Saturday, February 7, 2009

MUSTAHILKAH?


Lampaian waktu memuja sanubari kehidupan..makin dijamah sekain lama..makin meruntun kesaktian diri..
Mungkin emosi ..yang sering merintih sendiri..biarkan ia seperti itu

Kadang-kadang dalam kehidupan, terlalu banyak perkara yang sangat mustahil untuk dikecapi. Mungkin lumrah manusia yang sering menghidu jalan2 yang mustahil. Acapkali kelihatan suatu peristiwa menyinpan seribu hikmah..tetapi kita jarang mencari hikmahnya, malah mencari sebab musabab untuk dipersalahkan. 

Antara perkara mustahil untuk dikecapi..

  • Mengharapkan keajaiban berlaku ketika musibah melanda
  • Membenci dan memaafkan pada masa yang sama
  • Bersabar..bersabar..dan terus bersabar...
  • Berkawan dengan musuh
  • Menghadapi masalah dengan hati terbuka
  • Persahabatan akrab antara lelaki dan perempuan
Musibah sering melanda tanpa disedari. Bak kata orang2 tua, "Malang tidak berbau".. Tetapi sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia, kita akan mencari pertolongan ketika susah. Dan sejauh mana kesusahan itu juga, kita akan tetap mengharapkan pertolongan yg sewajarnya. Semestinya kita akan menghrapkan datangnya keajaiban yang tiba2 tanpa perlu dipinta..dengan harapan menjadi seorang yang bertuah..
Maka ketahuilah..
sesungguhnya keajaiban untuk berlaku ketika musibah...mungkin dan tidak mustahil..

Kemarahan akan membuatkan kita membenci seseorang itu..dengan sesungguhnya..dan memang Amarah itu satu kepastian yang ditanam untuk menyubur dalam diri manusia. Penawarnya?kemaafan kiranya yang perlu dipinta..kadang2 tersilap kata mampu membawa ke arah kebencian..lalu terjun ke lembah pergaduhan..Sekiranya suatu indiviu itu mampu mengalah..dan memaafkan suatu pihak lagi...sekali gus memadamkan api kebencian semua pihak..
maka membenci dan memaafkan..mungkin berlaku dan tidak mustahil...

Mampukah kita mengawal kesabaran?Semua manusia biasa ada tahap kesabarannya..Dan bila tahap kesabaran itu diduga mungkin tercetus perkara sebaliknya.. Kita mungkin diduga dengan pelbagai macam masalah, sehingga kadang2 membuatkan diri kita hilang mengikut arus emosi..
tetapi kita juga mampu melawan segala perkara..memandangkan tahap kesabaran setiap individu itu berbeza2...ada yang mampu mengawal sabarnya sehingga ke tahap paling tinggi!
maka bersabar...bersabar..bersabarlah...selagi mungkin dan tidak memustahilkan dirimu...

Kita mungkin terlalu ramai kawan2 yang hadir menceriakan kehidupan kita..dan disamping itu tanpa disengajakan kita turut mengundang seberapa mungkin musuh yang tidak senang dengan perlakuan diri kita. Dari kacamata kita, mungkin kita mampu melihat pelbagai kebaikan seorang rakan dan menafikan keburukannya,namun..kita menafikan kebaikan musuh dan mengiakan sebanyak mungkin keburukan musuh...Ketahuilah mungkin seorang musuh itu suatu hari nanti akan menjadi orang yang paling rapat dan paling memahami kita...tidak mustahil untuk itu..

