Saturday, May 30, 2009

KEDAI MAMAK


Setibanya di Malaysia kelak hari itu, ada beberapa kawan da start mesej2 nk wat program ape,,
tapi setahu aku la..
kehidupan aku di Malaysia ini..selama 2minggu ini..
Malam2 hari melepak2 ngn member2 kt mamak..
Siang lepas subuh kena Qadha tidur..zzz...smpai tgh hari skit..
Lepas tu bangun...teruskan merayap..setiap saat jangan dibazirkan tanpa berbuat apa2.

Kadang-kadang orang kata membazir masa lepak kedai mamak
BEtul ker???
tak jugak...banyak juga faedahnye..(defend2)
Kita kadang2 bole dapat member2 baru..
Kongsi pendapat..kongsi pengalaman..kongsi masalah..
bermesra2..merapatkan silaturahim
Masa2 malam kita tidak terbuang dengan bersahaja semata-mata (defensive mode lagi)
Tapi masalahnya..sebahagian masyarakt Malaysia masih menganggap budaya melepak itu suaatu yang negatif. 100% negatif...
Aku xfaham kenapa negativiti mereka itu dilemparkan kepada pelepak2..sedangkan mereka sendiri pernah mengalaminya..atau mereka ini xpernah melepak..cuma tahu berpendapat sahaja
Sesetengah orang melabel pelepak ini sama ranking ngan dak2 jahat, rempit, dadah mat pit..aish...tapi tu sume mulut orang..ape bole buat

Kehidupan di Malaysia ini agak berbeza berbanding di India
Malam2 kt India pukul 10 dah tutup da suma kedai..
Kat Malaysia..Pukul 10 baru la nampak LIve skit kedai2
terutamanya kedai mamak la...
dan aku sendiri akui..aku pn jenis cergas malam2..hoho siang2 berhibernasi..(nocturnal)
That's why I miss Malaysia most~..cause this one couldnt be found in India
Dan aku tahu..saat2 melepak ini suatu hari nanti akan hilang..
Apabila suma orang sudah ada tanggungjawap..
PAbila suma orang ada keluarga, kerja masing-masing...
Pabila suma orang pn da ada umah sendiri2..jauh2 plak tu...
Ya..bersedialah menempuh saat itu...
Dan aku perlu perlu PErlu arif dengan kerjaya aku suatu hari nanti..sebab kerjaya aku itu 100% bakal menjadi penyebab terbesar yang menghalang budaya ini

Cuma kiranya...
Ada suatu malam nan sunyi tu..aku dan beberapa orang rakan melepak...
tiba-tiba seorang rakan mengajukan soalan..

''Kenapa mamak2 ni laku ek?padahal ade je kedai melayu kat sebelah ni...tapi sume orang pn gi kedai mamak...asal ek??"

erm..suatu soalan yang membuatkan aku tertanya..kalau berkehendakkan jawapan individu memang senang je..Of course la aku jawap " Kedai mamak lagi ramai orang. Orang ramai meriah skit...pastu sume orang pegi mamak..follow je la..'' ( ni jawapan buduh namanya )

hurm ape kurangnye kedai melayu tu kalau hendak dibandingkan dengan kedai mamak?
Dua-dua kedai buka 24jam..
Dua-dua kedai masakan sedap...
Dua-dua kedai cantek2...
yang bezanya...bilangan pelanggan...
Kita asik cakap orang melayu ni xtolong orang melayu..tapi kita sendiri pun tetap sama cmtu jugak...cakap xserupa bikin..( ditujukn tepat ke arah aku jugak~)

5 comments:

uniq said...

lepak mmg best!tp i anak dara tau.xelok lepak lewat2 mlm.=p

Anonymous said...

dependsla...
for me, budaya itu melambangkan bangsa..
Bukan tak boleh melepak dik ooi..
boleh je..org tue2 pon melepak kat kedai kopi..tp takde plak dia kena label mat repit ke, pakcik2 jht ke..hakhak...

but....perasan tak?kalau budak2 melepak malam2..
ada je benda tak elok jadi..
rempit, dadah...etc..
takdelah semua kan?but most of them..tambah2 kalau kat KL...
org tua2(mcm aku) selalu pikir macam tu..
bukan tak pernah melepak..melepak lewat2 malam je tak pernah..kuang3...

Bak kata bapak akak..
buat apa nak melepak malam2..
benda yang boleh bawak ke gejala tak elok..
buat apa nak di ikut..(bak kata dialah..tak boleh bangkang sebab dia bukan jenis melepak cam kau..:P)

Btw, bab kedai mamak tu kan..mungkin dia ada bela jin tak?
kau tak check dlu ke jehan?hahahha..

TOXICSNAIL said...

mmg la anak dara xmanis lepak2 malam2..
aish...

TOXICSNAIL said...

wow..panjng lebarnya pendapat wahai cik M
hehe
btol2 it depends on individu..
xkanla kte nk espek org laris2 ni sume ade jin..
melayu sungguh pemikiran =p
hehe

Anonymous said...

haha..dah aku org melayu..:P
Aku tak kisah pon kalau org kate pemikiran aku melayu gile ke ape..:P
Suke ati akulah..!haha
Weyh jehan..aku pnh g satu restoren mamak kat kedah ok..
alih2..aku dpt tau dia bela jin..
kalau kau letak air gelas kosong, ko tgk dlm gelas tk nmpk byg ko..
tak prcaya sudah..haha..