Wednesday, September 29, 2010

MENTALITI KELAS BAWAHAN

Semalam melepak dengan seorang sahabat..
Dan aku terkejut kerana ayat ini keluar daripada mulut beliau
kerana setahu aku, aku dia kami secara amnya lebih kurang..pemikiran

Dan kata penuh taksub bermukah..

Sekarang ni bukan lagi masa nak lepas exam markah cukup-cukup makan je. Tu pemikiran kanak-kanak je nak markah cukup-cukup makan

Ya baru aku sedar. Dan berpuluh tahun aku hidup. Ternyata mentaliti kelas bawahan jua yang tetap aku lebarkan. Memang selama ini aku amalkan ini, dan aku mamah tajam perkara ini.
Exam---> Lulus----> Seronok dan puas.
Baru aku tahu apa maksudnya ini. Exam, lulus dan aku berpuas hati. Sebab lulus. 

Sampai bila kita nak maju?
Bila keluar soalan suma orang akan ajukan coraknya sebegini. Sampai bila MElaYU nak maju?
Jangan salahkan kaum bangsa. Itu masalah kita. Asik-asik nak salahkan kaum sampai bila pun sumpah tak maju-maju.

Berbicara tentang minda kelas bawahan.
Bukan bermaksud pemikiran yang teruk dan kolot.
Cuma cara berfikir yang tipikal, sama dan tidak berubah-ubah dari dahulu sampai sekarang..dan mungkin sampai bila-bila.
Umat kita sekarang kurang berfikir. Semua kita sama sahaja. Mungkin aku lagi teruk
Dan kalau berfikir sekalipun, masih di takuk yang lama dan sama. Serupa tak berfikir.

Sesetengah orang kata...minda kelas bawahan ini ada pros dan kons.
Pros? Seronok dan tiada tekanan
Kons? banyak..anda nyatakan.

Mentaliti ini umpama virus. Boleh merebak kalau tak dibendung.
Sekali merebak, efek umat sekeliling.
Oleh itu, orang yang cuba menyebar kata ( ceramah, motivasi dan etc ), sila berjaga dengan kata-kata
Kata-kata mencorak benih mentaliti dalam masyarakat
Dan benih itu..antara dua jadinya..
sama ada Virus atau Ubat

No comments: