Sunday, December 19, 2010

FAREWELL

Hari ini kami buat majlis. Majlis perpisahan 2 orang lecturer, Forensic Medicine dan Pathology. What can i say above all is their passion. Truly wonderful.

Imagine these two lecturers have been teaching students more than 40++ years? I only can brag if this can happen in Malaysia. What I know we Malaysian at the ages of 70++ will be sat at home taking care of grandchildren. Pretty much this thing happens to us.
My lecturers here are all good. I can't compare anything to them, even though there's a time when I keep complaining all bad stuffs about this country, India. But this 1 thing for sure, I have no doubt about it.

By the name of Dr Sowdi and Dr Prema, both as husband and wife are indeed the good teachers.

They have given the speech. So wonderful. It can penetrate every heart to burst off. For me to say, here in India I can collect some cultures. Where the teachers are next to God ( their belief ). And so that how they are really adorable and respectable.

Apart from that, the most interesting content to be heard is that Dr Sowdi said, " All my 188 students are allowed to seat the Final Exam Second Year MBBS. I dont care about your attendance"
Then a superb big applause seems glittering above the sky. Of course from us indeed. If only the lecturers do know how much we are really into this exam, regardless how bad our attendances =p.

Nevertheless things have struck my mind. When the speech goes by, '' My last wish is to die when giving lecture''
Sudden tears bursting out.I cant measure this passionate old lecture have put his oath that way, which I believe the momentum to boost his power on teaching.

Wednesday, December 15, 2010

ATTENDANCE DAN EXAM

Setelah 2 tahun lebih berada di bumi India ini, aku masih terkial-terkial menilai dunia.
Mungkin darat aku sangkakan langit. Kalau darat sentiasa rata dan bersih, mungkin hari-hariku tidak seindah semalam. Kalau langit sentiasa biru dan nyaman, mungkin tidak berdiri aku seperti semalam.

Yup. Your attendance is compulsory. Need to obtain at least 85% above all to be seated in Final Exam.

Ok cuak giler. Kalau dulu-dulu kala aku ambil mudah kata-kata ini. Kerana mengharap belas ihsan para pensyarah semua. Tapi sentapan hebat telah berlaku kepada kami. Pabila carta emas kehadiran ke kelas terpapar di board.

Sekian-sekian serial number telah tercatat. Sila jumpa Head of Department masing-masing untuk redeem attendance. Fuh

Komfem nombor aku pun selayaknya ada. Haha.

Sebagai azabnya, anda dikehendaki mengkaver attendance anda sebelum Final Exam menjelma. seperti Syawal gitu!
Oh Detention Class sudah bermula tiap-tiap pagi daripada pukul 830 hingga 930. Demi menghukum kami yang dahagakan kasih dan sayang dan belas ihsan.

Final Exam.
Lagi 2bulan sebelum final exam nk menjelma. Final Exam MBBS second year ni sumpah menakutkan. Berbekalkan 4 subjek hantu Microbiology, Pathology, Forensic MEdicine dan Pharmacology.
Boleh jadi gila nk cover ni...dengan tak tahu apekebendanya. (akibat tidur dan berdengkur dalam kelas lol)

Yang pasti. April ni mari kita ramai2 chow balik Malaysia terchenta sebentar. Lupakan yang lain, LUpakan tanah gersang India ini! Cuti kiranya hampir sebulan juga (kalau extend).

Tapi yang paling pasti. 2 azab dunia ini pasti terjadi. Untuk Cover attendance dan Final exam ni sebelum pulang Malaysia.
Dan bagaimana untuk menyelesaikannya? Talk to the hand bro! Berani buat berani tanggung hahah =)

Goodluck semua student Medic IMs Bangalore! Mari sama-sama kita menempuh cabaran attendance dan exam ni dengan berlagaknya!

Tuesday, December 7, 2010

BLOG BINATANG

Sapa nak kenal abang Tom? Saya panggil beliau TomOk baru-baru ini kerana kelihatan ketulan daging melekat di pipimya baru-baru ini. Hahaha
Bolehla kawan-kawan melayari blog beliau yang terbaru. Post pasal kucing. So sweet dad!

Amek link ni Blog Abang Tomok. Beliau sangat ligat berblog baru-baru ini..hahha
Sila usha

Di samping itu saya pun mahu melampirkan gambar-gambar jin-jin keras belaan saya.
Yang kiranya umur mereka sudah menjangkau 3 Tahun hujung tahun ini.
Diberi nama Pancake dan Donut ( nama-nama makanan sedap ni! )






Kah kah kah, Sebenarnya aku tidak gemar membela binatang berbulu. Aku lebih memilih sisik daripada bulu
:)

Wednesday, December 1, 2010

A MAN

A man. Seorang lelaki. Kaum Adam. Perwatakan kasar, besar, hebat dan bla bla bla.

Kadang-kadang aku rasa bersyukur yang teramat-amat bila bergelar seorang lelaki ini. Sebab apa?
Sebab-sebabnya adalah begini.

1) Nampak lelaki ini susah nak menzahirkan perasaan penyanyang. Tapi setitis air mata sayang seorang lelaki tak sama dengan jutaan titisan air mata wanita.

2) Lelaki nampak sambil lewa. Tapi cuba beri tanggungjawab, mesti dia boleh laksanakan sehebat mungkin.

3) Dan sebab yang paling best aku perasan sejak hidup ni,...

Oh orang-orang lelaki ini tak begitu obses dengan test, peperiksaan dan segala macam bentuk exam la.
Dalam erti kata lain, nak dibandingkan lelaki dengan perempuan..

Kalau orang perempuan tanya, " Eh berapa markah kau dapat? Mesti tinggi kan"

Orang lelaki pula bertanya begini' " Eh kau fail ke tak fail? "

Kalau orang perempuan asek bercakap' "Wah aku tak habis study lagi ni macamna ni"

Orang lelaki akan bercakap' " Relax la bro. Esok exam malam ni start study la"

Kalau orang perempuan berbincang pasal topik exam esok, " Acute Osteomyelitis is the inflammation bla bla bla bla...on bone which may  prolongs more 6 weeks bla bla bla....."

Orang lelaki akan bertanya pasal exam esok, " Esok exam start pukul berapa dan topik apa masuk weh? "



Kesimpulannya senang je nak cakap, far most as I can see, orang lelaki ni senang nak atasi stress time-time nak exam ni..heheh..antara faktor-faktor di atas. Mana nak rasa tension. Paling koman pun malam sebelum exam tu je..hahaha.

Tuesday, November 30, 2010

ANALYZE THAT


Otak.
Letak kat atas sekali dalam badan kita. Mulia dan hebat.
Tapi bagaimana manusia mampu guna otak itu?
Kajian kata manusia guna 3% je penggunaan otak dalam kehidupan seharian.
Dalam cerita The Sorcerer's Appreintice pula merepek nak kuasai magic kena guna 100% isi otak
woot woot. LOL

Hurm aku memang obses tentang otak. Otak manusia la bukan otak kucing ke lembu ke.
Tahun lepas time final exam Anatomy pun aku dapat specimen otak. Semua soalan pasal otak. Botak aku.
Selamat bole jawap. Tak botak la aku.

Nope.
I just being amused by one aspect of it. Analyzing.

Yup manusia memang ada otak. Ada otak yang sempurna.
Tapi xreti guna rasanya.

