Saturday, August 29, 2009

Agenda Beragam

Baru-baru ini..Malaysia sekali lagi digegarkan dengan tindakan masyarakat yang beraneka ragam..
OH Malaysiaku..aku sudah tidak pasti dengan hala arusmu
Hanya sebidas kata aku mencelah, tentang imbusi yang berlaku di Shah Alam seksyen 23 berkenaan mogokan @ rusuhan...terhadap isu pemindahan kuil yang berdekatan dengan masjid..

Aku risau perkara ini menular dalam masyarakat. Kerana sejarah sudah membuktikan kepada kita isu agama adalah isu paling sensitif. Isu ini mampu memusnahkan segenap tamadun dalam sekelip mata.OH

Berkenaan simbolism kepala lembu yang dipamerkan..banyak pihak tertanya2..adakah ini dugaan politik semata-mata atau isu agama sebaliknya, yang ditelus secara halus?
Sebahagian berpendapat menggambarkan ''orang atas ibarat lembu dicucuk hidung''..manakala sebahgian menggambarkan ''lembu simbolik ketuhan Hindu''
masing-masing mempunyai hujah tersendiri..

Cuma..kita sebagai Islam warasnya berfikir sebelum bertindak. Baik buruk sesuatu perkara mampu membawa kita ke arah kecundang..

  • "Janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, karena mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada (pada pandangan) tiap-tiap ummat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Q.S.al-Anan'am:108)

  • 1 comment:

    eiraixora said...

    Jehan..
    isu ni apa pon, still benda sensitive.
    Bila kita buat sesuatu yang menyentuh perasaan orang bukan Seagama dgn kita, kita pertahankan dgn macam2 alasan..
    Tapi macam mana kalau mereka buat macam tu kat kita pulak? tau plak kita nak marah..
    Ni semua tindakan kebudak-budakkan..
    Kita tak payah sentuh isu politik dlm ni..
    sebab orang yang ada akal yang waras, yang memahami agama dengan sebaiknya akan tahu bahawa tindakan ini tetap salah..

    p/s- lama tak jenguk blog ko..:P