Wednesday, May 6, 2009

RASA INI MENCARI

Petang tadi..
Rembesen hujan itu melurut syahdu
membuatku terpaku lena..lena dalam kekalutan dunia
Langit tebal kupandang tinggi..biru-biru awan itu melusuhkan pemandangan retinaku...
sambil menutup jendela bilik..
Lantas tumbang atas kamar empuk itu...bertatahkan hitam warna kegemaranku..keseluruhannya bantal, tilam, bla2..

Kala diri dibolos maya..roh halusku menerjah alam mimpi yang mana aku tahu di sana bukan aku mampu kawal jalan ceritanya, malah emosi, roh, petanda dan macam2 unsur lagi lebih berkuasa mengerti perjalanan alam tersebut. Dalamnya, aku hanya mampu bertegar selaku pemerhati, penyaksi dan perasa semata-mata..hingga episod itu tamat seadanya..

Petang itu...
Aku tidak suka akan mimpi itu..buat pertama kalinya..
kerana ia betul menduga2..
menduga pegangan yang aku pegang ratusan dekad ini
Bukan bermaksud membatasi ruangan waktu ini..
kufikirkan cetusan mimpi itu 
Bukan bermakna aku tidak percaya seanteronya..
kudalami erti siratan benang mimpi itu...
Boleh jadi itu syaitan~ah abaikan

........
....................
.....
Bangunku terusku pahut sebuah buku...hasil penulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Tertera ayat demikian...yang menegangkan akar mataku..

Siramlah hati anda dengan air cinta dan kasih sayang sebanyak tujuh kali dan siraman yang ke lapan anda campur dengan debu memaafkan orang yang telah menganiaya dan mencaci anda, agar dapat hidup dengan tenang dan bahagia

YA..TENANG dan BAHAGIA...
Mungkin itu yang aku cari selama ini..bukan, itu yang kebanyakan kita cari selama ini. Tetapi berapa ramai yang sudah temui?
Senang kita bicarakan, namun begitu susah sekali kita cernakan..

6 comments:

farah azmi said...

ko mimpi ape?
rase mcm dpt agk tp x sure la plak.
huhu.

nur akmal said...

memang tenang dan bahagia yang dicari setiap insan. namun, mungkin antaranya sudah ditemui dan mungkin tidak...
berteka-teki mengenai kemaafan.
memang tidak diduga, memaafkan orang lain memang amat sukar, namun, ketahuilah, kita juga manusia disemai dengan fitrah seorang pemaaf... maafkan mereka...nescaya hidup tenang dan bahagia...
..... aku pun sedang berusaha memaafkan org disekeling walpn hakikatnya sukar...

TOXICSNAIL said...

mimpi ape tum tum?hehe
adalah..secret haha
xde papela
mainan perasaan je tu

TOXICSNAIL said...

betol2 kema
sama2lah kita bersuaha yang terbaik utk kita dan org sekeliling kita
kita hidup sepenuh masa bersama manusia..
so kne tau cmna nk handle peribadi antara manusia dgn manusia
hehe

uniq said...

apakah jehan?kenapakah jehan?
xcita kat aku pon...stori2...=P

Ain Shamsudin said...

sah la ko nih mmg sah laa budak puisi dra dulu en??aishh..walala~