Sunday, April 26, 2009

TATKALA KALIMAH MULA MENUSUP PADU


Semakin melalui ranjau hidup ini..semakin macam mata ini melihat..
semakin tegar sanubari ini menafsir...semakin lincah emosi ini berkocak..
Melihatkan berjuta macam ragam manusia..
Mendengar bermacam cerita dusta..
Bukan salah manusia..mungkin salah syaitan..
Mungkin..siapa tahu...

Tatkala ini..hati tiba2 berdentum la..sebab aku terbuka satu laman web yang agak Islamiah..yang mengatakan tentang dunia masa kini..dan seseungguhnya memang sepadan la seperti apa yang diperkatakan tentang masa ini..tidak terlepas aku daripada golongan2 itu..

Laman itu mengatakan tentang manusia masa kini..yang kian leka dan alpa..
Dalam mengejar unsur duniawi, secara tidak langsung kita tidak sedar kita turut melakukan apa yang tidak patut..bak kata orang cakap xserupa bikin..
Dahulu bukan main mulut ini cakap itu ini pasal sekularisme..tapi dalam diam2 kita turut 
melakukan hal yang sama..memisahkan agama dalam kehidupan, takut orang kata kita ni kolot kita ni konservatif..
Aku baru2 ini agak terkejut bila sesetengah orang mengatakan, '' Kolot la kau ini cakap pasal agama2 ni''
Walaupun aku ini bukannya daripada golongan yang baik2 dan bukannya daripada kalangan yang menegakkan hukum agama, tapi sekurang2nya dengan berbekalkan asas yang selama ini kupegang sasa..aku xsanggup meluahkan kata2 sedemikian rupa.

Dan diperkatakan..isu busybody..dalam Islam no such thing..yang selama ini kita anggap busybody itu jelik sakai sengal..salah sedikit dan aku jua turut tmenyangkal..Sebab busybody itu ada tahapnya..Busybody bermakna kita mengambil tahu tentang orang sekeliling kita, sejauh mana kesihatan mereka, apa yang dilakukan betol ke tidak, di mana mereka, ada masalah ke?..dan itu yang sepatutnya diaplikasikan..
Tapi apakan daya,,mentaliti ini mempengaruhi sebilangan besar antara kita..
kita sering mengatakan busybody itu teruk..sedangkan Rasulullah sendiri pernah mengatakan tidak sempurna iman seseorang selagi tidak menyanyangi diri sesama saudara
Bagaimana mahu menyanyangi saudara jikalau mengambil tahu pn salah?bertanya lebey pn salah?
Jangan membatilkan istilah mengambil berat dengan busybody tu....

Salahkah kita menggembirakan orang lain?Sedang kita melihat orang2 bermasalah di sekeliling kita?Bukan bermakna kita menyelinap privacy orang dengan bertanya, menasihati dan berbuat sesuatu..cuma ada taktiknya secara berhikmah..
Bukan mudah kita memuaskan hati semua orang..Bukan mudah kita menyaksikan kegembiraan orang lain..
Kerana sudah terbukti tertanam perasaan 'I want something in return' dalam diri setiap insan..
Rasullulah sudah menyiarkan kepada kita tentang asbab pahala itu diberikan jika hati ini berkata ikhlas..dan ternyata jikalau kita tidak pinta sekali pun, Tuhan itu Maha Adil..Gembirakanlah orang sekeliling anda dan ternyata anda akan mendapat kegembiraan juga..secara tidak perasan,bukan sekarang mungkin kelak nnt..

Banyak juga dugaan ni ya..Pernahkah kita berfikir kenapa begitu dan begini sekali Tuhan menduga kita?tidak..kita jarang memikirkan secara kritikal perkara2 ini..Kadang2 kita nak sedapkan hati kita akan cakap,'' Qadha dan Qadar la tu''..tetapi sejauh mana bingkisan kata itu mampu menenangkan jiwa ini. Mungkin sebab kita masih tidak memahami secara mendalam maksud Qadha dan Qadar itu sendiri..mungkin selama ini kita hanya berfikir menggunakan akal fikiran semata-mata, tanpa halusan mata iman itu sendiri..Dan mungkin kita terlupa janji Tuhan dalam kalimahnya, iaitu Dia tidak akan menduga dan membebankan seseorang sejajar dengan kemampuannya..So jangan putus asa..

