Wednesday, May 26, 2010

NORMAL


Kadang-kadang suatu ketika, emosi ini memanggil dan meracau.
Kita manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita kecapi. Dan suatu tahap kita akan membuak-buak melakukan sesuatu walhal itu bukan kredibibiliti kita .

Benar?Ya

Dan aku dapat rasakan perkara ini berlaku kepada kita semua. Cuma apa yang boleh aku sampaikan. Jangan tipu diri sendiri.

Pabila setiap daripada kita dilahirkan dengan keupayaan dan kebolehan masing-masing, mengapa masih cemburu pada yang orang lain.? Dan aku juga tidak nafikan ini natijah pemikiran kita. Aku pun serupa.
Orang bersukan, kita pun mahu bersukan. Orang masuk pertandingan, kita pun sertai. Orang melukis, Kita pun berlagak hebat melukis.

Ok itu masih di luar kawalan. kita cuba melakukan apa yang orang lain cuba lakukan dan mereka berjaya lakukan. Jadi tidak mustahil untuk kita untuk turut mencuba. Membuktikan kita masih Normal hidup seiring sejalan dengan manusia lain.

Tapi bagaimana pula sebaliknya?
Jika Orang melukis, kita cuba mewarna sebaik mungkin. Orang bermain bola, kita bermain kriket seorang. Orang petah berkata, kita petah membantah.
Ya itu adalah di Atas Normal

Normal dan di Atas Normal. Boleh anda pilih salah satu atau miliki kedua-duanya. Cuma jangan tipu diri sendiri.

2 comments:

faiz ck said...

lama xbaca penulisan kau nih~hoho

memiliki perasaan 'ingin' itu baik
perasaan 'dengki' itu jelik~thanks for reminding

^^

TOXICSNAIL said...

Hahah.ko ni malu aku.
owh tibe2 teringin nak menulis bosan2 ni =p