Thursday, October 28, 2010

MATANG

Aku nampak kau. Dan kau kelihatan sangat tak matang.
Tapi itu hanya pada pemikiran aku, mungkin sebaliknya aku yang tak matang.

Matang.
Bagi aku itu hanya satu label. Tag. Orang kerap guna perkataan ini kan?
Ya
Dan dalam situasi yang macam-macam orang mampu melemparkan dialog,
'' Kau ni tak matang la "

Itu namanya ayat safe-play.
dalam banyak keadaan disimulasikan untuk menunjukkan superiority.
Sebenarnya aku xgemar dengar perkataan itu.
Siapa kita nk menilai matang x matang individu itu?

Dan seperti yang dikatakan.
Perkataan itu hanya sekadar label. Dalam tanggapan masing-masing.
Untuk menzahirkan ego rasanya.
Tanggapan hanya sekadar tanggapan.
Tiada betul tiada salah.

HIKAYAT

Dalam dunia ini.
Apa yang kita lalui bakal jadi suatu hikayat. Sebagaimana hikayat-hikayat yang anda baca menerusi media dan segala medium pembacaan.
Cuma yang lainnya, hikayat ini adalah hikayat anda. Anda yang melakar cerita, anda yang berlakon dan anda jugalah yang menillustrasi hikayat anda.

Aku pilih dunia dan dalam isinya, sebagai tinta bermunajat.
Lalu ini hikayat bermula...keseronokan dan kegembiraan..
Namun hikayat tetap adalah hikayat. Di mana ada permulaan dan penghujung.
Aku jelas tentang permulaan. Tapi aku kabur penghujungnya.

Kajian telah membuktikan. 80% manusia mati tanpa arah tuju. Tanpa mengenal erti dan wawasan mereka sewaktu hidup.
20% sahaja yang berjaya mengenal erti. Siapa 20% itu? Mengapa tidak dinyatakan calon dan contohnya.?
Ini alasan kita. Contoh sudah ada. Banyak. Cuma mata buta telinga tuli mulut membisu.

Hikayat memerlukan watak. Plot boleh dirancang. walhal sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Watak perlu cukup kuat, tabah dan hebat. Siapa watak? Kau aku dia kamu.
Adalah watak.
Watak yang bagaimana?Anda pilih.

Cuma ingin disimpulkan. Bukan setiap hikayat itu berkesudahan dengan kegembiraan dan kebaikan.
Boleh jadi sebalikknya.
Sentiasa beringat. Hikayat anda adalah telus dan absolute..

Monday, October 18, 2010

SUATU PETANG

I just know how to deal with this. It happened long time ago.

Sepetang 3 minggu yang lalu di Malaysia, menjengah waktu tidur di sebabkan malam yang sentiasa berjaga dan merayau.haha.
Bunyi hp kedengaran, dan disambar pantas.

1 missed call.

oh. Seorang rakan telefon. Aku kira beliau mahu ajak melepak atau teman ke mana-mana.
Dan aku reply mesej beliau.
'' yup. napa weh? nk lepak mana? ''

Beberapa minit kemudian aku terima mesej baru. Daripada beliau.
'' Afiq, bapak aku dah xde "
Aku tergamam seketika. Memikirkan tak betul la dan x proper la msej aku kpd beliau.
Dan segera aku telefon. Dan lalu segera bergegas ke rumah beliau.

Dari jauh aku nampak, linangan air mata. Ya. Air mata kesedihan.
Segera aku pergi bertegur sapa. Dan cuba menenangkan beliau. Alhamdulillah masih ada ilham ketenangan yang Allah berikan ini dalam diri setiap manusia.

Aku terkejut dan tergamam. Kerana semggu yang lepas aku bersama beliau membawa pulang bapa beliau yang mengalami strok dari Hospital Serdang. Dan kini kelihatan sekujur jenazah kaku.

Dan aku tahu beliau seorang yang tabah dan hebat. Sanggup berhenti belajr selama 4bulan utk menjaga arwah bapanya. Pengorbanan yang besar daripada seorang anak lelaki. Yang mungkin rata-rata antara kita xmampu nk lakukan. Kasih seorang anak terhadap bapa. Air mata yang beliau tumpahkan itu bukannya kekecewaan, cuma aku tahu itu air mata masih tidak puas menjaga bapanya.

Innalillah wainnailaihi rajiiun.

Dan setiap dari kita, bila terdgr berita kematian, silalah pergi melawat keluarga si mati jika berkemampuan. Kelak lusa kita di tempat itu.