Kalau tengok citer2 superhero korang suka kuasa yang mana?
Sembur api?
Superstrength?
Shape-shifting?
Ninjustsu?

Aku suka kuasa psikik. Dan pada aku rasa, Analyzing ini merupakan salah satu kuasa psikik.
Dalam pengaruh dua-dua bahgian minda sedar dan separa sedar, Analyzing bole menjadi sangat hebat.
Setiap manusia ada kelebihan ini.
Tapi xsemua manusia mampu kawal dan kuasai.
Sebab apa?
Sebab korang noob haha

Analyzing can be best used in a good manner. As far as I'm concern, most villains of all times have the brains of the bunch of genuises. They can manipulate and analyze things perfectly. It makes them better than anyone, in terms of brain capabilities.

Friday, November 26, 2010

SEEKOR KAWAN BARU

Seorang member hantar wall kat facebook, " Weh kau nk bela x burung hantu? "

????

Aku terkejut. Amende die ckap ni. Ni maen2 ke betul2 ni.
Aku pun terus bergegas ke rumah beliau di Divya. Nak pastikan kebenaran ni betul atau tidak.
Bab-bab binatang ni memang aku obses sikit. Lagi-lagi kena kat binatang yang Rare dan eksotik ni.

Ting Tong.
Aku masuk. Dan aku lihat. WOW
memang betul lah. Seekor burung hantu terpacul kat dalam rumah beliau.
Kesian..Burung hantu ni tersesat rasanya. Dan kecik je badannya, anak burung hantu ni gamaknya.
Aku terus pegang dan cium burung hantu tersebut. Selamba badak je cium x pikir ada infection ke ape ke hahaha.

Beberapa minit kemudian datang bbrp kawan lain. Bukan main teruja semua orang. Xpasal-pasal malam tu feymes trus burung hantu tu dapat bergambar ngan kitorang. memang malam tu semua orang jadi freak! haha jakun x hengat
Kami siap google lagi tu.Nak tau cmne detail2 pasal burung ni.
Ni jenis Barn owl. Supposedly a nocturnal. So xleh bwk kua siang-siang ni. Tapi..beliau makan rodents! Mana nk carik ni??
Esok kena keluar Beef Market carik anak2 tikus putih ni.

Tibe-tibe ade sorang minah ni namakan die Tyto. Jalan. Tyto pun tyto la hahahha.

But we are thinking to keep him for some period of times..But I assume we should release it as soon as possible.

Kami pun bawak la keluar burung ni. Nak tengaok samaada dia bole terbang ke tak. HUrm. Nampaknya macam xleh terbang. Asek2 terlanggar dinding je..penyek muka dia.
So simpan dulu la ini malam. Dan bbrp ketika selepas tu, datang juga kawan2 geng-geng bela kucing...bukan maen ligat mata2 kucing tu jeling Tyto...

Ni muka-muka excited sangat ni!

Dan post ini dibuat pun sbb excited sgt jugak!hahaha










Thursday, November 25, 2010

MASAK-MASAK DAGING

Semalam Hari Raya aidiladha. Dan kami buat kali ke 3 menyambut di India.
Oh. Sabau je la. hahhaa
Not a bad one raya kat sni. Sebab raya ngan kawan-kawan. lagipun Raya haji ni biasanya meriah bila time2 nak sembelih lembu.

Malangnya..India.
We are restricted to see any slaughtering of cows. Haha.. Ini isu sensitif bahaya la kat negara ni.
So kami hanya membyar duit daging dan petang-petang baru dapat sorang sekilo. Cukuplah menhilangkan rasa rindu pada daging ( padahal ade je kat pasar )
Semua orang dapat daging. Penuh daging korban dalam peti ais. Bau lembu semerbak harumm..aummm

Lusa di kelas, seorang rakan bertanya.'' Weh jom buat makan-makan daging korban ni. Kang lama2 berkulat kang xde sape nk makan dah''
Hahaha
ni kes tahun lepas ni. Sume orang nk ambik satu kilo daging. So 4 kilo daging satu rumah.
Sape nk masak? Sapa nk makan? Last2 hijau doe daging-daging lembu dorang tu berkulat...hahha
rugi2.
Dah lama rasanya aku x masak. Lagi-lagi masak besar-besaran ni. So kira jadi la

Hari sabtu. Semua orang yg nak join dikerahkan menghantar satu kilo daging setiap rumah. Last2 dkat 8 kilo daging jugak lah yang diterima...bau daging kat dapur..aku xsuka..hahha menusuk  lobang idong! Tapi aku paksa hantar daging yang dah potong ek, kalau tak aku membebel kang.hahha. Tapi ade gak daging2 yang x berpotong aku terima. Terpaksa membebel sekejap..haha.

Nak buat masak ape ek?
Semalaman aku berfikir. Pagi esok aku bangun terus perap daging-daging. Berhajat nak buat daging BBq, daging bakar kunyit, daging masak merah dan juga daging masak kicap. All is about Daging. Memang party daging abes-abesan la!
Sorang-sorang hantar daging...ada yang awal ade yang lambat..paling lambat dah kul 6. lol.
Punya la liat daging-daging ni nak rebus. Berjam-jam.
Alhamdulillah jadilah jugak.
Mula-mula aku risau jugak. Ramai betol yang datang. Aku bkn agen mengajak. Katanya dalam 20++ orang last2 yang datang aku rasa dkt 40++ hahha.. selmat cukup..heheh

All good part dah selesai. Alang2 kami terus buat birthday Batang, Arep joe dan Nabil gak ( walaupan nabil ghaib gi amek bakal mertua ). Sempat diteluri lol.
Then part paling aku xsuka ada juga, bila orang tanya " Kau belajar masak ni dari mana ni "
Hahhahahhaha. Jangan tanya aku soklan begini sesungguhnya aku aku ada pengalaman pahit tentang ini.

The truth is, I missed the chances to learn cooks from my mother. I started when only 10 years old. The rest I need to learn myself and so on..

Sunday, November 21, 2010

MIMPI PELIK

Ya aku memang jenis orang yang jarang mimpi.lagi2 jenis tdo lewat malam. Tido pukul 3 bangun pukul 6. Pastu lalok dan pening-pening kepala. Sebab ape? Main game dan tengaok citer2...memang xde jadahnya.

Ok semalam aku mimpi pelik. Non-rapid eye movement (NREM) sleep pun xsempat lagi aku dah dpt mimpi pelik...

Bayangkan anda bersama ramai-ramai manusia berada di suatu lantai. Dan ada suatu suara besar berkata.
" Ini ujian masuk ke alam akhirat yang paling senang. Siapa-siapa yang jatuh ke bawah di kira masuk terus ke neraka''

Semua manusia duduk berdiri beratur ramai-ramai. Dan aku nampak diri aku. Seperti lantai yang besar dan lebar tiada penghujung. Tiba-tiba satu demi satu lantai itu jatuh. Dan aku lihat siapa2 yang jatuh itu.
Sehingga tiba di barisan aku. Lantai sebelah aku dah jatuh! Aku hanya tutup mata. Dan mengucap dan ingat Allah.
Kawan-kawan sudah jatuh ke bawah,..aku macam tunggu masa je.

Dan sebelum itu, suara besar itu berkata, siapa-siapa yang terselamat akan dibangkitkan dengan keadaan baju yang tidak sepatutnya anda pakai.

Dush! Lantai jatuh seperti dalam game Tetris!