Dan laman itu turut mengatakan, Tuhan menyorokkan kemanisan iman dan kewalian dalam diri seseorang itu. Tidak bermakna luaran seseorang itu biasa, pada pandangan mata manusia dia adalah biasa..tetapi pada pandangan Tuhan dia adalah luar biasa.kerana segala perkara yang dilakukan hanyalah di belakang tabir. Hanya dia dan Tuhannya sahaja yang mengetahui segala macam kebaikan..Pancaran itu akan wujud dari dalam diri manusia..dan tidak semua di antara kita akan dapat merasa..even bau pun tidak..sebab ramai antara kita hampir tertutup pintu imannya..umat akhir zaman la katakan... 

Cinta?Ya memang tidak disangkal itu adalah nikmat..dan jangan sekali-kali kita mengkufuri nikmat..tetapi nikmat cinta mana yang dikufurkan itu? Sedang diri ini masih jauh dari Cinta Illahi..dan sungguh aku tidak bersedia untuk apa2 selagi cinta itu tidak kutemui..mungkin Dia berhak menangguhkan dahulu kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin jika bercinta sekarang hanya akan mematahkan hati seberapa ramai wanita..lebih baik menunggu hikmahnya dahulu..Mungkin dahulu aku kurang bersetuju dengan beberapa pendapat yang mengatakan '' Cari Cinta Tuhan dalu baru cari Cinta Manusia''..dan sekarang kucuba memposotifkan diri mengenal erti syahadat itu..sedikit demi sedikit..love is sacred..terpulang kepada kita untuk menyucikan definisi itu

Senang cakap..memang xlayak diri ni nk cakap sedemikian rupa..Dalam sibuk2 kita mengejar dunia2 ni kan, sekarang adalah masa mengenal Tuhan juga, bila kenal Tuhan kita kenal agama, Kenal agama maka kenal diri, kenal diri lantas kenal hala tujuan hidup...sudah2la kita ini asik2 dok melayan kerenah hidup sahaja...memang xkan ada penghujung waktu..masalah hanya akan habis apabila kita disarungkan selimut putih, dibaringkan dalam perut bumi..menunggu masa..
Tetapi teman..masih belum terlambat untuk kita..waktu2 ini kita masih punya Quran dan Hadith..kita msih punya ilmu tentang Solat..kita masih mengerti halal haram..kita masih berfikiran waras..dan paling penting kita punya asas yang jitu untuk membentuk jati diri kita..

Thursday, April 16, 2009

SIAPA KATA BEST SANGAT OVERSEA NI

Erm..kadang2 aku terasa cam kosong je..kosong sgt2..xtau la nape
Dalam mencari-cari kekosongan tu...tetap xjumpe gak
apekehalnya la rasa sgt2 kosong ni..
kenapa ek

Mungkin sbb aku terasa terasing la bila tercampak jauh ke India ni..
Emosi selalu berkecamuk..rasa nk belasah orang jew..rasa nk ponteng kelas sebulan je..
rasa cam tahi la senang cakap!ahaha
tapi xpe..sbb aku sgt hebat menyembunyikan perasaan ni..hoho =p

Baru2 ni lagi la..semenjak dua menjak ni...sume menda aku wat xbetul..byk menda aku xpuas hati.aku pn xtau la kenapa
Perubahan hormon kew??aku xrasa begitu
aku da ckup tua kot..haha
Perubahan fikiran kew??o tidak..mentaliti aku tetap sama
hurmmm..zzzz....
Tetapi...aku still akan terus mencari2 apa yang aku rasa2 itu...mungkin fantasi mungkin realiti..
TAPI APA????APA???hahhaha~~ (^0^)

Dalam bbrapa minggu ini..perasaan rindu makin membuak2...rindu nk balik Malaysia..~
Bayangkan la, 6bulan duduk kt sni lgsg xpnah nampak muka abah, umi bangMi bangLi dan Nurul...haishh..i mean mmg xnmpk la secara LIVE..huhuh
Masa awal2 datang India, BangLi ada ajar abah guna YM..masa tu Abah bru start buat YM..Abah suruh add die..memang keajaiban dunia btol la~~
sbb dlu..
aku wajib dibebel oleh abah..''Asik2 chating! Asik2 chatting!,xde mende lain ke''
Ayat itu akan sentiasa terngiang2 di benak memoriku hoho
So da add la abah..tapi..
Pernah ada suatu masa tu tgh 1st time chat ngn abah
'' Salam apa habaq apit'' taip abah
'' Waalaikumsalam sihat!wah2 dah pandai abah guna Ym!!haha'' kataku
'' Entah menatang apa tah ni..abah xtau nk guna sangat'' kata abah
'' Alah abah taip2 je la..pastu send..xsusah pn...''
'' tu la dulu asik2 bebel apit asik2 chatting la..tu la''
'' sekarang ni baru abah tau apa kepentingan YM ni''

........aku terus membebel dan type macam2..adalah smpi berbelas2 baris....sehinggalah aku perasaan kenapa abah xreply2 YM ni..

