Monday, October 18, 2010

SUATU PETANG

I just know how to deal with this. It happened long time ago.

Sepetang 3 minggu yang lalu di Malaysia, menjengah waktu tidur di sebabkan malam yang sentiasa berjaga dan merayau.haha.
Bunyi hp kedengaran, dan disambar pantas.

1 missed call.

oh. Seorang rakan telefon. Aku kira beliau mahu ajak melepak atau teman ke mana-mana.
Dan aku reply mesej beliau.
'' yup. napa weh? nk lepak mana? ''

Beberapa minit kemudian aku terima mesej baru. Daripada beliau.
'' Afiq, bapak aku dah xde "
Aku tergamam seketika. Memikirkan tak betul la dan x proper la msej aku kpd beliau.
Dan segera aku telefon. Dan lalu segera bergegas ke rumah beliau.

Dari jauh aku nampak, linangan air mata. Ya. Air mata kesedihan.
Segera aku pergi bertegur sapa. Dan cuba menenangkan beliau. Alhamdulillah masih ada ilham ketenangan yang Allah berikan ini dalam diri setiap manusia.

Aku terkejut dan tergamam. Kerana semggu yang lepas aku bersama beliau membawa pulang bapa beliau yang mengalami strok dari Hospital Serdang. Dan kini kelihatan sekujur jenazah kaku.

Dan aku tahu beliau seorang yang tabah dan hebat. Sanggup berhenti belajr selama 4bulan utk menjaga arwah bapanya. Pengorbanan yang besar daripada seorang anak lelaki. Yang mungkin rata-rata antara kita xmampu nk lakukan. Kasih seorang anak terhadap bapa. Air mata yang beliau tumpahkan itu bukannya kekecewaan, cuma aku tahu itu air mata masih tidak puas menjaga bapanya.

Innalillah wainnailaihi rajiiun.

Dan setiap dari kita, bila terdgr berita kematian, silalah pergi melawat keluarga si mati jika berkemampuan. Kelak lusa kita di tempat itu.

1 comment:

faiz ck said...

good reminder..
thanks afiq
takziah pada sahabat kau
alfatihah