Dan aku...Bangun dan terselamat. Alhamdulillah...
tapi!
Baju aku adalah baju Buddha! Dan botak! Omg
*Mungkin ini petanda ada antara pakaian-pakaian aku tidak sepatutnya aku pakai atas muka bumi ni*

Kami berkumpul semula. Dan aku lihat ramai di antara orang-orang yang aku kenali di suatu kawasan..dan ramai juga tiada*sudah jatuh ke bawah*

Tiba-tiba seorang rakan berkata,
" Aku nampak kau tadi cm tibe-tibe nak terjun sendiri masa lantai-lantai tu jatuh. Kau gile ke nak direct ke neraka''

Aku terbangun dari tidur..instighfar..rasa nak nanges pun ada plus dada berdegup kencang tib-tiba.
Heart beat and pulse rate increase rapidly.wah..Aku maish hidup dan hanya lamunan mimpi menakutkan..

Dan apa petanda neraka di bawah itu?..Mungkin aku sedang lalai sangat ni/////T_____T

Thursday, November 4, 2010

Al-Fatihah

Aku di kelilingi berita resah baru-baru ini.
banyak sunggguh berita kematian di sekeliling aku. Aku buntu.

Baru-baru ini. Sedang enak menelan Nasi Kandar Pelita kat Chennai, Tamil Nadu, tiba-tiba aku dapat 3 mesej secara mendadak.
Pakcik Borhan meninggal kat depan Kaabah masa tawaf ketiga.
Aku terus telefon umi dan abah. Dan tanya abah kenapa tiba-tiba? Aritu kalau x salah aku masa raya aritu beliau sihat walafiat. Aku sempat sembahyang sebelah beliau dan sembang2 di surau.

Dan abah balas. Dah ajal nk wat macamana. Lagipun itukan cara mati palingggg muliaaaa

Ramai orang berdoa dan berhajat nak meniggal kat Mekah. Dan beliau dapat. Itu sangat mulia.
Perasaan ini sedih bercampur gembira.
Mendoakan arwah mendapat tempat yang hebat di sana.

Sempat telefon beberapa anaknya. Eji dan A'in. Semoga Syiqin, Iwan dan Alin semua tabah ya. Mak cik Wan juga semoga tabah dan kuat dan mendapat haji mabrur.

Sebenarnya keluarga mereka ni rapat dengan kami. Arwah dulu suka bawak saya pergi jalan2. Pergi beli ikan-ikan akuarium kat pudu..best sangat.. makan cendol sana. Pastu bawak balik banyak buku cerita daripada Dewan Bahasa. memang aku pao buku2 menarik hehehe. Dan beliau suka melayan kerenah kanak-kanak,buat mainan2 tradisional utk kami.

Al-Fatihah buat beliau.

Wednesday, November 3, 2010

TAK TAHU

Belajar xsemestinya kena ada buku.
Kadang2 banyak perkara x tercatat dalam naskhah buku.
Unwritten history.
Unwritten law.
Unwritten phenomenon.

Macamna kita nk tahu juga mende ni? Kita hanya dengar desas-desus.
Benarnya tiada siapa yang tahu,
Kalau nk tahu juga suatu perkara?
Google.
Yahoo.
Facebook.

omg. Sume menda ni Yahudi. Macamlah betul sangat input mereka ni.
Entah-entah memang agenda diorang nk kelentong kita.
Kita pun percaya bulat-bulat..
yesss


Thursday, October 28, 2010

MATANG

Aku nampak kau. Dan kau kelihatan sangat tak matang.
Tapi itu hanya pada pemikiran aku, mungkin sebaliknya aku yang tak matang.

Matang.
Bagi aku itu hanya satu label. Tag. Orang kerap guna perkataan ini kan?
Ya
Dan dalam situasi yang macam-macam orang mampu melemparkan dialog,
'' Kau ni tak matang la "

Itu namanya ayat safe-play.
dalam banyak keadaan disimulasikan untuk menunjukkan superiority.
Sebenarnya aku xgemar dengar perkataan itu.
Siapa kita nk menilai matang x matang individu itu?

Dan seperti yang dikatakan.
Perkataan itu hanya sekadar label. Dalam tanggapan masing-masing.
Untuk menzahirkan ego rasanya.
Tanggapan hanya sekadar tanggapan.
Tiada betul tiada salah.

HIKAYAT

Dalam dunia ini.
Apa yang kita lalui bakal jadi suatu hikayat. Sebagaimana hikayat-hikayat yang anda baca menerusi media dan segala medium pembacaan.
Cuma yang lainnya, hikayat ini adalah hikayat anda. Anda yang melakar cerita, anda yang berlakon dan anda jugalah yang menillustrasi hikayat anda.

Aku pilih dunia dan dalam isinya, sebagai tinta bermunajat.
Lalu ini hikayat bermula...keseronokan dan kegembiraan..
Namun hikayat tetap adalah hikayat. Di mana ada permulaan dan penghujung.
Aku jelas tentang permulaan. Tapi aku kabur penghujungnya.

Kajian telah membuktikan. 80% manusia mati tanpa arah tuju. Tanpa mengenal erti dan wawasan mereka sewaktu hidup.
20% sahaja yang berjaya mengenal erti. Siapa 20% itu? Mengapa tidak dinyatakan calon dan contohnya.?
Ini alasan kita. Contoh sudah ada. Banyak. Cuma mata buta telinga tuli mulut membisu.

Hikayat memerlukan watak. Plot boleh dirancang. walhal sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Watak perlu cukup kuat, tabah dan hebat. Siapa watak? Kau aku dia kamu.
Adalah watak.
Watak yang bagaimana?Anda pilih.

Cuma ingin disimpulkan. Bukan setiap hikayat itu berkesudahan dengan kegembiraan dan kebaikan.
Boleh jadi sebalikknya.
Sentiasa beringat. Hikayat anda adalah telus dan absolute..

Monday, October 18, 2010

SUATU PETANG

I just know how to deal with this. It happened long time ago.

Sepetang 3 minggu yang lalu di Malaysia, menjengah waktu tidur di sebabkan malam yang sentiasa berjaga dan merayau.haha.
Bunyi hp kedengaran, dan disambar pantas.

1 missed call.

oh. Seorang rakan telefon. Aku kira beliau mahu ajak melepak atau teman ke mana-mana.
Dan aku reply mesej beliau.
'' yup. napa weh? nk lepak mana? ''

Beberapa minit kemudian aku terima mesej baru. Daripada beliau.
'' Afiq, bapak aku dah xde "
Aku tergamam seketika. Memikirkan tak betul la dan x proper la msej aku kpd beliau.
Dan segera aku telefon. Dan lalu segera bergegas ke rumah beliau.

Dari jauh aku nampak, linangan air mata. Ya. Air mata kesedihan.
Segera aku pergi bertegur sapa. Dan cuba menenangkan beliau. Alhamdulillah masih ada ilham ketenangan yang Allah berikan ini dalam diri setiap manusia.

Aku terkejut dan tergamam. Kerana semggu yang lepas aku bersama beliau membawa pulang bapa beliau yang mengalami strok dari Hospital Serdang. Dan kini kelihatan sekujur jenazah kaku.