Masalah bukan senang untuk kita hadapi secara terus..jika diberi alternatif lain, kita akan sebaik mungkin mengelak untuk bersemuka dengan maslah..mungkin menjauhinya..kerana kita sudah terbiasa dengan kehidupan yang bebas dan menyeronokkan sehingga tidak mampu menghadapi masalah..menangis?mencari pertolongan orang?..Berusahalah terlebih dahulu hanya 'bersemuka'..dan selesaikan masalah itu sebaik mungkin juga

Sesetengah orang mengatakan persahabatan akrab antara lelaki dan perempuan itu bukan sekadar biasa2. Dan keakraban itu mampu menimbulkan masalah antara sesama mereka, jika salah seorang mula menyimpan perasaan terhadap individu tersebut. Lalu terjadilah perselisihan faham, dan kerenggangan mula berlaku...dan jikalau kita ikhlas berkawan,kawan akan berlagu sebagai kawan..tidak kira apa2pun yang berlaku selepas itu..jika bermula dengan kawan dan tidak mustahil boleh berakhir dengan kawan..jika kita mampu menilai sejauh mana kepentingan dan kebahagiaan nilai persahabatan itu berbanding percintaan kita..

Mustahil?Mungkin?Itu semua adalah dangkalan fikiran manusia semata-mata 

8 comments:

丽 娜 said...

aku sokong la pndpt uniq.ur post seem to menjurus ke arah emo.
tp semua hg ckp 2 xmustahil,cuma semua2 2 akn lebih ssh dr biasa mcm memaafkn bila hati sakit nk mati.
owh,tidak lupa,dtglah ke beloq baru aku.

TOXICSNAIL said...

haha nope emo la weh
mane emo2 ni
aku just berckp ttg mentaliti jew l
adoi2
okay i'll stop by on yours nnt ek

uniq said...

jehan sdg sakit sjak kblakangan ni lina..
sb tu la dia em0..
xpa2..dun w0ri..
nnT aku kasi cl0r0x otak dia..
bg xem0 dah..
aku menci jgak si gmuk ni em02...=P

丽 娜 said...

wah,knapakah semua org dah gemok ni?

TOXICSNAIL said...

lol
xperlu la..aku anti emo la
haha bek ang pi clorox otak ang dlu
haha
ish2 jgn clorox otak aku...
aku da la stdy skit ja..klo clorox//bersih trus kang!haha
cmne aku nk jwp exam

TOXICSNAIL said...

wawawa
yeke sume org da gemok2 belaka lina?sume org sdg brbhgia kot

Anonymous said...

Mustahil..n mungkin tk mustahil..
Mustahil in sense of friends..
Sometimes..
Kita ni tak mahu berterus terang..
And..ego serta keras kepala(keras mcm batu..Haha..)
But afiq, to be frank..
not all people can let go n forgive...
That's y sometimes things got complicated...
Becoz i am like that...
Tapi kalu teruk kena dgn member la..
so..membenci dan memaafkan dlm masa yg sama..is a hard thing to do..
tunggu cool skit..baru boleh maafkn..
but, up to people la...
Tapi..i agree..sabar mmg ada had nya...
U have to know the limits in everything...
Kan tahap sabar org ni lain2..:D

Semua org mngharapkn keajaiban berlaku kalau ada musibahkan?hehe..
i dont think anything is wrong with that..
im also like that..haha..
Tambah-tambah amek medic ni..:D

Berkwn dgn musuh mungkin tk mustahil..
but sangat jarang berlaku..
but who knows rite, like u said..
maybe nnt dia yg pling tahu dn memahami kita...
myb...:D

But..in sense of a realationship between gals n boys..
Yes..maybe mentaliti menjadi peranan..
I agree...In this point we r reatricted coz we have mentaliti...
Yang menyatakan tak elok perempuan dan lelaki tu terlalu rapat..
But..I dont agree sangat in this sense of mentaliti..
coz, i've been with one of my friend..
from we were only 7 years old till now..
fuh.15 years n counting...hehe..*clap clap* people..haha..
No problem in staying as close friend as long as u know what u r doing...

Yes..for me, friends can kekal as friends..
N not impossible to become lovers..
But if it become love..
i would love if it ends with marriage...
ok..saya berangan-maaf..;P

But..nothing is impossible until u urself says it impossible..rite?
till then!take care..:)

Pisey said...

"Yes..for me, friends can kekal as friends..
N not impossible to become lovers..
But if it become love..
i would love if it ends with marriage...
ok..saya berangan-maaf..;P"

wahhh.hehe.

nothing is impossible.insyaAllah~