Wednesday, May 26, 2010

HANDPHONE


Aku pelik. Ya ni memang ayat faveret aku hahha. Bukan apa yang aku pelik. Bila aku mula fikir sesuatu yang simple mudah ke tahap yang rumit lagi tak releven, aku klasifikasi itu PELIK. Dan perasaan pelik aku ini akan berlanjutan sampai bila-bila.

Hurm kali ini aku pelik mengapa ada sesetengah orang, selalu mengabaikan mesej atau misscall dalam handphone.

Bukan kita 24jam zaman sekarang ni hp 1inch dari diri ke? Beg dompet pun lagi jauhh kot~

Dulu ya aku pun sama begitu. Tapi lepas tu aku cube berdiam sejenak. Memikir suatu revolusi. Dulu abah pernah pesan, sekurang-kurangnya balas mesej orang atau misscall orang lain. Tanda kita hormat. Walaupun xde kredit, esok2 boleh balas bila ada. Tapi balas tetap kena. Jadi aku cuba pegang prinsip itu.

Ok itu mesej. Kalau misscall? Lagi la wajip balas call tu. Mana tahu tah2 orng dalam keadaan urgent ke terdesak ke ade orang mati ke. Silap2 haribulan kita yang rugi sebab ignorance tinggi sangat.kan? Dan lagi mengkhuatirkan jika kita dalam keadaaan sebegitu, orang lain pula yang abaikan mesej dan misscall kita dalam masa kita dalam kesusahan.

Baik. Aku cuma sampaikan pesanan ini untuk semua daripada kita renungkan. Mungkin ada baiknya di celahan perkara simple ini. Aku dan kamu semua, mesti memperbetulkan mentaliti ini.

NORMAL


Kadang-kadang suatu ketika, emosi ini memanggil dan meracau.
Kita manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita kecapi. Dan suatu tahap kita akan membuak-buak melakukan sesuatu walhal itu bukan kredibibiliti kita .

Benar?Ya

Dan aku dapat rasakan perkara ini berlaku kepada kita semua. Cuma apa yang boleh aku sampaikan. Jangan tipu diri sendiri.

Pabila setiap daripada kita dilahirkan dengan keupayaan dan kebolehan masing-masing, mengapa masih cemburu pada yang orang lain.? Dan aku juga tidak nafikan ini natijah pemikiran kita. Aku pun serupa.
Orang bersukan, kita pun mahu bersukan. Orang masuk pertandingan, kita pun sertai. Orang melukis, Kita pun berlagak hebat melukis.

Ok itu masih di luar kawalan. kita cuba melakukan apa yang orang lain cuba lakukan dan mereka berjaya lakukan. Jadi tidak mustahil untuk kita untuk turut mencuba. Membuktikan kita masih Normal hidup seiring sejalan dengan manusia lain.

Tapi bagaimana pula sebaliknya?
Jika Orang melukis, kita cuba mewarna sebaik mungkin. Orang bermain bola, kita bermain kriket seorang. Orang petah berkata, kita petah membantah.
Ya itu adalah di Atas Normal

Normal dan di Atas Normal. Boleh anda pilih salah satu atau miliki kedua-duanya. Cuma jangan tipu diri sendiri.

Tuesday, April 27, 2010

ULAT DAN LALAT


Kenapa badan kita bila mati berulat?
Ulat bukan saja2 ja nk hinggap kat badan kita.Bila berulat lama-lama jadi larva dan lagi lama akan jadi lalat/langau

yah Sound's grossss but that's it.
Kenapa perlu berulat?
dan langau?

Saban hari belajar Forensik Perubatan dan Toksikologi.Kewujudan ulat menandakan dah berapa hari mayat terbujur kaku. Itulah kadang2 bila kita tengok dalam rencana Tv atau Berita '' Mayat ditemui dalam keadaaan berulat''
Menandakan sudah bbrp hari mati bila ada lalat.
oh
rupa-rupanya sang lalat dan ulat bukan sengaja ada di situ
Mereka memberitahu kita rupanya, berapa lama sudah arwah pergi.
Tapi kita sering merasa jijik. Mengatakan mayat itu mati dalam keadaan yang tidak elok. Tapi siapa kita?kita tidak tahu malah hebat menafsir

Dan semestinya, setiap benda dan perkara atas muka bumi ini adalah berguna dan tidak diciptakan sia-sia..Andai kita mampu berfikir

Wednesday, April 14, 2010

YANG PELIK TETAP BENAR

Pelik tapi benar.
Ada jugak orang emo bila dapat markah tinggi?
Ada jugak orang gembira bila dapat cukup makan?
Apa masalah orang-orang ini?