Dan aku tahu beliau seorang yang tabah dan hebat. Sanggup berhenti belajr selama 4bulan utk menjaga arwah bapanya. Pengorbanan yang besar daripada seorang anak lelaki. Yang mungkin rata-rata antara kita xmampu nk lakukan. Kasih seorang anak terhadap bapa. Air mata yang beliau tumpahkan itu bukannya kekecewaan, cuma aku tahu itu air mata masih tidak puas menjaga bapanya.

Innalillah wainnailaihi rajiiun.

Dan setiap dari kita, bila terdgr berita kematian, silalah pergi melawat keluarga si mati jika berkemampuan. Kelak lusa kita di tempat itu.

Thursday, September 30, 2010

KUASA DAN POLISI

Hari ini bukannya hari minggu. Malahan hanyalah hari khamis.
Dan di tengah malam menghirup udara kota, bersama dua orang sahabat Jali dan Shai
Satu panorama yang asyik, disemai rintihan hujan gerimis.

Dalam sunyi malam itu, kami melalui Jalan Ampang, menyelusur segenap jalan kota.
Aku memang seorang yang tidak peka jalan.
Lagi-lagi jalan KL ni..memang foul
Tiba di satu simpang. Membelok ke kiri. Berhajat hendak singgah sebentar di mamak berdekatan

Tanpa disedari,
Dua orang polis bermotosikal menjengah ke ruang tingkap kereta kami.
Seraya berkata,
'' Buat ape ni dik? Nak ke mana? ''
" Nak makan kat mamak jap bang "
" Eh gelap ni dik ,'' kata abang polis
" Eh kenapa bang? Ada kes ke pasal letak kereta kat sni? " tanyaku.
" Eh gelap ni dik '' balas abang polis... Sekali lagi.

Aku terus seperti @___@ bila soalan yang kutuju tidak berbalas...haha
malah mendapat jawapan yang sama dan takbest sebanyak dua kali.

Di bangku kedai mamak, mata melurus tepat ke hadapan.
Rupa-rupanya ada roadblock kt depan itu.
Patutlah pun.
Gaya kami meletakkan kenderaan kat situ seakan-akan nak lari daripada kena tahan.
Macam orang bersalah dan suspek.
Dan kami lihat pelbagai panorama. Ada orang sanggup drift kuat2 sebab nk lari daripada kena tahan. Ada orang pura-pura berhenti lepak mamak .
Ada orang masuk jalan mati dan terkantoi.

Cuma mahu berkongsi dan menjengah.
Alhamdulillah tidak berlaku korupsi.

Di India, aku mahu katakan korupsi xboleh dielakkan.
Asal kena tahan saja, tak kira bersalah ke bersalah ke.
Duit terpaksa dihulurkan..terpaksa.
Kalau tidak berjam-jam kena tahan tanpa tahu apa salah kita.
Akhirnya nak tak nak duit kena hulur juga. Dan lepas.

Kuasa dan polisi hidup perlu bersatu.
Dan bila bersatu jangan bertembung.
Bila kita ada pegangan hidup, setinggi mana kuasa kita takkan bermegah.
Seolah-olah singa jantan. Kuat dan poyo.
Lebih baik jadi kura-kura. Keras dan cool

Wednesday, September 29, 2010

MENTALITI KELAS BAWAHAN

Semalam melepak dengan seorang sahabat..
Dan aku terkejut kerana ayat ini keluar daripada mulut beliau
kerana setahu aku, aku dia kami secara amnya lebih kurang..pemikiran

Dan kata penuh taksub bermukah..

Sekarang ni bukan lagi masa nak lepas exam markah cukup-cukup makan je. Tu pemikiran kanak-kanak je nak markah cukup-cukup makan

Ya baru aku sedar. Dan berpuluh tahun aku hidup. Ternyata mentaliti kelas bawahan jua yang tetap aku lebarkan. Memang selama ini aku amalkan ini, dan aku mamah tajam perkara ini.
Exam---> Lulus----> Seronok dan puas.
Baru aku tahu apa maksudnya ini. Exam, lulus dan aku berpuas hati. Sebab lulus. 

Sampai bila kita nak maju?
Bila keluar soalan suma orang akan ajukan coraknya sebegini. Sampai bila MElaYU nak maju?
Jangan salahkan kaum bangsa. Itu masalah kita. Asik-asik nak salahkan kaum sampai bila pun sumpah tak maju-maju.

Berbicara tentang minda kelas bawahan.
Bukan bermaksud pemikiran yang teruk dan kolot.
Cuma cara berfikir yang tipikal, sama dan tidak berubah-ubah dari dahulu sampai sekarang..dan mungkin sampai bila-bila.
Umat kita sekarang kurang berfikir. Semua kita sama sahaja. Mungkin aku lagi teruk
Dan kalau berfikir sekalipun, masih di takuk yang lama dan sama. Serupa tak berfikir.

Sesetengah orang kata...minda kelas bawahan ini ada pros dan kons.
Pros? Seronok dan tiada tekanan
Kons? banyak..anda nyatakan.

Mentaliti ini umpama virus. Boleh merebak kalau tak dibendung.
Sekali merebak, efek umat sekeliling.
Oleh itu, orang yang cuba menyebar kata ( ceramah, motivasi dan etc ), sila berjaga dengan kata-kata
Kata-kata mencorak benih mentaliti dalam masyarakat
Dan benih itu..antara dua jadinya..
sama ada Virus atau Ubat

Thursday, September 23, 2010

STEREOTYPE TYPICAL PROTOTYPE

How do you define these 3?
It can be really negative upon us, while it also states positivity in the air.
Up to the readers.

Stereotype.
Where goes the today's sunshine still a tomorrow's sunshine. One after another
When people tend to be in a same level among all. Due to lack of original thinking, laid in a box of prisoner.
Why do people stereotyped?
To find an easy way to cope in achievement, but the real thing it is just a surface.
Do seed our mind where is creativity and extraordinary can bring upon a wonderful atmosphere

Typical
When the sun shines the its ray million years ago. Same old ray
When people are nothing differences than other. Produce the same thing ever.
Why do people being typical?
Believing that things are more comprehensive in either ways were crap.
If you'e going to be a professional doctor, be one of atypical instead of typical

Prototype.
When the sunshine can bloom a bouquet of flowers.
New, now, upgraded and less drawbacks.
Why do people is a prototype?
When somebody can be really productive and stands great
Simple
Yet hard to yield.

How to brisk these awful?
Grow the seed of prototypes, yet to poison some branches of unnecessary stereotypes and typicals

HOW WILL U REACT?

How will u react?

I've been dissapointed by some mouth-foul people. When they started to say something like this

Malays are fully spoon-fed

This is a bitter truth, the least i can say where as it is partially undeniable. I'm not to point into some people who said this, it just to let us know, by all means this is not a racism. This should be our national awareness.
We are superbly proud to be Malays, but is it the proud that enough?
Yes we got all opportunities. And same goes to you and all of us. It makes us equal.

Equal? By means you and I are more likely the same. Spoon-fed were we? haha.
Yes we did.

Ok now we claimed ourselves being spoon-fed. But why Malays got the hit?
Dear Malays, it is because we did not prove to them the 100% result of spoon-fed. You left some part missing behind. And they noticed that, even small as dust.
Please notice the hole and repair it.

Black sheep is everywhere in a community.Whether it is you or somebody else.
For me I dare to say im not 100% spoon-fed. And time will proves it somewhere near by now. Malays are not 100% spoon-fed, they just don't wake up from sleep. Its ok better late than never.

