Bukan kemajuan yang bakal dipersembahkan, bukan kekayaan yang hendak dipertikaikan...
Dengki-mendengki sesama manusia masih menular di kalangan kita. Manusia memang mudah lupa diri, dan paling hebat menunjukkan belang pabila tidak senang melihat kesenangan orang lain. Dan dari titik itu kita dapat lihat sejauh mana manusia mampu beraksi tanpa batasan..jauh melampaui batasan waras seorang manusia.
Lihat sahaja di sekeliling kita, di depan kita mungkin senyap tak berkata..belakang kita siapa tahu?
Terkadang pelik dengan telatah masyarakat, yang mengaku baik yang mengaku beragama..tetapi masih kolot dalam bertindak. Suatu adat yang masih diamalkan turun-temurun..MAIN HANTU, MAIN JIN DAN MAIN SYAITAN...Mungkin di antara kita pernah mengalami, terfikir untuk mengalami mahupun mendengar daripada sesiapa..tetapi harap-harap jauh sekali MENCUBANYA..
Sudah lahiriah dan batiniah Tuhan katakan, manusia tidakkan berbaik dengan jin syaitan. Sedangkan manusia sesama manusia sering bertikam lidah, bertelingkah. Inikan hubungan manusia sesama makhluk halus..yang ternyata tak terjamin sejauh mana mereka mampu pergi.
Bukan setakat orang-orang veteran yang berkecimpung, semua lapisan umur turut berminat. Ada juga remaja yang pinta tolong jin syaitan untuk mendapatkan jawapan peperiksaan (memang dorang tu belajar tinggi sampai PhD pon!)..
Yang pinta berubah cantik?oh..ramai sekali..susuk2..
Aku hairan kenapa amalam ini masih diperturunkan, walhal kita semua tahu baik buruknya. Kita tahu perkara ini makan diri..tak kira tuan atau siapa-siapa sahaja..Tetapi manusia masih berani bermain dengan api..isk2..
Manusia bila tak mampu menganiaya orang dengan tangan sendiri, mulalah dia pergi berbomoh..konon2 mampu menyirat daging tanpa tinggal bukti...
Manusia bila dengki dengan kekayaan orang lain, mulalah memuja supaya bagi sakit itu ini orang dibenci..
Manusia bila rasa sakit hati, mulalah pergi beburu mangsa nak dikenakan..
Malu-malu...lagi malu bila tahu yang semua ini datang di kalangan masyarakat Melayu sendiri..
Walau kini kita hidup dalam bangunan konkrit, hutan konkrit..jangan disangka "mereka" tidak wujud. Mereka di mana-mana sahaja dan hanya perlu pengeras seberapa cuma untuk berhibur. Mungkin kelak kita masih tak berjumpa jin syaitan mahu pun manusia 'bertopeng' mereka. Saksikan sedewasa mana nanti kita akan berselisih, berjumpa, bertegur sapa dan hidup bersama..tanpa menyedari elemen api masih, sedang dan bakal menrentung.
"KITA TAHU SYAITAN BUKAN KAWAN YANG BAIK..DAN SEBAIK-BAIK MEREKA TU SEBURUK-BURUK PERANGAI MANUSIA YANG PERNAH HIDUP ATAS MUKA BUMI"
1 comment:
btoi jj!
sapa la mai antaq setan kacau aku ni.dok jadik pemalas nk blajaq wp0n nk final.hoho.
all da best final!
p/s:kalau ang ditakdirkan dok sblah aku,aku xmintak byk ponn..tolak krtas mcQ tu ja.pas2 pndai2 la oblique+rectus mscle aku nk buat reja.hehe.=p
Post a Comment