Wednesday, May 20, 2009

PAWANA SEORANG PENDIDIK

Dulu aku sering tertanya-tanya..
sejauh manakah kekuatan seorang guru itu. Well, guru adalah guru
dan aku tak tahu sama ada aku mampu sentiasa mengingati guru-guruku..
Bagi aku..guruku tidak terhad kepada mereka yang mengajar aku sahaja
Sepanjang hidup ini selama 20 tahun..
aku telah berjumpa bermcam aneka manusia yang datang dengan pelbagai aneka ragam..
dan mereka telah mengajar aku..
Aku gemar melabel mereka ini pendidik..pendidik yang mendidik kehidupan aku dahulu dan sekarang

Mereka lemparkan kata-kata sinis..mereka mengajar aku erti sabar
Mereka tegur akan silapku..mereka ajar jalan benar
Mereka abaikan kewujudan aku..mereka ajar aku erti keteguhan
Mereka mengherdik hina aku..mereka ajar aku membina personaliti
Mereka menolong aku..mereka ajar aku erti kemanusiaan
Mereka memuji aku..mereka ajar aku siapa aku
Mereka ini pelbagai aneka, ragam, citarasa..yang ternyata jauh berbeza dengan aku..
dan ternyata kehadiran mereka ini melabel aku sebagai manusia
Sebagai manusia..Menjadi lebih manusia..Membentuk seorang yang manusia..

Guru oh Guru!

Usman Awang

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

Aku suka sajak ini. Isinya ringkas namun padat dan sarat dengan makna..if only we have time to think dan feel about it...
Mungkin masih belum terlewat untuk aku menyatakan Terima Kasih Pendidik!..kerana membentuk aku semacam ini

5 comments:

丽 娜 said...

first time tgk sajak ni kt library SDAR

Anonymous said...

saje nk mnyemak..tak tau nk ckp ape...:D

TOXICSNAIL said...

hehe..1st time kne baca sajak ni mase skola rendah =)

TOXICSNAIL said...

nk menyemak ye eiraixora..
sumtimes action speaks louder than words

nur akmal said...

sajak ni best.... bila setiap kali dgr, pasti akn teringt kt cg2... huhuhu!!!~~