Monday, May 18, 2009

HANYA SEKADAR SANDIWARA

Kadang-kadang mulut boleh berkata lain..
Namun hati tidak rela menyepi..

Kadang-kadang jiwa rasa memberontak..
Namun iman kata jangan..

Kadan-kadang naluri merasa tegar..
Namun suara hati membisik bukan

Kadang-kadang minda kata benar...
Namun egois terus berjaya menafi..

Kadang-kadang diri kata nafsu...
Namun syaitan kata  perlu...

Aku suka mendengar pabila sesetengah orang berkata..Dunia ini hanya sekadar sandiwara..kerana aku mula mengerti..
Apa itu sandiwara?
Sebenarnya bukan aku, bukan orang di sekelilingku itu sandiwara...
Kita hanya boneka
Sandiwara itu pentas dunia...yang kadang-kadang kita agungkan

Kadang-kadang?Sejauh manakah erti kadang-kadang itu?
Sekerap dua tiga kali tidak mengapa..jika ribuan kali kadang-kadang?
itu lah polar transkripsi sebuah kehidupan...
kadang-kadang itu sama ertinya masalah, dugaan, keseronokan, kejutan..etc bla222
yang mana mencupak rasa pahit manis hari-hari kita

Sandiwara ini baru bermula..saat ini sekadar muqaddimah
kerana pasti kelak lebih canggih sandiwara ini
Selalu bermain dengan emosi?Sila elakkan...
kerana kelak ia membaham kendiri...
secara halus...sedalam-dalamnya...dan secara automasinya...

Senang terasa hati?mungkin Tuhan cuba mendugamu..
Sejauh mana secubit rasa mampu menggoyah dirimu
Sepantas mana kocakan gerimis mampu mengundang tsunami
Kita boleh berlaku sempurna..dengan berkata, ''Biarkan jela..''..''Dia tak perasan kot''
tapi
Setangkas mana sanubarimu mampu menangkis tetakan pedang kata-kata?
Bicara manusia umpama mata pedang
Merobek segala macam halangan..ini kan pula hati yang rapuh,,

Telah aku katakan..
Ini hanya sekadar sandiwara..
Dan sandiwara ini baru sahaja bermula..
Seperti kita melihat sebuah movie, jauh lagi perjalanan ceritanya..
Apa plot?Siapa antagonisnya?Apa klimaksnya?Siapa menang?
Sandiwara itu pentas dunia...Manusia itu boneka...Kadang-kadang itu penambah rasa
Jika manusia sendiri penghalangmu..hapuskan mereka dalam fikirn...
Jika emosi itu perosak dalaman...kawal dan sangkarkan setelilti mungkin...
Jika syaitan itu sekutumu...pulaukan mereka habis-habisan..

....Picisan ini juga sekadar sandiwara..memenuhi galeri-galeri jiwa yang putih badai...


3 comments:

nur akmal said...

sandiwara... sukar ditafsirkan. kerana setiap insan mempunya definisi tersendiri. biar jiwa dan akal individu yang metafsir. tetapi hakikatnya, pentas yang kita anggap sandiwara ini sebenarnya realiti kerana Allah yang menentukan qada' dan qadarNya....

TOXICSNAIL said...

pentas sandiwara ini tidak bermaksud khayalan jua maya..
ia memang realiti dan pasti..
cuma ia sedang bersandiwara dan bercerekarama..
kita hanya mampu terus hidup melintasi ruang2 waktu yang masih tinggal ini,,,

pjaomn said...

ketika aku menulis ini.

aku sedang bersandiwara denganmu.

itu definasi sandiwara aku.

dan bagi aku. kadang-kadang itu cuma penyedap kata.

hidup ini malar. adil. seimbang.