Melenjur kelenjar air mata, pernahkah kita terfikir mengapakah perlunya kelenjar air mata.? Air mata merupakan suatu cecair yang signifikan terhadap rangsangan emosi. Saat emosi diduga..kesedihan..kegembiraan..ketakutan..air mata selaku prasasti segala yang mengungkap ribuaan makna. Mungkin kita kurang menghargai kepunyaan sendiri. Alangkah jernihnya air mata...
Secara saintifiknya, kelenjar air mata akan merembeskan titisan air mata secara ekslusif mengikut keadaan yang sewajarnya. Air mata yang dialirkan menyimpan sebuah signifikan tersendiri. Walau berbanjir sekalipun air mata yang dikeluarkan, kilang air mata akan memproses semula kuantiti air mata yang dirembes tersebut. Oleh itu, kuantiti air mata yang hilang akan diganti semula supaya ia tidak akan habis secara sia-sia...
Perasaan dan Emosi?
Situasi ini akan menyebabkan jolokan emosi yang menyebabkan air mata dirembes secara drastik. Setiap manusia secara lumrahnya telah diaspirasikan dengan pelbagai jenis perasaan dan emosi yang secara tidak langsung membentuk peribadi persona tersebut. Pabila bergelumang dengan emosi dan perasaan, secara intuisinya air mata kemuncak saksi. Air mata adalah klimaks untuk kita berbicara dengan diri sendiri, adalah putaran sakti yang menyebabkan kita menyentuh aspek dalaman kendiri..
Lelaki dan Wanita?
Mungkin secara lahiriahnya, telalu mudah untuk seorang wanita mengalirkan air mata. Air mata mempunyai similiariti yang paling dekat terhadap kaum wanita berbanding kaum lelaki. Air mat umpama suatu pedang yang dipegang kaum wanita untuk menembus segala perkara.Secara saintifiknya, para cendekiwan saintis membuktikan bahawa kaum wanita lebih mudah mengalirakn air mata berbanding kaum lelaki berdasarkan peranan emosi dan perasaan. Kaum wanita mempunyai hati yang lembut dan cenderung terhadap emosi dalaman. Namun sedemIkian, terdapat sebilangan orang mengatakan kaum lelaki susah untuk mengalirkan air mata kerana egoism yang lebih cenderung. Mungkin dalam aspek ini ego sama sekali bukan penyebab utama.
Berfungsikah Air mata kita?
Pelbagai hikmah di sebalik penciptaan air mata. Walau sedikit kuantiti, air mata mengandungi seribu makna tersirat. Sesetengah individu mampu menyimpan perasaan..mengimbau memori..lalu disalurkan melalui hembusan air mata..Air mata yang mengalir umpama menghilangkan rasa gelisah..ketakutan..kesedihan dan segala2nya..Air mata yang kerdil itu natijahnya sekantung budi, yang merealisasikan hasrat di jiwa.
Mungkin kita sering melihat seorang ibu menangis..tetapi pernahkah kita melihat seorang bapa menangis?
Anak kecil menangis apabila dimarahi..tetapi tangisan orang dewasa mungkin terkandung seribu asbab?
Seorang wanita menangis kerana jiwanya terluka..Adakah seorang lelaki mampu menangis akibat terluka?
Perlukah menangis kerana takut?sedih?gelisah?gembira?
Air mata..kau umpawa jelmaan rupawan yang mampu menafsir segala hasrat di hati..yang mampu mencipta dimensi baru dalam kehidupan..memberi kekuatan dalam menempuh kehidupan..Menangislah..sekiranya itu mampu menyembuhkan kita..