Thursday, October 28, 2010

HIKAYAT

Dalam dunia ini.
Apa yang kita lalui bakal jadi suatu hikayat. Sebagaimana hikayat-hikayat yang anda baca menerusi media dan segala medium pembacaan.
Cuma yang lainnya, hikayat ini adalah hikayat anda. Anda yang melakar cerita, anda yang berlakon dan anda jugalah yang menillustrasi hikayat anda.

Aku pilih dunia dan dalam isinya, sebagai tinta bermunajat.
Lalu ini hikayat bermula...keseronokan dan kegembiraan..
Namun hikayat tetap adalah hikayat. Di mana ada permulaan dan penghujung.
Aku jelas tentang permulaan. Tapi aku kabur penghujungnya.

Kajian telah membuktikan. 80% manusia mati tanpa arah tuju. Tanpa mengenal erti dan wawasan mereka sewaktu hidup.
20% sahaja yang berjaya mengenal erti. Siapa 20% itu? Mengapa tidak dinyatakan calon dan contohnya.?
Ini alasan kita. Contoh sudah ada. Banyak. Cuma mata buta telinga tuli mulut membisu.

Hikayat memerlukan watak. Plot boleh dirancang. walhal sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Watak perlu cukup kuat, tabah dan hebat. Siapa watak? Kau aku dia kamu.
Adalah watak.
Watak yang bagaimana?Anda pilih.

Cuma ingin disimpulkan. Bukan setiap hikayat itu berkesudahan dengan kegembiraan dan kebaikan.
Boleh jadi sebalikknya.
Sentiasa beringat. Hikayat anda adalah telus dan absolute..