Masalah xreti bersyukur..untuk yang pertama tu
Yang kedua tu mantap! Kerana anda punya perasaan syukur dan nikmat kesyukuran itu akan menyuburi segenap hidup anda

Tapi pelik tetap benar
Mungkin yang bermarkah tinggi tu xpernah dapat markah rendah
jauh sekali gagal terus...
Mungkin yang markah cukup makan tu memang target nk markah cukup makan...
Terkesima bila lulus..wootwooott..

Cuba lah gagal.Sekali gagal xcukup..Cuba lagi untuk gagal,,,baru sedar
baru mata nk terbukak,baru minda nak segar
Manusia,gagal dalam exam xmengapa..ada peluag lagi
Gagal dalam kehidupan?kirim salam

Saturday, March 27, 2010

DALAM KELAM ADA NUR


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa bila kita perlukan orang untuk mintak tolong takda langsung orang yang sudi? Dan mengapa pula bila orang mintak tolong kita sentiasa sudi tak kesah walau payah walau sibuk pun kita waktu itu.

Oh.mungkin manusia, kita secara umumnya lupa siapa kita pada mereka dan siapa mereka pada kita.
Setiap kita adalah berbeza. Luar dan dalam. Yang pasti tidak serupa sama sekali.

Kita ini dibekalkan dengan kehebatan masing-masing. Menolong orang tanpa beralasan adalah kehebatan juga. Namun, kenapa selalu pertikaikan balasannya? Kita manusia, kita lupa mungkin.

Dalam kelam kekabutan semalam, seorang teman sms. Mintak tolong carikan isi untuk beliau buat esei final examnya. Mula-mula rasa berat dan tercetus kata ini ''malaslah'' . Tapi itu mula-mula sahaja, pejamkan mata lalu aku berkata sayugianya. Kenapa dan apa perlu aku di saat itu?
Beberepa saat tika itu, ku balas semula sms itu. Dan beliau balas semula, " Sebab kau je yang tahu camana nk buat ''. Terus hilang rasa jahat tadi. Tersenyum lebar. Tersiaplah sebuah esei yang berisi kandungan. Walau pena jari in kaku, lama tidak menari ikut laju otak.

Kita manusia kita lupa kita goyah.Yang pasti, bila terdetik perasaan ingin dibalas itu, itu adalah jentikan syaitan, bila diri kurang rasa ikhlas. =D
Tetapi ingat kita semua, setiap kita adalah lain acuannya. Jadi kita saling memerlukan, saling melengkapi hidup manusia lain. Usah gondola siapa mereka pada kita, tapi nyatakan secara jelas siapa kita pada mereka

TELINGA DAN MATA


Baru-baru ini aku sering dengar satu ayat yang cambest.. Bila telinga manusia berperanan seperti mata. oh!
Adakah anda faham ertinya itu?
Mula-mula sekadar berfirasat bolehkah kita guna umpama seperti ini. Bila dengar kali pertama memang janggal tapi lama2 kita tahu apa itu.

Kita hidup ini dikelilingi manusia. Tidak wajar kita kata jika kita tidak peduli kata orang. Kita manusia mereka manusia semua manusia. Kalau nk kata xpeduli xboleh la. Ya hidup di kelilingi manusia!jadi bertindaklah dan berperilakulah seperti manusia lain =D

Oh berkenaan istilah "Bila telinga jadi mata"..Apa masalah kita umat manusia?Ya kita gemar dengar benda bukan2..terutamanya gosip, fitnah, aib orang dan bla bla bla..
tanpa kita lihat guna mata kita kata kita dengar daripada orang lain..oh. Jadi, telingalah saksi kita bukannya mata kita? Itulah pabila telinga jadi mata...kita akan imengiakan segala perkara, yang batil jadi sahih, yang salah jadi benar..Ingat, telinga itu natijahnya buta dan pekak pakejnya. Oleh itu, jadikanlah mata dan telinga itu sejajar dengan fungsinya, bukan merampas fungsi sesama mereka =D

REWORK AND RENEW


Assalamualaikum..have been quite a long time since updated. Well it's time to rework everything into the new one. Please stay on commercial break =D

Atas sebab-sebab tertentu blog ini akan diberi nafas baru. Harap membantu. Idea sudah kering. hehe