For all my Malay companions, please hold ourselves together. We know the critical times now. We can be better. and greatly thanks from where the word ''Spoon-fed'' popped up.

Tuesday, August 31, 2010

BUANG BAYI


Sekarang ini gejala buang bayi dah merata-rata.
Di Malaysia sendiri pun dah jelas nyata. Bagaimana manusia sekarang, boleh meletakkan diri jauh lebih teruk daripada seekor beruk?
Tak kisahlah yang buang bayi itu orang agama apa sekali pun.
Yang penting di mana pergi sikap perikemanusiaan?

Kat kaca tv, National Geography sedang berlayar setengah jam sudah.
Dan aku tonton.
Seekor ibu beruk mengusap2 kepala anaknya, tanda kasih dan sayangnya.
Dan beberapa minit selepas itu, iklan.
Aku ubah siaran kepada berita.
Dan melihat kes seorang bayi yang dibuang di Shah Alam.
Digantung pada papan tanda dalam bungkusan kertas.

Oh.
Bagaimana tidak aku labelkan kita manusia teruk daripada beruk?
Mana pergi erti kasih dan sayang itu.
Beruk bertindak menggunakan instinct/intuisi
Manusia bertindak menggunakan minda.
Sedang intuisi itu hanyalah tahap paling rendah mengikut kelajuan kognitif.

Ini adalah masalah orang kita.
Manusia.
Dan aku harap kita semua pernah terdengar tentang pesanan Nabi ini.
Pernah jua Raihan alunkan dalam nasyidnya.

Akan terjadi pengakhiran alam bila ibu kehilangan anak dikandugan secara tiba-tiba.
Tanpa disedari.

Dan aku cuba mentafsir ( betulkan jika aku salah ).
Kehilangan anak secara tiba-tiba? Mungkin sinonim dengan kes membuang bayi tanpa tuntutan.
Kesinambungannya ada di situ.
Dan manusia semakin hari semakin hebat meminta kiamat dipercepatkan.

EVOLUSI SALAH

Some said the world evolved around us.
While some said we evolved with the world
By many they said, we people do revolved but not the world

Makin hari makin kasihan. Disebabkan ada kata-kata sebegini lah
Ramai manusia memilih untuk berevolusi.
Dalam erti kata lain evolusi yang melawan arus dahulu
demi mengikut arus moden yang hangat dibangga-banggakan.
Ya memang hebat kita manusia. Mampu mencipta dan merosak
Tangan dan otak selari berjalan, pantas memutuskan sesuatu.

Ada golongan yang berkata, islam xboleh pakai dah sekarang ni
Padahal yang membuat kenyataan ini Islam sendiri, mungkin Islam yang sedia tercop di IC masing-masing.
Ada undang-undang yang diperkotal-katikkan.
Dipermain dan seperti bermain dengan api. Tunggu saat rentung sahaja.

Dahulu masa kecik2 zaman sekolah.
Kita mesti salu baca kisah umat jahiliyyah.
Mereka memang mendabik dada menyuruh dan memaksa Nabi rasul untuk memperlihatkan kiamat kepada mereka.
Lumrah manusia, tanpa bukti tiadalah mengerti.
Dan perkara itu,
similar dengan apa yang manusia sekarang praktikkan.
Tak solat dan mengejek2 agama sendiri.
Itu lebih teruk dari jahiliyyah dahulu. Yang sekadar menyuruh Nabi Rasul memperlihatkan kiamat.
Dan apa yang manusia sekarang lakukan
Itu lebih hampir kepada menyuruh Allah menunjukkan kiamat secepat mungkin

Sejahat-jahat kita seburuk-buruk kita.
Kalau x mampu nak lakukan yang lain-lain.
Silalah Solat.
Itu identiti kita yang tidak tercop di IC tapi dicop dihati

Wednesday, August 25, 2010

MALANG TIDAK BERBAU

Ini adalah post personal
hahha tidak ada kaitan dengan yang hidup dan yang telah mati

Owh dipendekkan cerita
Aku tak tahu mengapa dan secara tiba2 berlaku
Hari itu aku xleh Log In account DOTA aku..tibe die tulis invalid.
So username yang bernama Toxicsnail terpaksa dibiarkan pergi.
Ade orang Hack aku keeee???

Dan pada hari ini
Seperti Dejavooooo
Kejadian yang sama juga turut berlaku sekali lagi..AAAA
Account HoN(Heroes of Newerth) pula xleh Log In.
Invalid juga katanya.
kenapa?? dan mengapa??
Username Tonicsnail terpaksa dibekukan jauh dalam hatiku sehingga dapat maklum balas daripada S2 gaming

Jangan biarkan aku tertanya-tanya begini. Aku xsuka
Malam-malam aku bakal dilalui dengan kebangangan.
Memang xde life.

Weh hacker. Jangan Hack aku..sedey weh..nak main game pn xsenang ni

Monday, August 23, 2010

STALKING THE BLOGS

Ini adalah satu hobi baru. Bukan hobi aku. Hobi korang kot.
Stalking2 ni hahha.
Selama ni aku dengar kt Facebook Friendster Myspace je orang rajin dok stalking2 ni
Kt blog pun ada rupanya.
Ahaha

Dan aku dapati. Ramai kita punya blog.
Intipati blog isinya berbeza. Menakjubkan dan memberangsangkan jiwa
Sesetengah orang pandai mengarang bunga-bunga yang indah.
Sedikit sebanyak mengubat rindu pada bahasa =D

Dan juga sesetengah individu punya blog penuh informasi.
Terima kasih. Sangat membantu kiranya.
Mungkin sebelum ini banyak perkara belum ku tahu
Ada blog ini ku tahu segala mungkin =D

Dan ada juga sesetengah kita menyerunai puisi-puisi kehidupan.
Dalam erti kata pengalaman-pengalaman hidup.
Bagus.
Menyedarkan aku kita semua individu berbeza.
Berbeza acuan hidup. Berbeza keseronokan hidup. Berbeza kesedihan hidup
Berkongsilah kiranya itu memuaskan kalian

Dalam blog juga penuh dengan emosi.
Emosi emo geram amarah girang gumbira.
Segala macam.
Tapi awas. Jangan dicerita semua. Ada perkara perlu dirahsia
lebih wajar bercerita kepada Pencipta
Lebih memuaskan

So, Stalking the Blogs tak salah seratus peratus. Ada bermacam perkara menarik yang akan kita jumpa.
contoh= ilmu menafsir menilai manusia.
= syok sendiri
= lalai berjam-jam

Hahahhaha stalking la anda semua dengan cara yang berwawasan ! ^__^

TIK TOK WAKTU

Tiba-tiba teringat pesan emak dahulu..

Masa kecil dahulu aku ada satu masalah. Masalah nk decide. Decide
Aku memang xreti nak buat pilihan. Lagi-lagi bila ada 2 benda datang serentak.
ok aku jadi gila berfikir tapi xreti2 nk decide gak kesudahannye.
kronik dari dulu sampai sekarang. Sekarang aku tak tahu dah smpai level mana kroniknya benda ni. Cuma aku dahulu gagal at DECISION dan sekarang cuba perbaiki kegagalan itu.

