Thursday, April 14, 2011

KEDAH KAMPUNGKU

Kembali ke Kedah Darul Aman.
Tanah jelapang padi..terbentang luas.
Hanya sanubari yang murni pintas mengerti.
lunak deruan pawana lembut.
Menyisip simfoni deruan desa.
mencantas gelimpang kota.

Akhirnya aku pulang ke Kedah kampungku, kerana cuti-cuti Malaysia sudah hampir ke penghujung.
Alamak aii..dah 3 minggu cuti, seminggu lagi nak kena pulang ke Bangalore India. Perasaan camtakbest. =_=

Menziarah tok dan wan kat kampung dan sedara mara.
Naik apa?bas laa..baru best peninjauan hoho. Tido pun puas pe. Celik-celik dah sampai dah.
Hampir 7 bulan xpulang, ada yang masih sihat walafiat.
dan sekian ada juga sedara-mara yang sudah tiada...al-fatihah.

Adik-adik sepupu semua dah tinggi2 dah. Lagi tinggi drp aku.
Yang laki dah garau dah suara..wah
Tok ngn wan..Alhamdulillah..masih mampu menjalani rutin harian.

Suatu subuh yang hening..
Mata terkebil tepat ke suatu arah...oh melihat gelagat wan yang tak pernah berubah dari dulu.
Adik sedara yang paling kecil 7 tahun meluru tepat ke arah wan.
Wan baca doa kat kepala si kecil tu..
Oh itu adalah rutin wan dari dulu lagi.
Beliau akan sentiasa baca doa kat kepala cucu-cucunya..tak kira cucu paling kecik sampai cucu paling tua hahaha.

Ya aku rindu saat itu lagi..
Dengan mata yang bersinar-sinar sambil golek2 atas tilam..
Wan hembus doa kat kepalaku yang lebat dilitupi rambut.
Aku sudah berumur 22 tahun.
Perasaan orang remaja dewasa bila dilayan seperti anak kecil,,,perghh! gua cakap best giler tak tipu sama luuuu!!! hahah best doe


Doa itu penuh dengan kebaikan. Semoga mengaliri setiap titisan darah dalam pembuluh..agar melentur seluruh nista

1 comment:

PùRpLè LuV Me said...

suka dimanjakan ye??? haha
well boys will always be boys even though one day they will be men..:)
btw saya suka kedah!!! the view of jelapang padi sooo calming!!! jelessss