Monday, July 28, 2008

APAKAH AKU PABILA USIAKU MENJENGAH HIBA...??


Erm terdetik naluri ini untuk menyingkap memori zaman kanak-kanak dahulu. Ya! aku mengaku aku seorang yang tidak punya pendirian yang tetap. Seringkali aku mengalami maslah dalamn, tidak kira dlm apa jua corong situasi.

Contohnya, aku tidak pernah punya cita2 yang jitu. Semua orang ketika kecil lagi sudah menanam jitu cita-cita dalam dri. Dan mereka sangat berpegang utuh pada satu cita2 tersebut. Namun aku??hahha..aiyark..salu mengalami gangguan emosi dalaman haha. Sering melompat2 gering cita-citaku.

Ketika usiaku merangkap 6 tahun, iaitu zaman tadikaku, aku sering terbayang dalam benak kognitifku untuk menjadi seorang angkasawan. Aku suka melihat buku2 galaksi semasa di tadika dan aku pernah mngoyakkan helaian yang menjerih sekelumit pandangan mataku.hahha.kerana terlalu obses...Aku menguja tinggi cita2ku sehingga sekian waktu. Dalam khayalan picisanku, aku mahu pergi menjengah dri ke Pluto dan mahu menetap selama2nya di sana. Ya! Aku sangat dengki dan tensen dgr perkhabaran Datuk Sheikh Muzaphar yang telah berjaya melepasi corong atmosfera...aku dengki!tetapi aku berbangga impian kecilku bukan khayalan.. (^_^)

Pabila masa melintas garisan kehidupan di kala usia 8 tahun, aku mula meminati buku..semua bentuk buku bahasa Melayu. Aku kian mula menelaah segunung buku novel ..buku cerita..Dan zaman kerdilku mula terpancar sinar kegemilangan apabila aku dinobatkan sebagai Tokoh Membaca pada usia yang kecil itu. Dan Alhamdulillah aku berjaya mengekalkan gelaran itu sehingga berumur 11 tahun. Alkisahnya, aku tanpa sedar mula membuka lembaran sejarah baru dlm hidupku. Aku mula menanam cita2 untuk menjadi seorang sasterawan kelak. Namun, aku tidak pernah berlaku jujur dalam meluahkan tulus cita2ku....

'' Afiq, apa cita2 awak apabila awak dewasa nanti, '' ujar cikgu kepadaku.

'' Saya nak jadi saintis, cikgu, '' balasku tanpa saat berlalu.
YA! Aku menipu! Aku berbohong! Aku tidak berlaku jujur terhadap diriku serta orang di sekelilingku. Aku sanggup menyimpan benih impianku sebagai angkasawan..sasterawan..dengan berselimutkan jawapan sebagai seorang SAINTIS. Aku mengaku aku terlalu mengikut kata-kata dan pengaruh kawan2 terhadap cita2 mereka pada waktu itu sehingga aku sanggup menipu dri sendri.

Suatu malam yang penuh kesyahduan, aku pernah bertanya kepada Abah..

'' Abah, kalau jadi sasterawan pastu karang2 buku boleh hidup senang tak? ''

'' Tak mungkin semudah itu, '' jawap Abah.

HAHAHA. Jawapn itu sudah sama sekali berjaya memusnahkan harapanku secara total. Masa singkat mula berlalu desir, umpama jernihnya permata biru berlalu deras ke hulu. Aku menjengah usia keremajaan..berumur 12...Saat itu aku sanagt benci waktu pada awal tahun, permulaan kelas baru, kerana guru akan bertanyakan setiap muridnya tentang cita2 cendana.
'' Afiq, awak nak jadi apa? '' ujar guru.

'' Erm..heheh...hohoh...hihih...erm... '' balasku disaliri kerdipan mata menyengih.

'' Saya tanya bukan suruh awak sengih '' bingkas guru membidas suasana.

YA! Aku sungguh tiada punya jawapan yang relevan. Aku pasti aku tidak punya sejinjing kudrat menjawap soalan sekomplikasi sedemikian. Sanubariku kian pinau dihiris waktu.