'' Abah ada kt situ lagi ke x??''
'' Ada2...tapi abah xtau nk guna menatang apa tah ni..nak type pn abah xngeti laju2 ni..hang tulih2 jela abah baca ja''

Aku terus tergelak terkekeh2 MUAHAHAHAH...

'' Abah cbe tekan klik kt webcam la senang...kite sembang2 je terus..''
Lalu abah pn klik kt webcam...tapi..xkuar ape2 gmbar pn..haish...
rupe2nya...webcam abah rosak..haiya...
Hurm..tapi lps bbrp hari pastu..da xnampak da abah on9...katanya payah sangat nk guna menatang ni..baik talipon ja trus..hoho...xpela..at least ade effort kan..*Big clap*

Bila ada kredit lebih je..aku akan telefon abah..umi..sape2 je la yg ada..*tapi salunya xda kredit so misscall shaja!haha*..dan bile2 boring akan mesej2 la mereka..dan kebanyakannya adalah mesej2 gedik haha
Adalah kadang2 tu mesej2 ngan umi..

"Apit da makan? Sihat x?" kata umi
"xpon umi..diet skit ni...da beratus2 kg da ni...haha..*tipu skit*'' ujarku
''LOrh mana bole gemok2 sangat nnt pompuan xmau kt apit kang''
''Alah..nnt umi carikan la..malas la umi nk cari..i malas tau..hahah''
''Aish apit ni..memilih kot..ke juai mahai sgt??hahah''
''Mestilah mahai umi..badan besaq perut besaq hahha''
.....dan mesej trus bermsj..dan bermesej...

Pastu kadang2 dapat mesej daripada Abah...trutttt trutttt*
''Apa tu dok merapu ngan umi tu..xdak reja lain ka'' kata abah
''Ala saje je nk gedik2 skit la abah..usaha nk mencarik menantu abah ni!haha'' ujarku
''Toksah dok gatai'' kata abah

HAHHAHAHAHHAHAHA (^0^)...*aku hanya mampu ketawa supersonik sahaja..bila baca msj abah dalam longhat utara hoho

.....................*perkara di atas adalah disebabkan kerinduan yang teramat2 haha!*...........

Dan minggu lepas..aku dikhabarkan tentang kematian seorang ibu kepada rakanku..Aku dapat macam2 mesej dari pelbagai pelusuk dunia...kawan2 dari mesir malaysia indonesia turut menyampaikan khabar tersebut..
Dan aku terasa sungguh tak berguna..sebab xmampu nak berbuat apa2..sob2..at least kalau ada kt Malaysia boleh la jugak nk tenangkan2 member tu..ini tidak..uwaaa~~aku plak kt lecture hall emo lebey2...tapi aku berjaya sorok..hohoh
Dengan berbekalkan recharge Airtel Rs550..aku pn telefon la beberapa kawan di Malaysia utk bertanyakan hal ini..dan kawan yang kehilangan ibu tersebut aku turut telefon..aku hanya mampu menenangkan emosinya dari jarak jauh...hanya itu sahaja yang termampu...balik bulan 5 ni aku akan teruskan apa2 yang xselesai lagi ye 

Dan aku turut dikhabarkan...tentang pakcik depan rumahku yang kritikal sakit jantung..uwa...pakcik Bob sangat baik..masa kecik2 dlu dialah yang rajin bawak aku ke hulu ke hilir dah macam anak dia dah...pergi tengok arnab..pergi tgk akuarium ikan...pergi mandi air terjun...pergi pudu beli2 binatang..dialah yang didik aku suka2 binatang ni...dia gak banyak ajar aku buat kraftangan gak, melukis...dan paling best..dia ni kerja Dewan Bahasa dan Pustaka so banyak gilar buku cerita best2 die bagi aku baca..aku mula baca novel masa umur 7tahun hohoh;..*sekarang aku sgt malas kot*..kalau pergi pesta buku..PERGHHH~~dapatla aku diskaun mcam2 hahah
hurm tapi tu la..terkejut aku dengar..aku harap2 dapat lawat dia balik bulan5 ni...

