Wednesday, May 11, 2011

DUNIA FACEBOOK

Kadang-kadang setiap saat kita ini adalah main-main. Penuh dengan main-main dan gelak ketawa. Sedar tak sedar dunia ibarat roda, berubah di sekeliling kita. Disebabkan perangai main-main kita ini, kita tidak sedar..malah alpa dengan apa yang berlaku sebenarnya.

Mungkin kita tak tahu. Dunia ini adalah pentas. Suatu masa nanti pentas ini akan tertutup... Pentas ini ada pemiliknya.

Owh suatu perkara yang mencantas kehidupan. Bila mana aku lihat manusia makin menjadi-jadi. Menjadi baik atau sebaliknya? Sama sahaja sama banyak kiranya.

Erm gejala Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain.

Terlampau seronok orang-orang kat kawasan tu. Boleh aku katakan manusia sekarang dah lupus malunya. Semua perkara dinyatakan kat situ. Tiada lagi hak peribadi yang  perlu disimpan.
Ok klo la nk advertise everything still ok.
But to advertise your own sins? Thats not ok, indeed it was wrong enough.

Jangan terlalu seronok berada di situ, sampai tak tahu nk limitasi malu kendiri. Sampai hal keluarga dan segala dinyatakan. Sampai aib orang digempita. Apatah lagi aib sendiri. Aku sendiri berada di halusinasi itu. Cuma mahu mengingatkan, malu kita itu perlu ada di sesetengah keadaan. Ada perkara perlu dinyatakan dan ada perkara perlu disembunyikan.

Bersyukurlah Allah masih sembunyikan aib kita semua, jangan kita yang tak sedar sesekali membuka aib sendiri dan aib orang.

Pesanan penaja utk kebaikan bersama...Mainan Yahudi jangan diikut sangat :D

Monday, April 18, 2011

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..hela nafasku..
permintaanku..angan-anganku..Allah dengar..Sesungguhnya Dia Maha Mendengar :)

Semalam dalam flight pulang ke Bangalore.
Seat 14E pesawat MAS MH 192.
Aku duduk di sebelah seorang wanita tua..beruban lebat..urat-urat tuanya menyeling kulit-kulit putih itu.
Dalam keadaan itu..
Terpacul mataku akan sebuah buku yang beliau baca.
The CIty...berbahasakan tulisan Spanish...'Espana!"

Perbualan kami berdetik sedemikian kisah.
" Young man, can u switch on the light for me?"
" Sure madamme! "

Senyum panjangnya umpama nenek-nenek menjengih cucu-cucu kecil.
" Madamme are you some kind of Professor or Lecturer?"
Satu Random question yang tidak semena-mena terlintas di bibir manisku.
" Yes young man, absolutely :) "
I am from Argentina, I teach Psychology..major in Psychoanalyst.

WOW

Aku berbual panjang dengan beliau..tentang professionalism beliau dalam bidang tersebut.
Dulu aku ingat Psychoanalyst ni dalam fantasi dalam angan-angan je...rupa-rupanya wujud dan popular kat sesetengah negara..

My drean was...
If i am able to read people's mind
Psychoanalyst made you know how to analyst people and how do their brains work
3 jam perbualan itu sungguh bermakna. :D Alhamdulillah

Thursday, April 14, 2011

KEDAH KAMPUNGKU

Kembali ke Kedah Darul Aman.
Tanah jelapang padi..terbentang luas.
Hanya sanubari yang murni pintas mengerti.
lunak deruan pawana lembut.
Menyisip simfoni deruan desa.
mencantas gelimpang kota.

Akhirnya aku pulang ke Kedah kampungku, kerana cuti-cuti Malaysia sudah hampir ke penghujung.
Alamak aii..dah 3 minggu cuti, seminggu lagi nak kena pulang ke Bangalore India. Perasaan camtakbest. =_=

Menziarah tok dan wan kat kampung dan sedara mara.
Naik apa?bas laa..baru best peninjauan hoho. Tido pun puas pe. Celik-celik dah sampai dah.
Hampir 7 bulan xpulang, ada yang masih sihat walafiat.
dan sekian ada juga sedara-mara yang sudah tiada...al-fatihah.

Adik-adik sepupu semua dah tinggi2 dah. Lagi tinggi drp aku.
Yang laki dah garau dah suara..wah
Tok ngn wan..Alhamdulillah..masih mampu menjalani rutin harian.

Suatu subuh yang hening..
Mata terkebil tepat ke suatu arah...oh melihat gelagat wan yang tak pernah berubah dari dulu.
Adik sedara yang paling kecil 7 tahun meluru tepat ke arah wan.
Wan baca doa kat kepala si kecil tu..
Oh itu adalah rutin wan dari dulu lagi.
Beliau akan sentiasa baca doa kat kepala cucu-cucunya..tak kira cucu paling kecik sampai cucu paling tua hahaha.