Masa kecil dahulu. Aku ni teringin nk cuba semua benda. AKu rasa aku boleh handle semua benda.
Ok itu masalah dalaman aku kira. Padahal kadang2 benda2 yang aku nk try nk sangat tu bukannya best pon.
Bila dah besar ni baru dapat didik skit diri ni cakap NO to certain things.
Tapi bila kita kata NO for certain things, ternyata NO itu menghantui. Hati ni terasa nak sangat2 tapi malu nak nyatakan. Last2 makan hati dan pendam perasaan. LOL

Masalah hati sensitif? Kajian mengatakan peratusan orang lelaki mempunyai hati yang sangat sensitif berbanding perempuan. LOL. haha,
Tak tahulah sejauh mana keberkesanan dan ketepatan kajian ini.
Tapi memang betul, sebagai lelaki aku admit. Kami kaum lelaki susah nk luahkan perasaan skit haha. So rilex sahaja.
Orang kata, hati sensitif ni masalah hati. Hati kurang berzikir..banyak titik hitam.
Kita semua banyak titik hitam ni orang2 lelaki oi -__-

Kesimpulannya

Hidup ini adalah satu jalan yang bersimpang siur. Banyak cabang-cabang di pertengahan jalan. Walaubagaimanapun kita tetap kena tempuh dan lalui.
Aku xsuka cabang-cabang ni aku suka jalan-jalan lurus highway je hahah.
Tapi cabang-cabang tu haa yang suka kt menyelinap kt tengah2 jalan kot.
REDAH sahaja

Saturday, August 21, 2010

RENUNGKAN

Ramai sekali antara kita alpa lalai

lalu saban hari, aku terjumpa satu kata-kata ini. Yang aku kira kita patut lihat dan menilainya. Untuk dijadikan pembetul diri sendiri.

Antara Tanda akhir zaman,terdapat banyaknya pengkritik, pembawa-cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat..
Cermin-cerminkan diri kita..


Ini sudah jelas dan nyata, cuma kita sendiri perlu klasifikasi kita kumpulan mana.
Sama-sama kita renungkan

ANTARA SEMPADAN

Pada aku, ada sesuatu yang perlu kita bataskan.
Memang pada semua perkara asalnya tiada batasan.
Namun batasan itu adalah perlu, supaya kita tidak terlajak menjejak langkah

Dalam pergaulan, banyak perkara yang perlu dibataskan. Lelaki sesama perempuan tidak salah berkawan rapat. Namun batasan itu perlu, supaya 'perkara suweyy' xberlaku.
Dalam mempercayai satu sama lain, ya kita percaya.
Tapi xsemua perkara kita akan beritahu, sesetengah perkara kita simpan. Bukan atas dasar kita tak percaya, mungkin x proper nak cakap.

Dalam melihat seseorang, kita menilai sama sekali.
Ada jenis orang ni alim baik segala, tapi ada cacat cela yang kita lihat.
ok boleh benci cacat cela itu
Tapi xboleh la nk benci orang itu.
Itu sempadan dalam membenci

Privacy
Sempadan yang tidak pernah kita nk nyatakan. Cuma ia berlaku secara tiba-tiba.
Orang kata kita semua ada common sense, walaupun ade orang 0.09% common sense,tetap ada.
Ada waktu kita berteman
ada waktu kita mahu bersendiri.

Seronok dan meriah.
Dalam riang ketawa, terselit resah gelisah. Atas sebab tak tahu
Dalam seronok ini kita perlu sentiasa beringat
Masih ramai di luar sana menangis kesedihan,musibah berganda-ganda
Dalam kenyang ketawa
Masih ramai di luar sana menangius kelaparan.
Sempadankan diri anda dengan kasih dan ihsan.

Ada satu perkara yang sepatutnya tak perlu sempadan.
Dengan diri sendiri.
tapi kebanyakan kita cipta sempadan dengan diri sendiri.
Bila dalam diri ade sempadan,
pemisah kebatilan dan kebaikan, nyata kita hanyut.
Bila ada pemisah nafsu dan kehendak, kita tamak haloba.

Sunday, August 1, 2010

LAFAZ MALU

Andai aku mampu lafazkan ini sepenuh hatiku..

Aku masih tidak mampu mencintai Tuhanku sebaik mungkin. Tiada ruang untuk aku mencintai manusia.

Jauh dari dalam ini perasaan meronta-ronta

Ya pasti akan ada orang kata..''Kau ni poyo"

Setiap kali aku kau kauorang sedih, bukan manusia yang mampu ubati dan manusia yang kau cari. Kau akan cari Tuhan.
Kau akan mengeluh dan bermonolog dalam diri.
Dengan siapa kau bermonolog itu?
Sudah pasti dengan Tuhan.
Bukan manusia juga.

Cinta aku pada Tuhan kadang-kadang hilang.
Cinta Tuhan pada aku tak pernah hilang.
Aku berfikir ini. Dan aku malu.


Tuesday, July 20, 2010

RUTIN ASKAR


Merungut bukan hobi aku.
tapi aku nak orang tahu jugak rungutan ini haha
Setiap hari kelas isnin hingga sabtu, 830pagi hingga 530petang
rehat satu jam sahaja gap utk solat
Oh
Sampai bila aku larat menempuh masa-masa begini?

hahahha

Apa yang aku mampu lakukan?

Aku hanya mampu bergelak ketawa HahAhaha. Dan ponteng serba-sedikit tanpa kantooi

^___^

At least tu boleh rasa seronokk skit

Saturday, July 17, 2010

Sensitiviti seseorang berlainan.
Dari segi sedalam mana sensitiviti kita terhadap sesuatu.
Dan juga dari sudut mana fikiran kita mampu menyelam.

Aku xboleh menyangkal, setiap dari kita berfikir dan memandang sesuatu dari sudut berbeza.
Yang salah pada tanggapan kamu tidak semestinya salah pada tanggapanku
Dan juga sebaliknya.
Dan itu sebenarnya menjadikan kita layak dipanggil Manusia.
Kita manusia adalah unik, berbeza antara satu sama lain.

Gemar melihat telatah manusia, bermacam ragam.
Ada elok dan ada juga yang sebaliknya.
Dan saat ini aku tahu, wujud manusia2 di sekeliling aku yang sama brainwave,

Sama cara pemikiran kami, sama tutur kata kami, dan sama tahap pemahaman kami
jadi aku tidak perlu menjelaskan, kerna ternyata penjelasan itu sia-sia.
Dan aku enjoy mereka-mereka ni hidup di sekeliling, at least aku x rasa aku makhluk pelik hahaha
tapi awas, mungkin mereka lebih superior dari aku, dan mungkin sebaliknya lebih inferior.
Sama-sama kita berjaga2 =D


SUBCONSCIOUS MIND


Baru2 ni amat berminat dengan agenda ini. Sebenarnya telah lama dipelopori manusia cuma tidak sepopular mana pun.
Sebab kebanyakan kita bukan menkaji dan mengerti, kita menunggu dan percaya.
Bagaimana negara2 barat begitu taksub dengan subconscious mind ni?>
Ya ini adalah tindakan luar kawal
Dan mereka suka mengawal suatu yang bukan kawalan

Ini adalah fakta-fakta menarik tentang ini
Untuk kita mengerti menariknya ini~

The subconscious mind:Think of the subconscious mind as the storage room of everything that is currently not in yourconscious mind; it stores all your previous life experiences, your belief system, your memories, you skills, all situations you've been through, and all images you've ever seen. The best way to understand the subconscious mind is through the example of someone who's just started to learn how to drive. At the beginning, he wouldn't be able to hold a conversation with anyone while driving as he would be focusing on the different moves involved; that's because he's still using his conscious mind to drive.


