Hari ini bukannya hari minggu. Malahan hanyalah hari khamis.
Dan di tengah malam menghirup udara kota, bersama dua orang sahabat Jali dan Shai
Satu panorama yang asyik, disemai rintihan hujan gerimis.
Dalam sunyi malam itu, kami melalui Jalan Ampang, menyelusur segenap jalan kota.
Aku memang seorang yang tidak peka jalan.
Lagi-lagi jalan KL ni..memang foul
Tiba di satu simpang. Membelok ke kiri. Berhajat hendak singgah sebentar di mamak berdekatan
Tanpa disedari,
Dua orang polis bermotosikal menjengah ke ruang tingkap kereta kami.
Seraya berkata,
'' Buat ape ni dik? Nak ke mana? ''
" Nak makan kat mamak jap bang "
" Eh gelap ni dik ,'' kata abang polis
" Eh kenapa bang? Ada kes ke pasal letak kereta kat sni? " tanyaku.
" Eh gelap ni dik '' balas abang polis... Sekali lagi.
Aku terus seperti @___@ bila soalan yang kutuju tidak berbalas...haha
malah mendapat jawapan yang sama dan takbest sebanyak dua kali.
Di bangku kedai mamak, mata melurus tepat ke hadapan.
Rupa-rupanya ada roadblock kt depan itu.
Patutlah pun.
Gaya kami meletakkan kenderaan kat situ seakan-akan nak lari daripada kena tahan.
Macam orang bersalah dan suspek.
Dan kami lihat pelbagai panorama. Ada orang sanggup drift kuat2 sebab nk lari daripada kena tahan. Ada orang pura-pura berhenti lepak mamak .
Ada orang masuk jalan mati dan terkantoi.
Cuma mahu berkongsi dan menjengah.
Alhamdulillah tidak berlaku korupsi.
Di India, aku mahu katakan korupsi xboleh dielakkan.
Asal kena tahan saja, tak kira bersalah ke bersalah ke.
Duit terpaksa dihulurkan..terpaksa.
Kalau tidak berjam-jam kena tahan tanpa tahu apa salah kita.
Akhirnya nak tak nak duit kena hulur juga. Dan lepas.
Kuasa dan polisi hidup perlu bersatu.
Dan bila bersatu jangan bertembung.
Bila kita ada pegangan hidup, setinggi mana kuasa kita takkan bermegah.
Seolah-olah singa jantan. Kuat dan poyo.
Lebih baik jadi kura-kura. Keras dan cool
3 comments:
Nice post man.
thanx yen =)
ayat bwh skali tu x bleh blah la jehan oi
Post a Comment