Ya kaklong aini (kakak rahimah bukan kakak aku.aku xdak kakak!haha) pun kata aku patut balik bulan5 ni..sebab dia kata dia nak belanja aku sate kalau exam dia bagus kali ni..haha aku tau exam kau mmg akan bagus la..so percentage aku akan dpt mkan sate adalah 100% hoho..aritu dia pernah berlanja sekali..bukan tu je da macam2 da dia belanja hoho...aku ngan rahimah dok asik cekau duit die je la hahaha..so dia kata aku patut balik untuk tuntut sate itu hohoh

Dan macam2 perkara aku dengar..yang elok ada yang xelok pn ada..yang best ada yang xbest pn ada...aish..dari kawan2 la ni..biler aku soh cter sume cakap.."alah ko diam2 je la kt India tu..xmau cter kt kau..klo nk dengar cter ko kne blik Malaysia hahah'' cis..ugutan tu...hahah...tapi xper...aku sahut cabaran tu. Ada yang dengar kapel ngan die ni la..ada yang clash la..ada yang nk bertunang..ada yang nk berkawen la!haish...advance tol rakan2ku ini hoho...
yang xleh blah ade cikgu Maahad kata dorang dgr aku da nk bertunang~haish.~~~tkezut aku!haha

..............*Banyak perkara aku terlepas ni*.................aku kena qadha suma perkara ni....

Mula2 dulu...beberapa bulan yang lepas aku admit..Yang aku xmau balik cuti bulan5 ni...planning nk pi Goa..tapi aku tarik balik la kata2 itu..aku rasa aku wajib balik, dan aku sudah berjaya menghasut ramai rakan2ku untuk kita balik berjemaah!hahah!yes..aish...Dulu ingat xmau balik dlu..nk tunggu rasa..baru rasa excited bole citer sume mende..tapi pikir2 balik...ala..nnt aku balik raya nanti aku cerita2 jela mende ulang2 *hahhah*

Thursday, April 9, 2009

MATANG ITU....


Suatu malam itu..sambil meninjau keheningan malam..
Aku bersama beberapa orang rakan2 mula berbicara tentang dri kami masing2..
Lalu kelihatan beberapa orang senior makan di situ...dan kami turut menyertai perbualan itu

topik yang diperkatakan..
Bilakah kita akan matang??
Kognitif ini melaju pergi, menyirat seribu pepatah..
Pendulum sanubariku tertanya2 gusar...
Apa penting sangtkah kematangan itu?

Mungkin kita tidak mahu berbicara tentang matang..kerana kita terlalu seronok dan asyik dilena keseronokan
Kita tidak mahu matang sekarang...kerana kita tahu kematangan itu akan membuatkan kita hilang sesuatu...kita akan hilang banyak perkara...
Kita akan hilang gelak tawa hilau...
Kita akan hilang jenaka kanak2...
Kita akan hilang sifat keanak-anakan..
Kita akan hilang teman sekeliling..
dan jua..
Kita akan hilang hidup yang lalu

Tetapi itu semua hanya alasan yang dangkal semata-mata..atas dasar kita tkut kematangan itu akan membawa pergi segala-galanya..
Padahal tanpa disedari
Mungkin kematangan itu akan memberi kita sesuatu...sesuatu perasaan yang lain..sesuatu yang baru dalam hidup..untuk menggantikan apa yg akan berlalu pergi..
Kematangan yang kita tunggu dan cari itu..adalah suatu perubahan fasa hidup akan membawa life-force kita untuk menempuh cabaran, bukan untuk melarikan diri...dan sebarang kehilangan akan pergi dan diganti suatu yang baru..mungkin

"Patah tumbuh hilang berganti"

Bagaimana kita mendefinasikan 'matang' itu?
Adakah dengan sekadar berlagak matang kita adalah matang?bukan sama sekali
Matang personaliti menjamin kematangan berfikir dan sebaliknya?mungkin tidak
Berdiam diri adalah matang?mungkin cool tapi tidak semestinya matang..
Mampu hidup sendiri itu cara orang matang?berdikari itu datang dari personaliti orang..
Kurang gelak ketawa dan lebih serius?alangkah kelam hari-harimu...
Mula memikul tanggungjawap dan masalah?
Adakah usia adalah penentunya?makin tua makin matang..
Bercouple?..berbini??..hahah up to u
Macho dan bergaya maskulin/feminin?oh hebat!

Kita tenggelam dalam hidup..mungkin sukar kita merasakan matang itu..sebenarnya kita sudah cukup matang secara lahiriah..masakan boleh hidup sampai puluhan tahun ini??
Kita bukan tidak matang atau tidak cukup matang..
Cuma tahap kematangan seseorang itu berbeza-beza
dan kadang2 kita cuba menyorokkan kematangan itu..
Bukan untuk menunjuk2 hebat
Dan bukan seseorang daripada mereka pun mampu mengatakan anda 'matang' atau 'tidak matang'..
Kerana seseungguhnya matang itu datang dengan sendirinya..pada waktu yang sesuai..perkara yang sesuai..dan anda sahaja mampu mengendalikannya..bukan orang lain...
Kematangan itu hak milik terpelihara setiap individu =)