Rules of the subconscious mind:In order to best use the power of your subconscious mind, you must first know how the subconscious mind works. The subconscious mind is governed by many rules; learning about those rules will allow you to make the best use out of your subconscious mind with the least effort. Below is a link that contains all the information you need to know about the rules of the subconscious mind.

Ego defense mechanisms:Just like your body has got its defenses against physical wounds and injuries, your subconscious mind has got its defenses against emotional shocks and wounds. These are called ego defense mechanisms or unconscious defense mechanisms. The ego defense mechanisms' main function is to protect your well-being and to help you overcome emotional shocks.

The subconscious mind and forgetting about someoneThe main reason people stay broken after breakups is that they have false ideas stored in their subconscious minds about relationships. In my book, how to get over anyone in few days, i described how can getting rid of beliefs like "the one" or "the soul mate" help you forget about anybody in few days.As soon as someone gets rid of these beliefs he starts to realize that he can one day find another person who replaces the one who left him, and so recovery happens.

Using your conscious and subconscious mind together:As you can see, the conscious and the subconscious parts of the mind form a team. The first handles some tasks then assigns them to the second, the second after that sends feedback and messages about the task done in the form of emotions to the first. . Emotions are no more than messages sent by your subconscious mind in order to alert you of something. By learning how to make the best use of the cooperation between your conscious and subconscious mind, your life skills will improve and you will have much more control over your emotions.

2knowmysef is not a complicated medical website nor is it a boring online encyclopedia; it is rather a place of simple, to the point and effective information that is presented in a simple and obvious way. If you think that this is some kind of marketing hype then see what other visitors say about 2knowmyself.The book How to make someone fall in love with you is one of the 2knowmyself.com publications; the book will dramatically increase your chance of someone fall in love with you.

Saturday, July 10, 2010

KENALAN DAN KAWAN

Tajuk ini hambar. Memang sama sekali. Hahaha
Cuma aku terasa di kelilingi orang ramai kenalan dan kawan ketika ini.
Tapi siapa antara mereka benar dan tulus?
Aku tidak tahu
Siapa antara mereka mengenali aku?
Aku tidak tahu
Siapa yang rasa-rasanya faham kata bisuku?
Aku tidak tahu.
Mereka kata kenalan itu hanya sekadar manusia yang lalu-lalang di depan kita tanpa kepentingan dan menyombong?
Aku tak rasa begitu
Mereka kata kawan yang perlu kita jaga takut2 diperlukan masa susah?
Masih dipertimbangkan
Dan seseorang individu itu boleh jadi adalah bergelar kenalan dan kawan dalam satu masa??

Ramai orang dalam blog masing-masing menyalahkan mentaliti manusia. Remaja dalam blog pula banyak masalah berkenaan kawan dan kenalan ini. Oh
Tajuk ini bosan, kerana sekali dibincangkan sampai bila tidak keruan. Jadi, please act neutral.

Kenapa sesetengah kita rasa tidak puas hati berkenaan kenalan?kawan?tempat mengadu?tikam belakang?oh
itu baru sedikit, hidup masih lama masih banyak mende nak dilakukan.
Aku takut benar terjebak dalam kategori ini. Jadi aku buat sempadan supaya anda semua tahu.

Aku adalah kenalan dan kawan kepada anda. Terpulang kepada anda menilainya ^__^

POYO

Kadang-kadang terasa ini bukan tempat aku.
Ya aku mahu berada di sini, sebagai diri aku. Bukan bermadah topeng sekarang ini
Aku mahu pulang ke rumah lahirku seketika
Mahu bersih segala tongkal dosa segala sisipan gelisah

Bila aku boleh pulang?
Jadual exam sudah keluar, cuti bermula seminggu selepas raya.
Ini bakal raya pertama di peratauan.
Memang bala duka nestapa..

Dan bila sudah pulang Malaysia nanti aku mahu extend cuti ciput ni
Balas dendam la gamaknya.

Di sini aku bukan aku. Aku bosan. Setiap saat adalah kebosanan.


Tuesday, June 8, 2010

TIDUR

Aku mengalami Insomnia baru2 ni. Malamku tidur hanya sebentar cuma. Adoi
Kadang-kadang 3jam kadang-kadang 2jam setengah sahaja.
Dulu aku tidur xingat dunia berjam-jam. Aku rindu tidur dulu yang lena tapi baru2 ni mcam ada sesuatu yang merewang-rewang dalam fikiranku. Yang membuatkan tidur aku semakin singkat..huhu

Tidur singkat ini bagus jugak sebenarnnya. Takdelah tinggal-tinggal subuh. Tapi kadang-kadang emosi aku xbetol. Ade je perasaan yang tah hape-hape kang waktu bangun pagi dan mungkin akan terefek sampai ke malam kot. HUhu. memang tak best. Tapi tidur memang penting sebab tu Sunnatullah, yang akan mengkoordinasikan diri kita esok hari dan selanjutnya. Macam rechargeable bateri la badan kita ini sebenarnya.

Apa yang aku tahu, makin kita dewasa makin singkat tidur kita. Mungkin sebab hormon kot? Sebab aku lihat2 orang-orang tua kita tidur sekejap sahaja. Boleh je bangun awal pegi kerja. Dan xde apa-apa masalah pun rasanya. Adakah fungsi otak yang membuatkan kita semakin kurang tidur dan boleh bangun awal bila makin meningkat usia?

Dan pernah aku terbaca sebuah artikel Barat ini yang mengatakan badan kita memerlukan 6-7 jam waktu tidur untuk berfungsi sepenuhnya pada esok harinya. Tapi kontradiksi dalam apa yang aku ketemukan dalam sebuah fakta Islam yang menyatakan badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3-4 jam sahaja untuk Resting Phase. So, aku memilih 3-4jam sahaja la nampaknya. Barat mengatakan 6-7 jam sebab mereka tiada subuh rasanya...

Wednesday, May 26, 2010

HANDPHONE


Aku pelik. Ya ni memang ayat faveret aku hahha. Bukan apa yang aku pelik. Bila aku mula fikir sesuatu yang simple mudah ke tahap yang rumit lagi tak releven, aku klasifikasi itu PELIK. Dan perasaan pelik aku ini akan berlanjutan sampai bila-bila.

Hurm kali ini aku pelik mengapa ada sesetengah orang, selalu mengabaikan mesej atau misscall dalam handphone.

Bukan kita 24jam zaman sekarang ni hp 1inch dari diri ke? Beg dompet pun lagi jauhh kot~

Dulu ya aku pun sama begitu. Tapi lepas tu aku cube berdiam sejenak. Memikir suatu revolusi. Dulu abah pernah pesan, sekurang-kurangnya balas mesej orang atau misscall orang lain. Tanda kita hormat. Walaupun xde kredit, esok2 boleh balas bila ada. Tapi balas tetap kena. Jadi aku cuba pegang prinsip itu.

Ok itu mesej. Kalau misscall? Lagi la wajip balas call tu. Mana tahu tah2 orng dalam keadaan urgent ke terdesak ke ade orang mati ke. Silap2 haribulan kita yang rugi sebab ignorance tinggi sangat.kan? Dan lagi mengkhuatirkan jika kita dalam keadaaan sebegitu, orang lain pula yang abaikan mesej dan misscall kita dalam masa kita dalam kesusahan.

