Friday, September 5, 2008

KEIKHLASAN ITU SUATU SYIFA'






Syifa?? nama lain bg penawar..dan mengapa keikhlasan itu kukatakan suatu penawar. Mungkin terlalu besar skop ini utk sesetengah kita mentafsir secara diskrit. Namun bukalah mata hati kita untuk sendiri menilai harga sebuah keikhlasan itu...


Dalam melalui liku-liku kehidupan ini kita sering dihadapkan dengan pelbagai macam masalah. Dan jika kita temui jalan buntu dalam kehidupan, dengan tidak semena2 kita akan mudah mengaku kalah...malahan mungkin jua bertindak bodoh~


Kepentingan Ikhlas itu....


KES 1
Mengapa kita begitu malas beribdah. Baru puasa sikit dah mengeluh beribu tahun. Baru solat 5 waktu kita tidak mampu melakukan sebaik mungkin. Apatah lagi perkara2 kebaikan sunat dan harus yang lain?? begitulah realiti ragam manusia. Secara zahirnya, tersembunyi sedetik naluri manusia yg sudah berkuntum sejak azali. Manusia tidak akan senang2 mengambil2 perkara2 yang jauh pada pandangan mata, malah perkara yg terpacul di depan mata turut diabaikan. Mereka tidak akan sesekali mudah percaya terhadap perkara yg pasti tetapi mudah cenderung cenderung terhadap ketidakpastian. Pahala itu suatu subjek yg pasti, cuma tidak terlihat oleh mata~lalu perasaan ragu-ragu melawan perkara pasti tersebut. Di mana peranan IKHLAS itu?


Orang yg Ikhlas (1) akan berkata, '' Aku beribadat utk mencari keredhaan-Nya''
Orang yg Ikhlas (2) akan berkata, '' Aku beribadat utk mendapat pahala dan syurga''


YANG MANA SATU KELIHATAN LEBIH IKHLAS??ANDALAH PENENTUNYA...


Cuba kita salurkan kes 1 dalam situasi majikan dan pekerjanya. Majikan akan menyangi pekerja yg melakukan kerja keras tanpa meminta gaji lebih berbanding pekerja yg bekerja keras supaya gajinya dinaikkan dan pangkat diberi. Tetapi kedua2nya pada tahap ikhlas, cuma yang mana satu lebih berkualiti keikhlasannya..andalah penentunya..


KES 2
Sejauh manakah ketaatan anda terhadap ibu bapa anda? Apakah balasan yg anda pinta setelah dewasa diri ini? Bukan mudah utk mencari alasan yg kukuh, atas sebab apa kita menjaga mereka. Sejak dari kecil mereka mendidik, menjaga, membersihkan najis kita dan pelbagai lagi. Namun, realiti yg kita dapat lihat dlm masyarkat kini adalah pergaduhan adik-beradik merebut harta, ibu bapa dihantar ke pusat2 penjagaan apabila sudah tua, penderhakaan terhadap mereka dan bermacam2 lagi. Di mana pejuang IKHLAS yg kita cari?


JIKA KITA IKHLAS TERHADAP MEREKA....
  1. Kita tidak akan mengungkit harta yg mereka beri..kerana kasih sayang yg dicurah tidak layak diukur dengan secupak harta tersebut.
  2. Tidak pernah akan terlintas di kantung fikiran untuk menyumbat mereka ke pusat penjagaan. Atas alasan???mereka sudah tua, byk kerenah, menyusahkan, sibuk dan etc. Sedangkan ketika kita setahun jagung, mereka tidak lelap tidur ketika si anak berbunyi, tidak sempat bersembang kerana sibuk mencari rezeki, tidak sanggup menyuap nasi ke dlm mulut sendiri selagi anak tidak kenyang.
  3. Tidak menyimpan dendam atas apa bentuk pengajaran, pukulan yg pernah hinggap ke bidik tubuh ini. Jika tidak, tidak mungkin sekali kita kan terbentuk seperti individu hari ini. Individu yg bergelar ORANG

KES 3

Kadang2 manusia akan berbangga betapa ramainya kawan yang dia miliki. Kawan2 adalah segal2nya bagi dia, sehingga sanggup mengetepikan perkara2 yg lebey penting dalam kehidupan ini. Kawan ibarat punya pertalian darah sesama mereka, umpama mati kawan matilah diri ini. Mungkin keterlanjuran dalam bersahabat mampu membuahkan sesuatu yg positif dan juga negatif sebaliknya. Namun, bagaimana kita mengatasi situasi tersebut??

  • Kita mempunyai seorg kawan baik, semua perkara sensitif diceritakan kepadanya. Pendek kata, tiada rahsia yg berselindung antara mereka. Suatu hari A mengetahui bhawa B seorang yg pernah melakukan SATU kejahatan sahaja. Akibat hasutan dan pengaruh kawan2 lain, A sanggup menjauhi B. Nilai persahabatan mereka selama SEPULUH tahun punah akibat SATU perbuatan sahaja.

  • Sepasang sahabat karib, B dan C telah berkawan sejak kecil. Namun, keakraban itu disalhtafsir oleh C lalu C menaruh perasaan terhadap B. B enggan menyintai C kerana baginya persahabatan lebih penting drp percintaan.

  • Beberapa org sahabat, C, D, E, F, dan G menyukai seorg wanita. Masing2 berebut membuktikan kehebatan tersendiri. Tanpa disedari, jurang persahabatan antara mereka kian menghakis jauh.

p/s= Terlalu besar skop keikhlasan itu, namun kita sering menutup pemikiran ini terhadap perkara2 yg sangat terlalu kecil dan remeh sehingga selebihnya diabaikan.



1 comment:

TOXICSNAIL said...

salam
terima kasih atas kunjungan saudara faisol ke dlm laman sya ini.sgt menghargai ^___^

saya suda meneliti secara kritis penulisan anda dan ternyata bagus dan menarik
Alhamdulillah nice post

memang ternyata mmpu melafazkn kalimah ikhlas tu dgn mudah..namun penghayatannya?sgt kurang...
bg saya keikhlasan itu meliputi segala aspek dalam kehidupan ini. dan setiap aspek itu merujuk kepada suatu perkara yg pasti iaitu ALLAh
Jika kita mula ikhlas kepada Allah, nescaya segala perkara selanjutnya juga akan membuahkan keikhlasan..amin..

salam perkenalan
afiq sayuti
http://tonicsnail.blogspot.com