Tuesday, August 31, 2010

BUANG BAYI


Sekarang ini gejala buang bayi dah merata-rata.
Di Malaysia sendiri pun dah jelas nyata. Bagaimana manusia sekarang, boleh meletakkan diri jauh lebih teruk daripada seekor beruk?
Tak kisahlah yang buang bayi itu orang agama apa sekali pun.
Yang penting di mana pergi sikap perikemanusiaan?

Kat kaca tv, National Geography sedang berlayar setengah jam sudah.
Dan aku tonton.
Seekor ibu beruk mengusap2 kepala anaknya, tanda kasih dan sayangnya.
Dan beberapa minit selepas itu, iklan.
Aku ubah siaran kepada berita.
Dan melihat kes seorang bayi yang dibuang di Shah Alam.
Digantung pada papan tanda dalam bungkusan kertas.

Oh.
Bagaimana tidak aku labelkan kita manusia teruk daripada beruk?
Mana pergi erti kasih dan sayang itu.
Beruk bertindak menggunakan instinct/intuisi
Manusia bertindak menggunakan minda.
Sedang intuisi itu hanyalah tahap paling rendah mengikut kelajuan kognitif.

Ini adalah masalah orang kita.
Manusia.
Dan aku harap kita semua pernah terdengar tentang pesanan Nabi ini.
Pernah jua Raihan alunkan dalam nasyidnya.

Akan terjadi pengakhiran alam bila ibu kehilangan anak dikandugan secara tiba-tiba.
Tanpa disedari.

Dan aku cuba mentafsir ( betulkan jika aku salah ).
Kehilangan anak secara tiba-tiba? Mungkin sinonim dengan kes membuang bayi tanpa tuntutan.
Kesinambungannya ada di situ.
Dan manusia semakin hari semakin hebat meminta kiamat dipercepatkan.

4 comments:

faiz ck said...

bagi aku je xnak....comel je bayi yang kena buang tu kan...xbaik la diorang

TOXICSNAIL said...

kes paling geram yang bayi kembar 3 tu kne buangg

arghh tekanannye aku

punyalah aku teringin nk dpt anak kembarrr

XD

_b4rb_ said...

tud dia.topik punya matang.
wow~
teringin ank kembar?
mak kpd ank tu spe jayjay?
ahahahha

Siti Syazwan said...

nak baby gak:) jgn buang2 kan? if nk ank kembar, crk org yg fam dia ad anak kembar/hahahah