Ketika berusia 12 tahun, aku tanpa sekenit ketahuan secara tiba2 sering didekatkan diri dengan pelbagai situasi kesihatan..hospital...sakit..kematian ...doktor dan seumapama dengannya. Aku menjadi seorang yang mudah bersimpati terhadap individu lain. Aku kasihan melihat manusia yang sekujur bakti melalui liku-liku kehidupan. Tetapi aku masih tidak pasti apakah hikmah yg tersembunyi di sejenak puitis lirik kehidupan itu.
----this part should be left unspoken descriptively..only me deserve the real painful memory---cut2---


Aku menjelma menjadi seorang remaja yang berpesonaliti merendah diri di SMKA Maahad Hamidiah ( aku bajet je! ). Perjalanan hidupku di alam keremajaan kelihatan lancar, namun ceritera di jiwa hanya Allah sahaja yang tahu ( -_- )... Tetapi! Masalah yang diwarisi sejak kecil tanpa setompok kesan pun berjaya dipadamkan. Aku masih tertanya2 apakah yang patut aku pilih?
Suatu konversi pernah berlaku antara aku dan kawan2...

'' Suyut, ko nk amik kos ape lepas SPM, '' mereka bertanya.

'' Aku malas nk belajar da la. Aku nak jadi mafia je pasni, '' ujarku.

'' Kaulah manusia paling poyo atas muka bumi, '' balas mereka. Kami ketawa berdekah-dekah.

SPM sudah berlalu pergi..zaman itu bermukah laksana nostalgia pada filem usang. Aku telah memilih jalan hidupku untuk menjdai seorang doktor, dengan berbekalkan warkah asasi di MSU. Hari pendaftaran pertamaku di KUTPM bukan semudah disangka. Psikologiku sedang diuji secara halus apabila seorang saudari ISEP memulakan perbualan.

'' Awak ni amik medic da daftar ke belom? ''

'' Belum akak. Saya baru sampai je ni ''

'' Eh, awak tinggal kt mana? Da pukul 11 baru sampi . Pendaftaran mula pukul 8 tadi''

'' Oh saya dekat je, 20 minit. Semalam saya merayau pastu tido lambat. Tu yang terbangun lambat ni. Pastu td bru buat fotokopi dokumen2 ni. Ada banyak tertinggal plak. ''

'' Eish, cmni ke perangai bakal doktor ni ''

YA! Aku tersentak kaku seperti sesumpah berhinggap di atas dedahan. Tambahan beliau, perwatakan serta wajahku tidak mencerminkan kesungguhanku. Namun aku abaikan kata2nya
Aku telah matang meniti usia. Kesusahan..kesempitan..kegembiraan...never takes it for granted. Aku tidak akan menjadi seorang yang goyah dengan cita2 lagi.

YA! Aku mahu menjadi seorang angkasawan
YA! Aku mahu menjadi seorang sasterawan
YA! Aku mahu menjadi seorang pakar perubatan
YA! Bukan omong kosong mahu menjadi mafia
YA! Aku pernah terdetik seketika menjadi seorang saintis
YA!YA!YEAY! Aku mahu menjadi insan 5 dalam 1...


----> Aku akan menjadi seorang pakar perubatan yang berjiwa manusia, di samping menjadi saintis untuk menyelidik penawar penyakit misteri. Akanku gapai hasratku mengarang buku sendiri suatu hari nanti dan tidak mustahil aku bakal bertakhta sebagai seorang angkasawan Pluto. Dan..aku mahu perwatakan mafia meneutralkan kendiriku. Aku tidak akan mudah terpengaruh dengan kata2 orang..aku akan berdiri teguh atas diriku.. Aku akan menolong setiap insan yang ditindas..that's what MAFIA meant to be..to me...





15 comments:

Amani ツ said...

jadi doktor+saintis+angkasawan pun leh jugak..hehe..datuk angkasawan tu jadi doktor+pakar ortopedik+motivator+angkasawan.. bleyh je???nothing is impossible in this world, dengan takdirnya, kemudian dengan usaha dan kegigihan! ^_^

nur akmal said...

byknyer cita2...
tkpe2, satu pengalamn hebat kl dpt capai semua 2...

