Thursday, April 9, 2009

MATANG ITU....


Suatu malam itu..sambil meninjau keheningan malam..
Aku bersama beberapa orang rakan2 mula berbicara tentang dri kami masing2..
Lalu kelihatan beberapa orang senior makan di situ...dan kami turut menyertai perbualan itu

topik yang diperkatakan..
Bilakah kita akan matang??
Kognitif ini melaju pergi, menyirat seribu pepatah..
Pendulum sanubariku tertanya2 gusar...
Apa penting sangtkah kematangan itu?

Mungkin kita tidak mahu berbicara tentang matang..kerana kita terlalu seronok dan asyik dilena keseronokan
Kita tidak mahu matang sekarang...kerana kita tahu kematangan itu akan membuatkan kita hilang sesuatu...kita akan hilang banyak perkara...
Kita akan hilang gelak tawa hilau...
Kita akan hilang jenaka kanak2...
Kita akan hilang sifat keanak-anakan..
Kita akan hilang teman sekeliling..
dan jua..
Kita akan hilang hidup yang lalu

Tetapi itu semua hanya alasan yang dangkal semata-mata..atas dasar kita tkut kematangan itu akan membawa pergi segala-galanya..
Padahal tanpa disedari
Mungkin kematangan itu akan memberi kita sesuatu...sesuatu perasaan yang lain..sesuatu yang baru dalam hidup..untuk menggantikan apa yg akan berlalu pergi..
Kematangan yang kita tunggu dan cari itu..adalah suatu perubahan fasa hidup akan membawa life-force kita untuk menempuh cabaran, bukan untuk melarikan diri...dan sebarang kehilangan akan pergi dan diganti suatu yang baru..mungkin

"Patah tumbuh hilang berganti"

Bagaimana kita mendefinasikan 'matang' itu?
Adakah dengan sekadar berlagak matang kita adalah matang?bukan sama sekali
Matang personaliti menjamin kematangan berfikir dan sebaliknya?mungkin tidak
Berdiam diri adalah matang?mungkin cool tapi tidak semestinya matang..
Mampu hidup sendiri itu cara orang matang?berdikari itu datang dari personaliti orang..
Kurang gelak ketawa dan lebih serius?alangkah kelam hari-harimu...
Mula memikul tanggungjawap dan masalah?
Adakah usia adalah penentunya?makin tua makin matang..
Bercouple?..berbini??..hahah up to u
Macho dan bergaya maskulin/feminin?oh hebat!

Kita tenggelam dalam hidup..mungkin sukar kita merasakan matang itu..sebenarnya kita sudah cukup matang secara lahiriah..masakan boleh hidup sampai puluhan tahun ini??
Kita bukan tidak matang atau tidak cukup matang..
Cuma tahap kematangan seseorang itu berbeza-beza
dan kadang2 kita cuba menyorokkan kematangan itu..
Bukan untuk menunjuk2 hebat
Dan bukan seseorang daripada mereka pun mampu mengatakan anda 'matang' atau 'tidak matang'..
Kerana seseungguhnya matang itu datang dengan sendirinya..pada waktu yang sesuai..perkara yang sesuai..dan anda sahaja mampu mengendalikannya..bukan orang lain...
Kematangan itu hak milik terpelihara setiap individu =)

8 comments:

uniq said...

Kognitif ini melaju pergi, menyirat seribu pepatah..Pendulum sanubariku tertanya2 gusar.--->xbley blah.a afiq sayuti sguh la...haha..

kita matang apbila kita dh bleyh berfikir scara rasional,tnpa melibatkan emosi.mmpu utk berfikir jugak ttang org len+bkn tertumpu kpda diri sindrik.mksudnya,not "juai ikan".suwigggg~~

persoalan di sini:adakah anda mohamad afiq berasa anda sudah matang...=P

Anonymous said...

btol2... matang x semestinya kene siyus. kita blh jd nakal tp matang in making decision.. hehe..

Perantau Kasih said...

matang kah anda? mungkin ini delima org yg baru melangkah ke alam 20-an.
papehal, pengalaman bnyk mengajar erti kematangan.

TOXICSNAIL said...

to ayuni
aku tau aku berapa nk matang
sbb tu la aku msih terari2 erti kematangan itu
hohoh
matang tu myk aspek..myk sgguh perlu dicover..cm buku guyton
hahah~

TOXICSNAIL said...

to sepul
btol2...
tp
nakal aku dan nakal kau..
menampakkan ketidakmatangan haha

TOXICSNAIL said...

to afifah
yep2..
rasanya inilah meloodrama orang 20-an
heheh

kisah cempaka said...

matang
suatu perkataan yg subjektif
tp matang bukanlah batang
dan adakah batang sudah matang?
dan mungkinkah matang itu seperti CEMPAKA
kerna CEMPAKA sdh mnyambut hari jadi baru2 ini
jadi matangkah anda?
terpulang~

suwigg~

丽 娜 said...

matang xb'erti we lost the child within us.
in life we need to learn and grow wiser.
I suppose no one want to learn just ABC and 123 all their life kn?