Ya aku rindu saat itu lagi..
Dengan mata yang bersinar-sinar sambil golek2 atas tilam..
Wan hembus doa kat kepalaku yang lebat dilitupi rambut.
Aku sudah berumur 22 tahun.
Perasaan orang remaja dewasa bila dilayan seperti anak kecil,,,perghh! gua cakap best giler tak tipu sama luuuu!!! hahah best doe


Doa itu penuh dengan kebaikan. Semoga mengaliri setiap titisan darah dalam pembuluh..agar melentur seluruh nista

Friday, April 8, 2011

MY VERY AMBITIOUS DREAM

Invincible vaccine.

yup i may not only study medic,also studying herbalogy and animalogy

Ok bunyik dah macam kelas cm citer Harry Potter dah. hahah
Tiba-tiba sejenak terfikir, nanti dekat2 akhir zaman nnt sume sumber minyak letrik dah xde kan.
so kita nak berperang guna apa?

This may sound weird.
Sebab dulu masa kes2 orang tua-orang tua yang tak lut peluru semua mase kena tembak,
sedikit sebanyak membeduk fikiranku.
Ada juga rupanya ilmu kebal ek?
Tapi takkanlah kita nk peroleh ilmu kebal kot. Sah-sah ade unsur syirik tersemat baekkk punya.

Theoretically.
Vaccine may increase your immune system.
But to increase your cell wall system?
We cant make our body cell to become rigid and stiff, though it will drop to zero.--->dead
Mati mengeras orang kata >_-

Satu research telah dibuat sel badan bole dipercepatkan duplikasinya,
menyerupai percambahan sel kanser. So nanti lapisan-lapisan bertambah dengan kadar yang cepat dan menyebabkan pertahanan badan yang tinggi...ribu2 lapisan.

So Invincible Vaccine may refers to the duplication of cells to increase the cell layer, instead of making it rigid and stiffen.
World has challenges anyone out there to make this vaccine.
towards the end of world. World War III---->kiamat.
So can you?

Wednesday, April 6, 2011

JUIR BIBIR

Woooho. Arini ada seorang kawan mengadu, " Kenapa sekarang ni nk jumpa ramai-ramai bukan main susah ek? "

Apa boleh aku jawap?
Semua orang dah besar kot dah ade agenda masing-masing.
So jangan mengharap kenangan lalu menjadi kota keriangan anda lagi!haha
Jadi apa yang ada di sekeliling kita guna sepuas-puasnya.

Oh. Pastu aku diajukan lagi satu soklan cambest, membuatkan sulcus dan gyrusku bergimang irama.
" Sapa bestfriend/kawan baik kau? "

Jawapannya?
I have none-tiada.
Dan kenapa sebegitu rupa sekali?
Sebab aku tak berani melabel seseorang itu sebagai kawan baik.

Risiko anda melabel kebaikan seseorang sehingga tahap kawan baik.
Yang kononnya kita percaya dan kita harapkan.
Takut-takut nanti luka sikit halus terus bernanah-bila kita minta tolong sikit dia balas NO terus.

Ada satu tips ujian psikologi nak uji kawan2 anda, yang mana anda boleh nampak seluas-luas alam.
tips: bila kawan anda itu ada boypren or girlpren. Jangan risau anda pasti akan dibelakangkan dengan sebelakang-belakangnya di mana situasi yang tidak pernah anda gambarkan.

Dan itulah risiko bila kita melabel seseorang itu kawan rapat. Kalau kawan2 biasa buat kita rasa relax je tapi bila yang rapat yang paling kita harapkan buat begitu.Ouch!cm kena gigit ikan jaws haha!

Sunday, March 20, 2011

REALITI DAN FANTASIA

Umurku sudah menjangkau 22 tahun.
Mudah kukatakan di sini., ramai orang sudah punya hidup sendiri.
Macam2 ragam kudapati pada kala hidup sebegini panjang.
Namun diri masih di antara dua,realiti dan fantasia

hahahha

1st. 
Mengalami 'menisci tore' for 4 months already. Yup kadang-kadang bila lalu kat tepi jalan nampak orang cacat xde kaki xleh jalan. Aku bermonolog, " Oh kesiannya, cmne dorang nk hidup "

Dalam fantasia, sedih hati melihat. Bersimpati. Namun hanya mampu menzahirkan sekelumit empati. Apa boleh aku buat?
Dalam realiti. Oh Oh dah 4 bulan aku xbersukan. Rasa cm handicapped giler, dan berat badan pun naik berkilo2

2nd.
Keluar borong saree. Ada tempahan daripada seorang kawan mintak belikan kain putih utk buat perkahwinan.

Dalam fantasia, pergghh jakun gila aku. First time experience belikan kain utk buat baju perkahwinan orang. Rasa cm 'wedding planner' plak.LOL
Dalam realiti. Wah ramai kawan-kawan sebaya dah kawen. Yang bakal kawen dalam masa terdekat pun ada. Oh aku dah tua (>__<)

3rd.
Menuju Malaysia terchenta. In within the journey of 3.5 hours ill be saying helo to Malaysia.