Baik. Aku cuma sampaikan pesanan ini untuk semua daripada kita renungkan. Mungkin ada baiknya di celahan perkara simple ini. Aku dan kamu semua, mesti memperbetulkan mentaliti ini.

NORMAL


Kadang-kadang suatu ketika, emosi ini memanggil dan meracau.
Kita manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita kecapi. Dan suatu tahap kita akan membuak-buak melakukan sesuatu walhal itu bukan kredibibiliti kita .

Benar?Ya

Dan aku dapat rasakan perkara ini berlaku kepada kita semua. Cuma apa yang boleh aku sampaikan. Jangan tipu diri sendiri.

Pabila setiap daripada kita dilahirkan dengan keupayaan dan kebolehan masing-masing, mengapa masih cemburu pada yang orang lain.? Dan aku juga tidak nafikan ini natijah pemikiran kita. Aku pun serupa.
Orang bersukan, kita pun mahu bersukan. Orang masuk pertandingan, kita pun sertai. Orang melukis, Kita pun berlagak hebat melukis.

Ok itu masih di luar kawalan. kita cuba melakukan apa yang orang lain cuba lakukan dan mereka berjaya lakukan. Jadi tidak mustahil untuk kita untuk turut mencuba. Membuktikan kita masih Normal hidup seiring sejalan dengan manusia lain.

Tapi bagaimana pula sebaliknya?
Jika Orang melukis, kita cuba mewarna sebaik mungkin. Orang bermain bola, kita bermain kriket seorang. Orang petah berkata, kita petah membantah.
Ya itu adalah di Atas Normal

Normal dan di Atas Normal. Boleh anda pilih salah satu atau miliki kedua-duanya. Cuma jangan tipu diri sendiri.

Tuesday, April 27, 2010

ULAT DAN LALAT


Kenapa badan kita bila mati berulat?
Ulat bukan saja2 ja nk hinggap kat badan kita.Bila berulat lama-lama jadi larva dan lagi lama akan jadi lalat/langau

yah Sound's grossss but that's it.
Kenapa perlu berulat?
dan langau?

Saban hari belajar Forensik Perubatan dan Toksikologi.Kewujudan ulat menandakan dah berapa hari mayat terbujur kaku. Itulah kadang2 bila kita tengok dalam rencana Tv atau Berita '' Mayat ditemui dalam keadaaan berulat''
Menandakan sudah bbrp hari mati bila ada lalat.
oh
rupa-rupanya sang lalat dan ulat bukan sengaja ada di situ
Mereka memberitahu kita rupanya, berapa lama sudah arwah pergi.
Tapi kita sering merasa jijik. Mengatakan mayat itu mati dalam keadaan yang tidak elok. Tapi siapa kita?kita tidak tahu malah hebat menafsir

Dan semestinya, setiap benda dan perkara atas muka bumi ini adalah berguna dan tidak diciptakan sia-sia..Andai kita mampu berfikir

Wednesday, April 14, 2010

YANG PELIK TETAP BENAR

Pelik tapi benar.
Ada jugak orang emo bila dapat markah tinggi?
Ada jugak orang gembira bila dapat cukup makan?
Apa masalah orang-orang ini?

Masalah xreti bersyukur..untuk yang pertama tu
Yang kedua tu mantap! Kerana anda punya perasaan syukur dan nikmat kesyukuran itu akan menyuburi segenap hidup anda

Tapi pelik tetap benar
Mungkin yang bermarkah tinggi tu xpernah dapat markah rendah
jauh sekali gagal terus...
Mungkin yang markah cukup makan tu memang target nk markah cukup makan...
Terkesima bila lulus..wootwooott..

Cuba lah gagal.Sekali gagal xcukup..Cuba lagi untuk gagal,,,baru sedar
baru mata nk terbukak,baru minda nak segar
Manusia,gagal dalam exam xmengapa..ada peluag lagi
Gagal dalam kehidupan?kirim salam

Saturday, March 27, 2010

DALAM KELAM ADA NUR


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa bila kita perlukan orang untuk mintak tolong takda langsung orang yang sudi? Dan mengapa pula bila orang mintak tolong kita sentiasa sudi tak kesah walau payah walau sibuk pun kita waktu itu.

Oh.mungkin manusia, kita secara umumnya lupa siapa kita pada mereka dan siapa mereka pada kita.
Setiap kita adalah berbeza. Luar dan dalam. Yang pasti tidak serupa sama sekali.

Kita ini dibekalkan dengan kehebatan masing-masing. Menolong orang tanpa beralasan adalah kehebatan juga. Namun, kenapa selalu pertikaikan balasannya? Kita manusia, kita lupa mungkin.

Dalam kelam kekabutan semalam, seorang teman sms. Mintak tolong carikan isi untuk beliau buat esei final examnya. Mula-mula rasa berat dan tercetus kata ini ''malaslah'' . Tapi itu mula-mula sahaja, pejamkan mata lalu aku berkata sayugianya. Kenapa dan apa perlu aku di saat itu?
Beberepa saat tika itu, ku balas semula sms itu. Dan beliau balas semula, " Sebab kau je yang tahu camana nk buat ''. Terus hilang rasa jahat tadi. Tersenyum lebar. Tersiaplah sebuah esei yang berisi kandungan. Walau pena jari in kaku, lama tidak menari ikut laju otak.

Kita manusia kita lupa kita goyah.Yang pasti, bila terdetik perasaan ingin dibalas itu, itu adalah jentikan syaitan, bila diri kurang rasa ikhlas. =D
Tetapi ingat kita semua, setiap kita adalah lain acuannya. Jadi kita saling memerlukan, saling melengkapi hidup manusia lain. Usah gondola siapa mereka pada kita, tapi nyatakan secara jelas siapa kita pada mereka

TELINGA DAN MATA


Baru-baru ini aku sering dengar satu ayat yang cambest.. Bila telinga manusia berperanan seperti mata. oh!
Adakah anda faham ertinya itu?
Mula-mula sekadar berfirasat bolehkah kita guna umpama seperti ini. Bila dengar kali pertama memang janggal tapi lama2 kita tahu apa itu.

Kita hidup ini dikelilingi manusia. Tidak wajar kita kata jika kita tidak peduli kata orang. Kita manusia mereka manusia semua manusia. Kalau nk kata xpeduli xboleh la. Ya hidup di kelilingi manusia!jadi bertindaklah dan berperilakulah seperti manusia lain =D

Oh berkenaan istilah "Bila telinga jadi mata"..Apa masalah kita umat manusia?Ya kita gemar dengar benda bukan2..terutamanya gosip, fitnah, aib orang dan bla bla bla..
tanpa kita lihat guna mata kita kata kita dengar daripada orang lain..oh. Jadi, telingalah saksi kita bukannya mata kita? Itulah pabila telinga jadi mata...kita akan imengiakan segala perkara, yang batil jadi sahih, yang salah jadi benar..Ingat, telinga itu natijahnya buta dan pekak pakejnya. Oleh itu, jadikanlah mata dan telinga itu sejajar dengan fungsinya, bukan merampas fungsi sesama mereka =D

REWORK AND RENEW


Assalamualaikum..have been quite a long time since updated. Well it's time to rework everything into the new one. Please stay on commercial break =D

Atas sebab-sebab tertentu blog ini akan diberi nafas baru. Harap membantu. Idea sudah kering. hehe