. Jangan Hack aku..sedey weh..nak main game pn xsenang ni

Monday, August 23, 2010

STALKING THE BLOGS

Ini adalah satu hobi baru. Bukan hobi aku. Hobi korang kot.
Stalking2 ni hahha.
Selama ni aku dengar kt Facebook Friendster Myspace je orang rajin dok stalking2 ni
Kt blog pun ada rupanya.
Ahaha

Dan aku dapati. Ramai kita punya blog.
Intipati blog isinya berbeza. Menakjubkan dan memberangsangkan jiwa
Sesetengah orang pandai mengarang bunga-bunga yang indah.
Sedikit sebanyak mengubat rindu pada bahasa =D

Dan juga sesetengah individu punya blog penuh informasi.
Terima kasih. Sangat membantu kiranya.
Mungkin sebelum ini banyak perkara belum ku tahu
Ada blog ini ku tahu segala mungkin =D

Dan ada juga sesetengah kita menyerunai puisi-puisi kehidupan.
Dalam erti kata pengalaman-pengalaman hidup.
Bagus.
Menyedarkan aku kita semua individu berbeza.
Berbeza acuan hidup. Berbeza keseronokan hidup. Berbeza kesedihan hidup
Berkongsilah kiranya itu memuaskan kalian

Dalam blog juga penuh dengan emosi.
Emosi emo geram amarah girang gumbira.
Segala macam.
Tapi awas. Jangan dicerita semua. Ada perkara perlu dirahsia
lebih wajar bercerita kepada Pencipta
Lebih memuaskan

So, Stalking the Blogs tak salah seratus peratus. Ada bermacam perkara menarik yang akan kita jumpa.
contoh= ilmu menafsir menilai manusia.
= syok sendiri
= lalai berjam-jam

Hahahhaha stalking la anda semua dengan cara yang berwawasan ! ^__^

TIK TOK WAKTU

Tiba-tiba teringat pesan emak dahulu..

Masa kecil dahulu aku ada satu masalah. Masalah nk decide. Decide
Aku memang xreti nak buat pilihan. Lagi-lagi bila ada 2 benda datang serentak.
ok aku jadi gila berfikir tapi xreti2 nk decide gak kesudahannye.
kronik dari dulu sampai sekarang. Sekarang aku tak tahu dah smpai level mana kroniknya benda ni. Cuma aku dahulu gagal at DECISION dan sekarang cuba perbaiki kegagalan itu.

Masa kecil dahulu. Aku ni teringin nk cuba semua benda. AKu rasa aku boleh handle semua benda.
Ok itu masalah dalaman aku kira. Padahal kadang2 benda2 yang aku nk try nk sangat tu bukannya best pon.
Bila dah besar ni baru dapat didik skit diri ni cakap NO to certain things.
Tapi bila kita kata NO for certain things, ternyata NO itu menghantui. Hati ni terasa nak sangat2 tapi malu nak nyatakan. Last2 makan hati dan pendam perasaan. LOL

Masalah hati sensitif? Kajian mengatakan peratusan orang lelaki mempunyai hati yang sangat sensitif berbanding perempuan. LOL. haha,
Tak tahulah sejauh mana keberkesanan dan ketepatan kajian ini.
Tapi memang betul, sebagai lelaki aku admit. Kami kaum lelaki susah nk luahkan perasaan skit haha. So rilex sahaja.
Orang kata, hati sensitif ni masalah hati. Hati kurang berzikir..banyak titik hitam.
Kita semua banyak titik hitam ni orang2 lelaki oi -__-

Kesimpulannya

Hidup ini adalah satu jalan yang bersimpang siur. Banyak cabang-cabang di pertengahan jalan. Walaubagaimanapun kita tetap kena tempuh dan lalui.
Aku xsuka cabang-cabang ni aku suka jalan-jalan lurus highway je hahah.
Tapi cabang-cabang tu haa yang suka kt menyelinap kt tengah2 jalan kot.
REDAH sahaja

Saturday, August 21, 2010

RENUNGKAN

Ramai sekali antara kita alpa lalai

lalu saban hari, aku terjumpa satu kata-kata ini. Yang aku kira kita patut lihat dan menilainya. Untuk dijadikan pembetul diri sendiri.

Antara Tanda akhir zaman,terdapat banyaknya pengkritik, pembawa-cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat..
Cermin-cerminkan diri kita..


Ini sudah jelas dan nyata, cuma kita sendiri perlu klasifikasi kita kumpulan mana.
Sama-sama kita renungkan

ANTARA SEMPADAN

Pada aku, ada sesuatu yang perlu kita bataskan.
Memang pada semua perkara asalnya tiada batasan.
Namun batasan itu adalah perlu, supaya kita tidak terlajak menjejak langkah

Dalam pergaulan, banyak perkara yang perlu dibataskan. Lelaki sesama perempuan tidak salah berkawan rapat. Namun batasan itu perlu, supaya 'perkara suweyy' xberlaku.
Dalam mempercayai satu sama lain, ya kita percaya.
Tapi xsemua perkara kita akan beritahu, sesetengah perkara kita simpan. Bukan atas dasar kita tak percaya, mungkin x proper nak cakap.

Dalam melihat seseorang, kita menilai sama sekali.
Ada jenis orang ni alim baik segala, tapi ada cacat cela yang kita lihat.
ok boleh benci cacat cela itu
Tapi xboleh la nk benci orang itu.
Itu sempadan dalam membenci

Privacy
Sempadan yang tidak pernah kita nk nyatakan. Cuma ia berlaku secara tiba-tiba.
Orang kata kita semua ada common sense, walaupun ade orang 0.09% common sense,tetap ada.
Ada waktu kita berteman
ada waktu kita mahu bersendiri.

Seronok dan meriah.
Dalam riang ketawa, terselit resah gelisah. Atas sebab tak tahu
Dalam seronok ini kita perlu sentiasa beringat
Masih ramai di luar sana menangis kesedihan,musibah berganda-ganda
Dalam kenyang ketawa
Masih ramai di luar sana menangius kelaparan.
Sempadankan diri anda dengan kasih dan ihsan.

Ada satu perkara yang sepatutnya tak perlu sempadan.
Dengan diri sendiri.
tapi kebanyakan kita cipta sempadan dengan diri sendiri.
Bila dalam diri ade sempadan,
pemisah kebatilan dan kebaikan, nyata kita hanyut.
Bila ada pemisah nafsu dan kehendak, kita tamak haloba.

Sunday, August 1, 2010

LAFAZ MALU

Andai aku mampu lafazkan ini sepenuh hatiku..

Aku masih tidak mampu mencintai Tuhanku sebaik mungkin. Tiada ruang untuk aku mencintai manusia.

Jauh dari dalam ini perasaan meronta-ronta

Ya pasti akan ada orang kata..''Kau ni poyo"

Setiap kali aku kau kauorang sedih, bukan manusia yang mampu ubati dan manusia yang kau cari. Kau akan cari Tuhan.
Kau akan mengeluh dan bermonolog dalam diri.
Dengan siapa kau bermonolog itu?
Sudah pasti dengan Tuhan.
Bukan manusia juga.

Cinta aku pada Tuhan kadang-kadang hilang.
Cinta Tuhan pada aku tak pernah hilang.
Aku berfikir ini. Dan aku malu.