Dalam fantasia. Ok aku antara group balik paling awal. Risau dan menakutkan result final xkeluar lagi. tapi xpe selamber dekkk je tipu diri sendiri.
Dalam realiti. 10 kg berat badan bakal naik di Malaysia kalau safety measures tidak disediakan terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga dalam menjamah makanan-makanan enak!

KISAH EXAM

Ya inilah dia masa final exam sudah tiba. Makin dekat final exam makin cuaklah kami. tapi makin cepat habis exam ni makin cepatlah petanda nak pulang Malaysia! :D

urgh tapi xbest la minggu ni. Exam ni dilalui dengan halangan yang mantap2 ye. I guess so.

4 PAPERs done. Patholgy, Microbiology, Forensic and Pharmacology

Pengalaman paling xbest masa exam Microb.Ya Allah bayangkan dirimu ditempatku.lol.
Terpaksa tahan nk terkucil selama 3 jam. Dr Ketaki bole la plak rilek je tgk aku separuh nyawa bersabung hidup dalam keadaan begitu.
Selang setengah jam aku angkat tangan, " Madamme may i go to toilet?"
The reply is only "NO" (-__-)

tik tok tik tok. 2 jam setengah dah berlalu. Dan aku masih bersabung nyawa. Ya ampun.
She said ,"You cant go out for the last 30 minutes"
okey (>___<)

3 jam berakhir. Dan kertas dipungut.
Dalam kelam sibuk, aku terus cabut keluar tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan,
sedang orang lain semua sibuk bertanya susah ke senang ke paper tadi.
Ah aku xpeduli.
Aku bersabung nyawa woo xdapt pergi toilet..argh!

Friday, March 4, 2011

TROLOLOL

It looks like the communication has become shallow.
Thing has become hard. And im not appreciated here in this world :)
Wanna go somewhere else, Pluto maybe ghagahaha
erk some oldfolk said...
Things getting better in a long long positive way...
Keep the positive thinking!


Saturday, February 19, 2011

SEHARI BERSAMA MUFTI

13.02.2011

Ya dah lama rasanya aku xrasa perasaan ini. Alhamdulillah hari ini aku sempat menghirup rasa ini lagi.
Harini ada ceramah anjuran MSU dan penceramah jemputannya, Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis. Oh bukan senang nak dengar direct ceramah mufti2 ni. So alang2 hati dah lama keras beku ni marilah pergi cairkan sedikit-sebanyak.
I miss the moment, when all sitting together. Macam zaman sekolah dlu after maghrib adelah program2 cmni. Walaupun banyak je bising tapi at least kena duduk dalam majlis tu. Nnt kena rotan ngn warden haha. Tapi banyak kali jugak skip dengan cemerlangnya-->tido kat dorm.

Hati aku hati kamu semua. Keras jika tidak dilebur. Dan sesungguhnya aktiviti2 inilah yang boleh meleburkan kekerasan jiwa kita.

Tengah hari tadi program sesi motivasi je. Aku xsuka dengar motivasi2 ni. Tapi dengan penyampaian yang hebat dari Dr Juanda berjaya membawa sesi motivasi ini ke arah yang alternatif, means sume orang bole terima. Yes banyak betul kandungan2 intipati yang berguna. Yang sesuai lah sebab aku pun sering berdiam kalau xtahu soal agama ini. At least ade jugak la kawan2 yang berani melurah soalan2 yang berguna. Guna untuk semua orang.

Ada beberapa isi yang aku tertarik dalam program ini.
antaranya tentang the khutbah terakhir Rasulullah,

" Iblis dan syaitan dah berputus asa tentang menyesatkan manusia dengan perkara-perkara besar, Jadi dia akan menyesatkan manusia dengan perkara-perkara kecil sehingga tergelincir seorang hamba itu"

dan yes..Aku dapat penjelasan akhirnya tentang syubhah pemakanan...bila pisau pemotong daging digunakan dengan pisau pemotong babi.

Dan semua jenis ikan dalam lautan boleh di makan ! :)

dan yang paling best sekali bila aku mendengar penjelasan tentang hukum berambut panjang bila bersolat. Ya rambut aku panjang sangat hingga tutup dahi...but still thats not a problem :)

Ada sekelumit dalam diri manusia ini, Allah simpan keseronokan untuk beliau untuk mencari dan menilai agama. Dan bila perasaan itu sampai, jangan kita tutup rapat-rapat takut ia hanya datang sekali sahaja.


Wednesday, January 5, 2011

NEW YEAR?

New Year? Oh I dont think so. In believing January the 1st will just get me more shivering.

Aku xmahu sambut ini new year. Kerana new year menandakan exam aku semakin dekat. 3rd Internal Asesstment dan Final Exam. Oh.

So I will declare.

My new year. The real new year will be held in the middle of March.

Which mean all these examinations' nightmare will come off..
hahha

so long. And happy examination! Welcome to the world of booksss @__@