Effa said...

mak ai~
BM ko, mengancam.
ak nk gune peribahasa pun tonggang terbalek.. haha

ni ape ni?
-> utuh
-> kognitif?
mak ai~
juling2. hehe.

TOXICSNAIL said...

to effa=
erk mne de ngancam bese2 je pn kot
utuh=jitu, kukuh
kognitif=pemikiran, idea

hahha ko ni
aku terasa cm cikgu bM la plak
hahah

jgan juling wey, ade abg kt kedai spek mata smlm ckp kt aku klo juling tu mksudnye mata tu xleh pakai da hoho

TOXICSNAIL said...

to mira=
masalhnye usaha tu la yg pling payah ni gigih heheh
mkin nk berazam nk gigih
mkin bertambh kemlasan hohoh
apa da aku ni

TOXICSNAIL said...

to kema=
cm payah je aku nk capai sume...
capai 1 pn xpasti lgi
hohoho

aimi athirah said...

salam alaik!

baru tau ko ade blog..tak link aritu..so,korek dari dayah rahman..not bad..nak sangat ke jadi mafia,,pelik bin heran gak.lai satu..banyak menimbun ke awan gak ko nyer cita..sampai lima!ape kos yang diambil & ape cita2 sebenarnya???

aimiathirah

Anonymous said...

jehan... aku tyme kecik2 dulu pun penah berangan nak jadi pemain boling... tu pun pasal mak aku beli mini boling utk aku...hak hak hak n then... tyme cikgu aku tnya apa hobi n cita2 aku then aku jawab.... hobi : main boling. n then dia kerut dahi ? d mana ko main boling slalu ? trus aku balas .kat umah. hahah trus aku bgtaw cita-cita aku nk jadi pemain boling ... trus dia gelak. hahaha tp ada sorang kawan aku lg hampeh ... dia nk jadi petani macam ayah dia. adei... lg kesian. huhu tp aku taw aku mmg d lahirkan utk jd feymes x kira d mana aku berada... muahahhahahaha jgn jeles eekkk...

Anonymous said...

btw jehan... ko nk tayang kehebatan bm ko la dlm post kau ni? ngeh ngeh ngeh hebat kew perkataan "KOGNITIF" tu... hak hak hak

Lostbut nowFound said...

fuh...BM mantap seyh!!haha..knfem salu dpt A1 tym secondary nie..huhu..

TOXICSNAIL said...

elron
bayakla ko aku nk tayang
aku nk asah skit2 je
sggup ko meragui niat murniku
huhuhuhuh
aku ni xde ape2 kelebihan pn utk ditayangkan huhuhu

wah2 bowling ke?
aku tgk tagan ko lembik je hahaha
tp xpe
jnji niat ko tu murni
semurni niatku jua
hahahah

TOXICSNAIL said...

to cc
eh2 echimaro
bM ku cm tahi je hohoho
salu kne merah bulat2 ade la
huhuhu

hanisahmckenn said...

jehan...bkn anda jek cmtu loh..ak pown dulu xde sumthing yg btol2 ak nk..tym kecik ak pnah tnye bpk ak..abah,keje ape plg kaya???bpk ak ckp architect..since tu..bile org tnye ak ckp architect cita2 aku..so, kirenye ak pown x sincere gak...

n fyi,ak ske tules2 gak..tp bm ak x hebat cam anda laaa..hehe..n ak de satu cite2 ni..nk jd writer!!!tp memikirkn yg penulis ni ley jd keje smpingan..so,ak pikir nk jd writer smbil jd doc nnti...ahaha...btw,all da bez ngan sume cita2 anda=p

Anonymous said...

ala rilek la bukan hg sorg ja byk cita2.aku ni nk jd tentera, pegawai bank,peguam etc. kat dlm laporan sek menengah tiap2 taun kna tuleh 3 cita2 n aku tulis semua xsm setiap tahun.tp cita2 adik aku paling bes.dia nk jd pengutip sampah tak pun dreber bas rapid.

TOXICSNAIL said...

tbe2 aku teringin nk jd hantu plak wey
bole bunuh or kaco2 org
hahah