Friday, October 3, 2008

NATIJAH SELEMBAR KEMAAFAN

Dalam menjalani kehidupan ini, amat mudah sekali kita terkasar bahasa, amat mudah sekali kita bermain perasaan. Kadang2 kita yg mengguris jiwa mereka, dan kadang2 kita pula yg akan terasa terguris. Walhal melakukan kesilapan itu sudah cukup sinonim dengan tabiat manusia biasa yg selalu melakukan kesalahan, dosa dan segala2nya. Kita bukan sempurna apatah lagi maksum.

Luka di tubuh mungkin dapat diubati dengan mudah, namun jika luka di jiwa? tidak semudah yang disangka. Luka zahir kelihatan sementara dan akan sembuh secepat mungkin tetapi luka batin? Luka jiwa? mungkin akan berlanjutan sehingga ke penghujung umur kita. Dan apakah jua caranya utk kita melangsaikan segala ini?
Berani utk dikatakan di sini, dengan bermaaf2an akan membuka pelbagai ruang keemasan di depan mata kita. Mungkin kita selama ini melihat erti kemaafan itu dari sudut yg berlainan yg ternyata mmbuahkan sedikit pengaruhnya, dan mungkin sekarang tiba masanya kita membuka ruang minda kita..teliti natijah sebuah kemaafan itu...

Kemaafan akan melembutkan jiwa. Kadang2 hati terasa panas membara, nafsu amarah membungkam jiwa. Jika kita marah, semua di sekeliling kita dijadikan asbab, kita akan mula merosakkan segala benda segala perkara segala perancangan! Marah itu umpama api yg pabila disiram dgn minyak dendam makin ligat membara. Oleh itu, Maaf itulah sebagai pemadamnya, maaf itula selaku air yg sejuk yg memadamkan api kemarahan itu.

Kemaafan mendidik kita menjadi seorang berjiwa besar. Kita akan cenderung utk marah, berdendam dan dengki jika bergaduh apabila marah. Contoh, Ali berdendm dgn Ahmad dan bersumpah tidak akan memaafkan Ahmad tidak kira apa jua keadaan berlaku sekali pun. Namun, Ahmad yg sering memafkan orang lain, walaupun dia tahu dia tidak bersalah hanya mengucapkan " Aku maafkan Ali". Ahmad tidak sepatutnya berdendam dengannya dan dengan berbekalkan kemaafan itu, Ahmad sudah menjadi seorang yg berjiwa besar dan positif.

Kemaafan membuka ruang rezeki. Jika kita begaduh dan berdendam, kita sebenarnya yg rugi. Walaupn dlm pemikiran kita mengatakan pihak yg lain yg rugi. Jika kita bergaduh, orang akan kurang mencari kita sebaliknya akan menjauhi kita sebaik mungkin. Kita marah dan hasad dengki? mungkin kita akan kehilangan pekerjaan atas sebab kita menemburui kejayaan org lain dan marah atas kemenangan orang lain. Jodoh? orang yg sentiasa negatif amat payah ketemu jodohnya, org tersayang akan kurang senang apabila bersama dan kelak meruntuhkan kebahagiaan itu sendiri.

Kemaafan meneutralkan sengketa. Dua pihak yg bergaduh akan mengambil masa yg lama utk berdamai, sekiranya tiada medium utk berdamai itu sendiri. Maaf itu adalah suatu perisai kedamaian. Jika kita saling-bermaafan, segal perkara akn pulih seperti sediakala. tiada lagi unusr2 kejahatan dan kita akan hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Maaf adalah medium paling senang dalam mendamaikan kedua2 pihak. Maaf juga menjamin kesejahteraan dlm berumah tangga antara sumai isteri, utk menerima kesalahan masing2.

Kemaafan melahirkan rasa syukur. Jika kita bermaafan, kita secara tidak langsung telah memanjatkan rasa kesyukuran kita itu. Kepada Pencipta, kepada insan dan kepada makhluk2 lain. Kita akan mudah menerima segala keadaan itu dengan terbuka dan yakin kepada kesenangan yg bakal menanti.

Apakah implikasi jika kemaafan itu diketepikan?
YA! Pelbagai perkara akan menjauh ketengah..hilang kedamaian..doa tidak diterima...sentiasa bermasalah..kurang segala aspek..

Sejarah telah mebuktikan kepada kita..cuma kita tidak pernah ambil kisah
Hati yg bersih itu mampu melunturkan segala masalah. Hati itu megawal minda dan tubuh kita. Apakah hati itu? Ya! seketul darah yg terdapat di dalam jiwa kita yg hanya mampu dilihat secara abstrak, jika baik ketulan darah itu, maka baiklah seluruh tubuh dan hidup kita ini. Orang yg susah utk bermaaf2an dikategorikan orang yg berhati keras, berhati hitam, berhati kotor. Dan perkara yg paling senang, iaitu memohon kemaafan serta memberi kemaafan amatlah susah bg golongan2 ini...

Umar al-Khattab yg berhati singa sebelum pengislamannya, naik berang dan ingin membunuh anaknya apabila mengetahui anaknya itu menganut Islam. Dengan menaiki kuda sepantas kilat, dia hampir menghentak nyawa anaknya. Namun, kedengaran alunan surah Thoha ayat 1-5 berdendang meruntunkan jiwa dan hatinya yg kasar itu.

Rasulullah mengajar kita bermaaf2an, supaya kita menjadi umat yg baik dan sejahtera. Dengan bermaaf2an tubuh kita akan menjadi lebih sihat dan InsyaAllah nyawa kita lebih panjang.
Kata2 ini berjaya dibuktikan oleh kajian saintifik yg dijalankan oleh sebilangan Saintis US. Mereka mendapati orang yg bermaafa2an akan mencipta ion2 positif dalam diri, yg mampu meningkatkan sistem imuniti badan terhadap jangkitan serta menegangkn urat2 muka supaya kelihatan lebih muda dan tenang
HAYATILAH ERTI SELEMBAR KEMAAFAN ITU. MUNGKIN KITA MELIHAT KEMAAFAN ITU TERLALU MUDAH DAN LECEH, NAMUN HIKMAH DI SEBALIKNYA AMATLAH JELAS LAGI SIGNIFIKAN DALAM HIDUP KITA. PERKARA YG MUDAH ITU KADANGKALA MENJADI PERKARA PALING SUSAH UTK DILAKUKAN

P/S= Sempena hari raya ini, saya menyusun segala jari-jemari ini memohon jutaan kemaafan tidak kira zahir dan batin. yg disengajakan atau tidak disengajakan

5 comments:

uniq said...

fuyoo00oo...
kata d0k kat kg..
tp cena bley ada tenet?
maju ar kg tok ang...
maju la l0qstaq...hehe..=P

p/s:komen aku tiada kaitan dgn tjuk...arap maaf zahir+batin

TOXICSNAIL said...

to uniq
umah tok aku yg ni
sepupu aku bru bwk modem
hahah
bolela on9 skejap2
tp tu pn dok berebut2
hehe

Anonymous said...

maaf

TOXICSNAIL said...

lina
maaf?baiklah puan~

Anonymous said...

hello,assalamualaikum
aku x kawen lg no.
so title aku Cik atau pun Miss
sekian sj.
ha cpt mintak maap kat aku!